Pages

Tuesday, December 20, 2011

Puding Raja versi berbeza



Assalammuaikum semua
Puding raja ini antara puding yg pertama sekali dicuba sejak mula kenal dapur siber. Resepi dan rupa puding raja yg mama cuba dari resepi FNR ni berbeza dari puding raja yg ori sbb puding yg ori kalau tak silap ianya berkuah sikit....mamapun belum pernah mkn yg ori hanya tengok gambar tp bahan asasnya sama iaitu mesti ada pisang goreng, jala mas & kismis/ceri/prune dan utk lain-lain bahan puding ni lebih kurang sama cuma sukatan berbeza iaitu guna susu,telur,gula dan ada resepi yg letak tpg kastad dan ada yg tidak. Jala mas tu ....mama cuba buat juga tp jala tak da rupa jala langsung.... tak boleh nak letak atas puding....itu yg puding tak berjala rupanya....

Puding yg mama buat ni ringkas...ikut stok bahan yg ada di rumah...suka puding yg lembik2 gini....ada rasa pisang dan sikit2 rasa buah kismis.Sedap mkn sejuk....simpan kejap dlm peti ais dulu. Resepi penuh seperti di bawah;

Puding Raja
Resepi : Mok Nik@FnR
Oleh : Dapurmamasya

Bahan-bahannya
15 biji pisang lemak manis/pisang tanduk separuh masak-guna pisang lain
6 Keping jala mas - x letak
buah ceri merah/hijau - letak kismis
1 cawan tepung kastad - ditapis
750 ml air
2 ¼ cawan susu segar dutch lady- guna fresh milk
1 cawan gula castor
2 bii telur merah
1 sudu esen vanila
sedikit garam

cara-cara
1. Pisang digoreng dengan minyak hingga brown
2. Campurkan semua bahan kastad, susu segar,air,gula, telur dan garam, dalam periuk ,pukul sebati
3. Masak di atas api sederhana, kacau agar tidak berketul hingga likat
4. Angkat dan curah dalam bekas
5. Atur pisang secara tanam/tekan hingga hampir dasar bekas.
6. Ratakan.Taburkan jala mas yg telah dilerai , kemudian hias dengan ceri. sejukkan dalam peti ais.



Puding ni lembik...kena ceduk dgn sudu. Kalau suka puding boleh letak dlm bekas2 kecil...senang mkn sorang sebekas.Wpun resepi asal tak da berkuah tapi buat juga kuah utk mkn dg puding ni.....kuahnya ikut resepi kuah puding cocktail , cukup buat 1/2 dr resepi.



gambar puding kastad dari dapur lama...juga tak letak jala mas. puding ni buat agak keras sikit dan boleh potong dgn tambahkan sukatan tpg kastad dlm adunan...sukatan tambahan tpg kastad ni agak2 je...



yg ni guna tpg kastad perisa pandan.....

11 comments:

  1. Mamasya kita suka jala mas,tapi tak pandai buat.Puding raja ni pun masa tengah hangat dulu pun tak tahu knapa kita tak teruja...Mayb sebab perkataan raja tu kot..alergic sikit..hihihi..

    ReplyDelete
  2. Nak meleleh air liur punya tengok mamasya punya puding raja tu.. teringin nak makan since tengok rancangan resepi warisan.. sampai skrg lom test wat.. sbb tak brapa pandai and confident nak wat.. ehehehe.. :)

    ReplyDelete
  3. Cam best je ni...ish2 telan2 air liur lak kak cek..siap ada pisang lagi...fuhhh...nyaman dan sejuk je bila makan puding2 cam ni...:)

    ReplyDelete
  4. salam mamasya...liza bkn setakat meleleh air liur dah ni, dah berapa kali dok telan dah ni...mmg nmpk sedap puding tu...sejukkkk jer

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum Mamsya..
    Mula2 tgk gambar tadi, ingatkan cam puding roti bakar tu.. Rupanya guna pisang.. Menarik ni kak.. Terliur Naz tgk..

    ReplyDelete
  6. aslmkum mamasya.. yg best ada pisang grg tu..klau pisang tu grg dgn butter lagi best.. nnti nk cuba jugak la..

    ReplyDelete
  7. rajin nye mama buat pelbagai versi...ucu cop nak yang ada perisa pandan...:)

    ReplyDelete
  8. Salam Mama..belum pernah dengar lagi puding ni...ni 1st time....Jala mas tu kena buat sendiri ke atau ada dijual ready made

    ReplyDelete
  9. sedapnya mama.nonie suka pisang.tp xpernah makan lagi puding raja nie.kalau letak jala emas tue mcm mana la pulak rasanya yer

    ReplyDelete
  10. Kalau sebut jala mas ni mak saya suka betul. Kalau pergi kelantan kuih tu lah yang dia cari dulu. satu lagi buah tanjung. faveret dia lah tu :)
    Ijan

    ReplyDelete
  11. baru buat td..tak berkuah.Kastadnya saya x buat likat sgt,sdg2 aje.Tru juga buat jala mas wlp tak bpe jadi jalanya tak kesahlah sb cubaan pertama

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.