Pages

Tuesday, November 22, 2011

Rainbow Marble Pudding



Assalammualaikum semua...

Entry semlm ada tayang Rainbow Marble Pudding yg mama buat utk dessert.Kalau puding mmg favorit mama tambah kalau yg simpan dlm peti ais... tak kira puding apa. Cuma sesekali je buat kalau ada acara makan-makan sbb anak2 tak suka puding kecuali puding yg letak coklat.



Kuih lapis merah kat atas ni kwn yg buat, mama hanya buat puding marble. Untuk puding mencuba resepi Rainbow Marble Pudding oleh Blackmore yg mmg femes dulu di FP dan FNR.....dah lama teringin nak buat tp asyik tertangguh. Copy resepi dari blog Madihaa@Ratna...selalu tengok Ratna ambil tempahan puding Rainbow Marble Pudding...tq Ratna kongsi resepi.

RAINBOW MARBLE PUDDING
Resepi: Sis Blackmore
Sumber; Madihaa@Ratna

Bahan-bahannya
2 bungkus serbuk agar-agar (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation- guna fresh milk
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar.
6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.
Note: MaDiHa menggunakan acuan 10" x 10" x 3"






Selingan sikit; View depan apt jam 7.15 pg ini....keadaan sekitar apt mcm biasa. Anak2 juga dah bertolak ke sek,naik bas jam 7.10 pg



view sebelah kiri apt kami...tkt bawah bgn adalah kedai2 dan pejabat...manakala tkt atas kediaman



view sebelah kanan apt kami...nampak berkabus sbb cuaca sejuk..

9 comments:

  1. sedapnya puding tu kak...suka mkn tapi nak buat malas..hehe

    ReplyDelete
  2. waa...kita lama tak memuding..huhu
    harap semua ok yer..

    ReplyDelete
  3. cantiknyer mamasya puding marble tu...kt sana sejukk gak yer...sama la kt sini

    ReplyDelete
  4. Mama kat sini hujan lebat dan ribut petir hari2.tak da la nak nampak rainbow.Tengok kat umah mamasya aje la ya.

    ReplyDelete
  5. SALAM KAK

    LAMA X MENYINGGAH ...KAT SINI ... CUACA KAT SINI DAH JAH MAKIN SEJUK SEBAB ASYIK HUJAN JE SEPANJANG HARI HUHU.. cuaca kat sana mcm sejuk je... sedpanya nampak rainbow marble pudding tu ... wani dah lama x buat puding hihi

    ReplyDelete
  6. sedap puding ni, dah lama akak tak buat...teringin plak..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ziela,

    cantiknya puding tu....budak2 nie mmg selalu dok mintak perisa yg bercoklat aja kan mamasya?? Nur tengok mcm seronok mamasya kat sana...byk aktiviti..mcm lagi happening dari di Brunei dulu.

    ReplyDelete
  8. Assalam mamasya,
    harap mamasya & family baik2 aje disana..kita dengar berita tentang pergolakkan egypt kat sini teringatkan mamasya & family kat sana..
    hope everyting goes well with the crisis over there ya..cantik puding marble ni..macam2 xtviti yang ada disana ya..

    ReplyDelete
  9. salam mamasya..nmpak sedap puding ni..rasa cam pnh makan puding yg gune telur ni...mak salu wat dulu tp kite lupe resepinye... nnty leh try wat mamasya punye lak :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.