Assalammualaikum semua
Sambungan dari kisah Kenangan Cuti Msia....selepas cuti di Trg, kami bertolak ke Kel pula....utk bertemu mak dan sanak saudara di kg.Semasa di Kel, sempat juga ke Pasar Siti Khatijah tp tak ambil gambar sbb malas nak angkut kamera. Di Pasar Siti Khadijah sempat juga ronda bahagian makanan dan jumpa
nasi tumpang org Kel panggil nasi tupe...apa lagi terus beli sbb dah lama mencari
rupa nasi tumpang....nasi bgh bawah...lauk2 bgh atas.dah lama mencari nasi tumpang ni..puas dpt makan.selain itu ada beli juga nasi kerabu dan nasi dagang
setiap kali balik kg mak pasti belikan kerabu sare mkn dgn nasi.biasa bulan Ramadan byk org jual kerabu sare ni...
utk lunch mak masak sup tulang...
juga ikan percik bakar atas dapur arang.kalau balik kg, mama hanya tolong2 sikit kat dapur sbbnya mama suka mkn masakan mak, wpun ringkas tp selera mkn....air tangan ibu mmg sedapkan. makpun mmg rajin masak...anak2 sebut nak mkn apa pasti mak akan masakkan....teringatnya masakan mak .....
juga tak miss beli kuih lompat tikam.lompat tikam kelate biasa ada pulut merah....sedappp
beli cendol dan biji sagu.mama suka mkn dgn air gula dan letak ais je terutama masa bulan puasa.tak rajin nak buat kuah santan...
esok paginya sarapan pagi di rumah mak saudara....ada hidangan nasi dagang kelantan dg lauk ayam dan ikan.
juga puding,sandwich dan kuih ketayap...mee gorengpun ada. semuanya...termasuk set nasi dagang mak sedara masak sendiri.t.kasih byk mak da jamu kami sekeluarga, wpun sibuk dgn tempahan utk masak2, masih sempat lagi masakkan sarapan utk kami.mak sedara mmg selalu sibuk ambil tempahan masak2 tempat kenduri dll.kalau cuti sek gini pasti tak menang tangan....juga ambil tempahan menjahit...
selepas sarapan kami ke rumah mak saudara satu lagi.....melepasi kws bendang menghijau.....damai sekali
pemandangan yg cantik.....sukanya tengok view hijau begini....
habis cuti di Kel, kami bertolak semula ke Trg.singgah di Pantai Penarek sekejap utk melihat keindahan pantai yg membiru..
tengok bot2 yg berlabuh tepi pantai....ingat nak singgah mkn ikan celup tepung tepi pantai tp perut masih kenyang..jadi teruskan perjalanan ke KT.
esoknya mama janji nak jumpa Su kenalan Fp juga sedara belah husben, kami jumpa di kilang beliau Ziq Bakery di Kaw Perindustrian Chendering .Suka mama dpt jumpa Su,dengar cerita dan pengalaman dari seorg usahawanita yg berjaya dlm bidang bakery. Ziq bakery selain ada di Mydin Mall Trg, Gong Kapas dan beberapa cawangan di K.Trg, juga ada cawangan di Mydin Mall Melaka.
dpt mcm2 roti...kek aiskrim lagi.tkasih byk2 Su.moga perniagaan terus maju....
sekejapnya dah habis cuti di kg. sebelum bertolak balik....anak2 bergambar dgn sepupu mrk dan tok Wan
juga Syakirah dg sepupunya....
dalam perjalanan pulang dari Trg....abg Syazrin dgn Syakirah....seiraskan....?
lalu ikut Tangkak, singgah sekejap cuci mata dgn kain pula....
lagi view Pekan Tangkak yg terkenal dg tempat jual kain pasang.....
dah sampai rumah. beberapa hari kemudian jemput sepupu mama, Ida yg kebetulan ada xtvt tak jauh dr rumah utk bermlm di rumah kami, anak2 suka bila Ida dtg sbb dia pandai melayan budak2....
abg dari KL juga dtg mengunjungi kami. anak2 dg sepupu mereka..
bersiap2 nak ke JB..ada urusan sikit.kebetulan ada LE Tour De Langkawi, jlnpun tutup sekejap...
budak2 sekolah sepjg jln meraikan group Le Tour De Langkawi
dah sampai JB, melintasi Angsana. pergi balik hari tak sempat kemana2pun ....
cuti dah habis....packing barang...Syakirah pun sibuk nak tlg juga...
di KLIA...anak2 bersama sepupu mrk yg menghantar di airport
dah dalam pesawat bertolak balik....sekejap je 3 minggu bercuti di Msia...
flight transit sekejap di Bangkok sebelum meneruskan perjalanan....tamat Kenangan Cuti Msia