Saturday, May 25, 2013

Happy Belated B'day My Boys- Red Velvet Book B'day Cake




Assalammualaikum buat semua & slmt berhujung minggu dan cuti sekolah

Happy belated bday buat Syakim, Syafiq dan Syazrin...! Dah sebulan berlalu baru mama dpt buat kek dan entry untuk tiga org hero mama yg sambut bday April yg lepas. Nasib baik hero-hero mama tak merajuk...hanya Syafiq asyik bertanya bila nak buat kek bday...nanti.. nanti.Akhirnya baru semalam buat. Alasan lambat....sbbnya lately ni malas betul nak baking dan tak da idea nak buat kek apa. Mulanya ingat nak beli saja kek bday...dah beberapa kali survey kek tp mcm tak puas hati pula rasanya tak dpt buat kek bday utk anak-anak sbb biasa mama buatkan kek bday utk mereka.


Akhirnya buat juga kek bday....Red Velvet Book B'day Cake buat anak2 mama.


Nak buat kek nipun ada kisahnya.....2 kali tertangguh sbb blackout. kali pertama masa tgh hari, ketika sdg godek cake....tunggu letrik ada baru sambung adunan kek dan kali ke 2 malam masa tengah deco kek.tunggu 2 jam baru ada letrik, sambung deko sikit..dah ngatuk terus zzz. bangun pagi abg Syazrin tanya mana kek bday...ada bang berselimut putih dlm peti ais tp belum siap lagi.sian anak2 mama menunggu kek bday.....


Ketiga-tiga hero bday bulan April.jadi mama buat sebiji kek kongsi bertiga...mrkpun tak kisah kongsi sambut bersama....tetap ceria, mama sayang semua.


abg Syazrin birthday ke 8 thn. pd 25 April...tak byk ckp...suka senyum dan paling rapat dg Syakirah


abg Syafiq birthday ke 10 thn pd 8 April. byk cakap....aktif


abg Syakim birthday ke 12 thn pada 16 April. pendiam sikit tp suka layan adik-adik


lilin 3 btg..sorang satu saja tp tiup..nyalakan..balik...tiup lagi..bagi sampai puas tiup...hi...hi.


Happy belated bday buat Syakim, Syafiq dan Syazrin...!mama & abah sentiasa doakan moga Syakim, Syafiq & Syazrin rajin-rajin belajar dan jadi anak yg soleh....Amin.


RVC yg sedappp. utk resepi RVC klik sini.bday boyspun suka .


Kek bday....dgn tema buku dan ceria di taman...

Thursday, May 23, 2013

Pengalaman Manis...sepetang bersama Tun Dr. Siti Hasmah



Assalammualaikum buat semua...moga semuanya sihat sejahtera.
Entry kali ni special sedikit sbb mama nak kongsikan pengalaman manis mama dapat bersua muka dengan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yg mama cukup kagumi. Dan ni merupakan pengalaman kali ke 2 mama dpt bertemu Tun sejak berada di sini.Kali pertama masa lawatan Tun ke Cairo pada Jun 2011.
Kali ni pula kunjungan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ke Cairo pada 18-19 Mei yg baru lepas atas jemputan sebuah pertubuhan di sini bagi menyampaikan ucapan dalam persidangan dan Pelancaran Perdana Global Peace Foundation Club (PGPF),Egypt & Gaza Chapter. Mama kongsikan sedikit catatan...untuk kenang-kenangan di blogdapurmamasya ni...


Ketibaan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad di lapangan terbang Cairo pada pagi 18 Mei 2013 di terminal khas.


Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali turut disambut oleh Dato' TYT Duta & Datin.


Pegawai dan isteri pegawai Msia di sini turut sama menyambut ketibaan Yang Amat Berbahagia Tun


Dalam acara berasingan pada sebelah ptgnya Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dibawa melawat museum terbesar Mesir yg terletak di Tahrir Square. Sempat dibawa melihat mumia dan khazanah Tutankhamon.mamapun pertama kali jejak museum ini.


selepas selesai lawatan ke Museum,Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah dibawa utk minum ptg di Nile City, restoren yg terletak di tepian Sungai Nil.


Sesi minum ptg diceriakan dengan sembang mesra dan perkongsian pengalaman serta nasihat oleh Tun utk kami semua.Satu pengalaman yg tidak akan mama lupakan....dpt berpeluang berbual dan mendengar Tun berbicara.antaranya Tun berkongsi cerita tentang cucu-cucunya...tok dan tok Det..itulah panggilan manja oleh cucu-cucu untuk Tun berdua. Juga perlunya menjaga pemakanan apatah lagi bila meningkat usia, pengalaman sebagai seorang doktor dan lain-lain lagi....tak jemu mendengar Tun berbicara.


Selesai sudah sepetang bersama Tun Dr Siti Hasmah,satu petang yg cukup manis...cukup bermakna.


Pada keesokkan pagi 19 Mei, mama tak melepaskan peluang utk turut sama hadir di Majlis Pelancaran Perdana Global Peace Foundation Club (PGPF),Egypt & Gaza Chapter di Hotel Fairmont oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad.Majlis turut dihadiri oleh rakyat Msia di sini dan tetamu Mesir yg dijemput hadir.


dalam majlis yg sama Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyampaikan sumbangan dari PGPF


Selepas itu dalam majlis berikutnya di dewan berasingan, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir dijemput berucap dalam satu seminar, International Renaissance Experiences The Malaysian Case. Satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab. Berita penuh boleh baca di sini.


