Pages
▼
Monday, October 10, 2011
Kisah swiss roll pelbagai corak....
Assalammualaikum semua. Masih kisah kek tempahan...kali ni tempahan swiss roll pula. Tempahan swiss roll ni menjelang Syawal yg lalu,juga dr teman yg sama tempah kek Anniversary. 4 biji swissroll ditempah....jadi buat pelbagai corak dgn dua diletak inti buttercream dan dua inti jem strawberry.
Untuk resepi mama guna resepi yg pernah dibuat di dapur lama, iaitu resepi asal dari Ah Pek FNR dan telah telah dikongsi oleh Mak Lang di fotopages dulu dan kemudian oleh Mamafami Fotopages.Resepi ni pernah dicuba beberapa kali dan hasilnya mmg tak mengecewakan....mmg menjadi dan lembut swissrollnya.
SWISS ROLL BATIK
Sumber resepi;Mamafami Fotopages
Sumber ; Dapurmamasya
Bahan-bahan : (loyang 8 x 11 inci)
3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
*1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung (ini sekiranya nak buat swissroll batik/coklat guna serbuk koko jika tidak tak perlu keluarkan)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
1 1/2 sudu besar serbuk koko - hanya perlu jika nak buat swissroll batik,boleh ganti pewarna.
butter icing secukupnya
Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
**- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
***- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.
Pastikan adunan dipukul gebus/kembang hingga gini...
Swissroll boleh dicorakkan mengikut kreativiti masing-masing.Ni hasil yg mama buat....
1. Swiss roll batik...
Ambil 2-3 sudu besar adunan yg telah dicampurkan serbuk koko.Paipkan melintang diatas adunan asal.
Gunakan lidi dan ditarik dari atas dan kemudian dari bawah pada jarak yg sama
Siap dibakar, guna api atas dan bawah. Biarkan sejuk sebelum dibalik.
Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan perlahan-lahan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat...jari kena lembut nak gulung kek ni.
Inilah hasil swiss roll batik yg telah siap digulung....
2. Swiss roll polkadot besar....
Ambil 3-4 sudu besar adunan. campurkan pewarna. Buat beberapa tompok besar atas adunan asal.Step seterusnya sama spt di atas.
Inilah swiss roll polkadot ...
3. Swiss roll swirl....
sama spt swiss roll polkadot, cuma utk dapatkan corak ini gunakan lidi utk tarik dari tengah bahagian dot2 berkenaan dan dibuat dlm satu hala...
Hasil swiss roll swirl yg telah siap...
Inipun swiss roll swirl warna-warni
4. Swiss roll swirl batik
Sama spt swiss roll swirl di atas cuma guna serbuk koko. Tompokkan dulu bahagian berwaran koko atas adunan asal.
corak gunakan lidi utk tarik dari tengah bahagian dot2 berkenaan dan dibuat dlm satu hala...
siap dibakar. tunggu sejuk barulah diterbalikkan .
Hasil corak swissroll swirl batik setelah siap...
Lagi swissroll swirl
Ni hasil swissroll yg dipotong utk mkn di rumah tp swiss roll yg pertama dibuat ni... kulitnya ada tertanggal sbb hanya guna api bawah, lupa sepatutnya guna api atas dan bawah. Tapi rasanya tetap memuaskan...berebut anak-anak makan. Komen dari kawan pula wpun lama swiss roll di simpan dlm peti ais tp masih lembut dan sedap...anak2 suka yg cream putih.Terimakasih kak sudi tempah dgn saya!.
rajinnya buat corak..
ReplyDeleteucu nak yg dot2 tu..
wahh! cantiknya corak swiss roll ni...ade mcm2..hehe. ari tu tgk CMG buat swiss roll...ari ni kat sini plak...rasa nak buat gaklah...:D
ReplyDeletemmg cantik keknyer.. mcm2 corak ada.. lawa belaka. kalah yang kat kedai kan
ReplyDeletewahh cantik..sonok tgk swiss roll nih..tp kita tak pandai gulung lagi...hehehe nk kena more praktic
ReplyDeleteWaaah cantiknya gulungan kek tu Mamasya...x pecah2 pun...mmg gulung ketika kek betul2 sejuk ke or suam2 kuku gitu....ada separuh kek tu kan gulung selepas 2 minit dikeluarkan dr oven gitu...hehhee...cantiiikkk x pecah pun...lama dah x wat swissroll ni, mcm ada ketakutan pulak...hahaha
ReplyDeleteMamasya....
ReplyDeleteWoW! Rajinnya mengswissroll....cantikkkk...kak cek pun lama dah tak buat...pas ni leh amik tempahan lagi ni....:D Seronok kan bila buat menjadi...
kak cantiknya SR akak tu ,sy p belajaq tapikan sbb handmixer pukul tak cukup kuat tak menjadi dah tu loyang pulak tak ngam ,ntah bila nak cuba lagi ni
ReplyDeletecantik dan menarik la kak...nieza belum berani nak mencuba buat kek gulung ni lagi...takut x menjadi tapi kalau x cuba tak tau juga kan.
ReplyDeletehmmm.. cantik dan lembutnya.
ReplyDeleteSalam Mama..Alhamdulillah, moga2 makin bertambah tempahan dan rezeki...
ReplyDeleteWahhhh bertambah lagi idea untuk mencorakkan swissroll...
saya buat swiss roll kadang2 tu patah. rasa mcm give up buat swiss roll. huhu
ReplyDeleteBestnya..dh lama bkeinginan nk buat swiss roll.. Sis, krim putih tu Guna butter n gula castor je ke?
ReplyDeleteTeebaik lh sis..InsyaAllah nnyi sy nk try buat
ReplyDelete