klik Nuffnang

Thursday, August 11, 2011

Puding Cocktail Berkuah (2)



Puding Cocktail Berkuah ni buat beberapa hari lepas utk berbuka. Kalau berbuka mmg suka berbuka dgn makanan manis dahulu barulah jamah makanan lain.
Kalau puding berkuah gini mmg kegemaran....selalu juga buat...tak pernah jemu sbb sedap. Selain itu mudah sgt nak sediakan.Cuma biasa nak cepat isi kastad dlm bekas besar...bila nak hidang potong tp kali ni rajin sikit..isi dlm bekas2 kecil.



Resepi puding kali ni hasil jamu mata di dapur K.Zai@Dapur Impian...berkenan nengok puding k.Zai yg comei...disamping nak mencuba puding kastad versi lain pula . T.Kasih K.Zai kongsi resepi.

Puding Cocktail Berkuah
Sumber; K.Zai@Dapur Impian

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail



Utk menyerikan lagi puding kastad ni buat jelly strawberry segera....mkn sama2 dgn puding kastad...sejuk2...yummmmm...



Yang ni pula Puding Cocktail Berkuah utk potluck berbuka beramai-ramai pada 4 Ramadan yg dibawa bersama-sama talam kastard jagung..Utk Puding Cocktail ni guna resepi yg selalu digunakan sebelum ini . Bekas atas tu kuah kastad yg pekat dan buah cocktail. Manakala bekas bawah kastad dan buah2 tambahan spt anggur dan rock melon.Untuk kastad buat 2 adunan dan sejukkan dlm loyang besar....dah sejuk baru potong kecil dan isikan dlm bekas. Masa nak hidang di tempat jamuan baru campur semua dlm bekas dan tambah lagi fresh milk dan air batu.

4 comments:

  1. sedapnyer puding coctail..mmg feberet ni... :)

    ReplyDelete
  2. salam mamasya.. best puding makan bulan puasa.. sedap2.. ita pun suka puding ni

    ReplyDelete
  3. menda2 cam gini mmg nyaman jer bila masuk tekakkn ...nak2 kalau mkn yg sejuk2 tu

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2