Pages
▼
Wednesday, October 12, 2011
Port Said (Pt 1) - Kisah mkn2 semasa Ramadan lalu
Ini pula kisah makan-makan semasa bulan Ramadan yg lepas..18 Ramadan...baru sempat masukkan dlm blog.Kami sekeluarga ke Port Said sbb mr husben bersama staffnya ada urusan di sana, iaitu kira2 3 jam perjalanan dari rumah kami.Wpun travel bulan puasa anak-anak ok dan ceria sbb dpt jalan-jalan. Oleh kerana masa ni cuti sekolah, maka familipun dapat ikut serta. Kami semua menginap di Marhaba Village selama 2 mlm 3 hari yg terletak dlm bandar dan berhadapan dgn pantai.
Gambar-gambar pantai dan sekitar Marhaba village nanti menyusul dlm next entry, kali ni nak kongsi juadah berbuka pada hari sampai.Tempat berbuka di rumah penginapan kami.
Juadah berbuka ni bukan mama masak tetapi disumbangkan oleh salah seorang staff mr husben....Pn Salwa sekeluarga..syukran Pn Salwa sekeluarga.Masakan dibawa dari rumah mereka ke tempat penginapan buat berbuka beramai-ramai.
Ada roti Arab, kari daging dan ketam bakar....sedap2 belaka lauk yg dimasak...bertambah2 makan.Nasi pula mcm nasi minyak....anak2 suka nasi tu.. sayang lupa pula nak ambil gambar nasi.
Ikan bakar dan ayam masak merah. ikan bakar besar tu menurut Pn Salwa dibeli di pasar Port Said dan terus dibakar di pasar tersebut. ikan tu....mcm ikan siakappun ada...nampak sedap...rasa lagi sedap...ala2 ikan bakar tomyampun ada rasanya.
Ada juga buah...yg putih berbiji tu buah jambu...jambu sini makan masa dah betul2 masak..
Berbuka puasa bersama-sama...makanan sedap dirasa..cukup selera...hatipun ceria...
Anak-anak main dulu sementara tunggu berbuka..
Ini pula penginapan kami di sana... Marhaba Village tempat xtvt makan-makan berbuka puasa spt gambar2 di atas. Marhaba Village ni ada apt dan rumah sesebuah.Kami menginap rumah 3 bilik .Mama suka ambil gambar setiap penginapan yg kami pernah pergi sbbnya selain jadi kenang-kenangan...boleh dijadikan idea utk hias rumah.
ruang tamu..
dining area..
Ruang dapur...ada cooker, cerek , pinggan tp tak ada periuk
bilik tidur no 2
lagi gambar bilik tidur no 2
ruang tamu di tkt atas..
Ni bilik no 3.
Ini pula menu sahur yg disediakan oleh pihak hotel..makanan dihantar dlm pukul 12 mlm. Yg disediakan utk bersahur yogurt, roti, telur rebus, cheese...2 jenis dan dlm mangkuk tu kacang utk cicah dgn roti.Hanya telur rebus je yg anak2 mkn...perasan tak telur rebus warna putih...ni bukan telur itik tp telur ayam organik. Kalau cheese... orang Arab mmg suka.....mkn dgn roti.Kalau ke supermarket dan mini market mcm2 cheese ada di jual di sini...mmg ada kaunter khas utk jual cheese..yg belum potong..dlm bungkusan..warna kuning..putih..semua ada.Tapi mama belum pandai nak mkn cheese yg ada kat sini sbb selalu terkena cheese yg rasa masam.
besh tgk gambar2 mama di sana...tgk lauk pun semua sedap2...
ReplyDeletebestnya kak!kat sini telor ayam nya memang warna putih. jarang jumpa telor ayam kaler coklat. awal2 dulu ingat telor itik, tp rupanya telor ayam. baka ayam kot. hehe..
ReplyDeletekak, meriahnya tgk makanan tu semua...bestnyer bila dapat join sama...hehe
ReplyDeletep/s: nieza dah try buat dah nasi kerabu resepi akak...tq yer..:D
wahhhh...mamasya, mknnn sume nmpk enak2 belaka....aishhh leleh tgk
ReplyDeletebestnyaaaaaaaa...
ReplyDeletePagi Ziela,
ReplyDeletedisini pagi disana bagaimana pula ya?? Wah happening betul tengok lauk pauk tu...sedap sekali nampaknya...kecur nur tengok...alahai kalau boleh cekup nur dh cekup lauk2 tu...hehe.
Assalamualaikum mamasya...
ReplyDeletesemua menu yg terhidang tu nampak sedap ler mamasya... terliur tgknya
Waaaaaaaaaaa Mamasya bestnyeeeeeee....
ReplyDeleteAssallamualaikum mamasya..
ReplyDeleteWahhh..seronok dapat tgk gambar2 kat atas tu.. Syakirah dah makin besar skrg kan..
p/s: Kak, Naz pun sebenarnya suka deko2 kek tp tak dan skrg ni. Anak yg bongsu tu, Hani tak bagi Naz ni berlama2 di dapur.. Mana ada peluang nk deko2 kek.. Tunggu dia besar sikit la.. Mamasya boleh lah.. Syakirah dah cerdik.. Mesti dia suka tgk mamasya buat kerja dapur kan..
mesti seronokkan..dapat kumpul ramai2..pastu dapat makan pun yang memang sedap..
ReplyDeleteseronok baca cerita ziela. Cantik pemandangan dan cantik penginapan. akak suka cheese, best la semua ada kat situ..Mesti murah sikit cheese tu berbanding kat sini. Syakirah dah makin cantik dan cerdik...peluk cium untuk dia ye ziela
ReplyDelete