Pages

Wednesday, November 23, 2011

Upside Down Pizza...yummmy



Assalammualaikum semua

Tgh hari semalam admin sek anak2 sms bagitau yg sek tutup awal 2.30 ptg...biasa 3 ptg dan bas sek akan bertolak 2.30 ptg sbb takut kesesakan kerana dpt makluman demo akan bermula pukul 4 ptg di Tahrir Square.Wpun bas sek tidak melalui kws tersebut tp takut kesesakan teruk berlaku dgn org nak balik rumah dr tempat kerja sbb office sini tamat pukul 3 ptg. Sekolah2 lain ada yg tutup lagi awal pukul 1 ptg. Dlm pukul 3.30 ptg anak-anak dah slmt sampai rumah....mmg kebiasaan kalau balik sek ambil masa 45 min - 1 jam perjalanan sbb jln sesak.
Ptg semlm beberapa kali juga intai melalui tingkap ...tengok keadaan jln dpn apt.....keadaan mcm biasa...kedai2 byk buka, org masih lalu lalang dan kenderaan sesak spt hari biasa.kws rumah ini byk kedai2 pakaian...dan mcm2 kedai lagi, jadi sebelah mlmpun ramai pengunjung ke kws ini. Manakala tempat berlaku demo Tahrir Square terletak di kws lain. Nak tahu apa kisah yang berlaku semalam baca disini. .
Berbalik kpd entry hari ni iaitu Upside Down Pizza....nipun entry tertunggak.Bila tengok tarikh gambar di folder....ianya diambil pada 22 Julai lagi....4 bulan lepas, baru sampai turn posing di blog.Kawan-kawanpun dah ramai mencuba pizza ringkas tp sedap ini.



Anak-anak suka dgn pizza ni....maklumlah ada topping cheese....sekali mkn suruh buat lagi...jadi mamanya buatlah lagi. Sengaja bakar lama sikit agar bhg atas agak garing dan rapuh je bila digigit....Mmg sedap pizza ni, berebut anak-anak mkn. tkasih buat penyumbang resepi dan yg berkongsi resepi....

RESIPI UPSIDE DOWN PIZZA
Resipi Asal : Tun Telani
Sumber : Noorsha@1001 Cerita 1001 Rasa
Oleh; Dapurmamasya

Bahan untuk Dough
2 bj telur
1 c susu
1 c tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam

Cara² Untuk Penyediaan Dough
gaul sebati @ gunakan mixer @ blender semua bahan hingga smooth.
- sedia utk diguna.

Bahan² untuk Filling
1 keping dada ayam - kerat2
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
garam

Cara² Untuk Penyediaan Filling

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Bahan taburan
Keju secukupnya (cth : mozarella @ cheddar @ parmesan)

Cara2 Penyediaan Upside Down Pizza

Panaskan oven 180 degree
Letakkan filling dlm loyang
tabur cheese atas filling.
curahkan adunan 'dough' kat atas.
Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.- bakar lebih dr 25 min
Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.



tabur cheese atas filling....



sedang bakar dlm oven..



potong cepat2....abg2 dah tak sabar nak mkn....



model mama kali ni abg Syafiq....dgn gaya mulut tenganga...tak sabar nak ngap!
dah 2x buat....anak2 cukup suka, minta mama buat lagi.....tunggulah bila mama rajin sikit ya...

6 comments:

  1. uwaaaa mmng nmpk sedap, yatie tak terbuat2 lagi....pasni nak wat gak....terliur lerrrr...

    ReplyDelete
  2. yumyum nya piza..turn syafiq plk jd model..
    risau gak kalau terjadi ape2 dan anak2 x blk dr sek.lg kan ziela...
    hrp semua berjln seperti biasa dan terhindar dr segala musibah..

    ReplyDelete
  3. memang mabeles piza terbalik tun telani ni kan kak... sy pun suke sgt2.... hehe...tekak melayu kalo mkn mesti nak pedas2, so aritu wat sy titikkan cili padi sket buh dalam..mabeles!
    tengok ni teringin la pulak.. hehe..meh tuko ngan donut :)

    ReplyDelete
  4. salam kak.. ramai dah cuba resepi ni kan.. ita je tak cuba2 lagi.. sedap nampak abang tu berposing dengan pizza tu.. tak sabar nak makan ye.. hihihihihi

    ReplyDelete
  5. Huk Huk Huk....

    Sabar jer la pepagi ni tengok pizza sedap cenggini

    ReplyDelete
  6. anak2 saya tak leh tgok ni mamasya.. msti merengek pulak nk mkn piza pulak..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.