Tun Dr Mahathir turut ditemuramah oleh station tv Nile TV yg meminta Tun utk berkongsi kejayaan memajukan Msia.Suratkhabar tempatan turut membuat liputan meluas lawatan Tun ke Cairo. Kagum dengan kepimpinan Tun, seorang tokoh pemimpin yang dihormati di peringkat antarabangsa.

Sepanjang mama di sini, mama rasa bangga sbb bila sebut asal dari Msia, terus mereka menyebut nama Tun....rata2 org Mesir begitu mengagumi Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin Islam yg berjaya menjadikan Msia sebuah negara maju.

Monday, May 20, 2013

Minum ptg dg Kek Pisang



Assalammualaikum buat semua
Entry cuti ke Rom...rehat seketika dulu. Sebelum kongsi ttg resepi, nak citer ttg cuaca di sini. skrg dah masuk musim panas...dah mula terasa bahang panas kering cuaca.Kipas dan air cond yg dah bebulan2 'cuti' dah mula beroperasi semula. Pakaian musim sejukpun dah simpan.kedai2 pula dah mula sales utk pakaian dan brg musim summer pula. Waktu siang pjg...siang cepat, subuh awal 3.18 pg dah masuk.syuruk pula skrg kul 4.58pg..mmg awal sgt habis subuh...kul 5 pg dah mula terang.Maghrib masih awal 6.45 ptg.
Berbalik kek pisang ni....buat utk minum ptg minggu lepas. Apa2 makanan yg berasaskan pisang mmg favorit mama , cuma di sini buah pisang tak byk jenis mcm Msia.Hanya ada sejenis pisang yg sesuai utk dimakan saja iaitu samada pisang local atau pisang import. tiada pisang utk buah pisang goreng....telan air liur je kalau nengok pisang goreng.


Resepi kek pisang ini, berkenan dr dapur mamasaranur sejak ditayangkan di blognya itu sbb simple bahan2nya. Tapi Mamasaranur tak begitu sihat skrg. Moga cepat semboh. T.kasih berkongsi resepi...tkasih juga buat Jintanmanis empunya resepi asal. tp resepi kek ni mama tambah 1/2 cwn choc rice dan pisangpun mama tambah sebiji lagi nak habiskan pisang yg ada. tp resepi asal spt dibawah;

Kek pisang
Sumber; Mamasaranur .Resepi asal Jintanmanis blogspot.
Oleh ; Mamasya

bahan-bahannya
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula - mama letak 3/4 cwn gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
caranya
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan,
(nota mamasya; letak 1/2 cwn choc rice akhir sekali sebelum kek dibakar)


kek ni mama tak begitu puas hati sbb terlebih bakar, leka buat benda lain.kek jadi mcm kering sikit bhg atasnya...nasib baik masih sedap.


Secawan teh O dan sepotong kek utk minum ptg...

Saturday, May 18, 2013

Fontana Trevi & Castel Romano ( Rome Pt 3 )




Assalmmualaikum buat semua
Nak sambung kisah percutian ke Rom. Masih kisah hari ke 2 di Rom, xtvt sebelah ptg dan mlm pula iaitu ke Castel Romano Designer Outlet dan Fontana Trevi. Sebelah ptg kami ke station bus temini lagi utk dptkan shuttle bas ke Castel Romano Designer Outlet. Kebetulan dalam flyer bus city sightseeing Roma ada diiklankan bas Shooping tour ke Castel Romona dan jadual bas kesana. hanya 4 trip pergi dan 4 trip balik. Kami ambil bas pukul 3 ptg (ada pukul 10pg, 12.30,3 ptg & 6.45ptg). tiket bas beli dlm bas.masa pergi tak ramai penumpang.


dah dalam bas...melepasi bgn.


perjalanan ke Castel Romano Designer Outlet ambil masa dalam 40 min.


melepas kws menghijau..


dah sampaipun


kws ni terdiri dari deretan kedai dlm satu kws..terdapat kira-kira 90 kedai pelbagai jenama di sini.


dalam kws Castel Romano...ala2 tembok Istana dulu-dulu


yg byk kedai pakaian. ada satu kedai pakaian tu bila mama masuk sales girl di kaunter bg salam pada kami... mama terus jawap wpun heran juga di sini....negara omputih ada sales girl yg nak bg salam pada pelanggan Muslim yg masuk ke kedai.tertanya2 dalam hati girl ni asal dari negara mana,bila paling tengok muka dia.... mama agak dia mungkin asal dari Pakistan tapi dari segi gaya mcm orang Italy.


ada kerusi rehat depan kedai jika nak berehat.masa kami pergi tak ramai sgt org.


menarik scooter diubah suai jadi gerai skaf.


gerai jus dpn kedai Levis


comeikan gerai jus lemon bentuk mcm lemon ni..


mama jalan2 cuci mata...tak shoppingpun. survey brg2 dapur kat sini...mahal juga. lebih murah beli di Cairo masa sales. hanya beli sport shoes utk abg sulong.


kedai pakaian sukan....jumpa made in Thailand, made in Vietnam tp jenama terkenal.


cantikkan bunga


kedai coklat


ingat nak beli juga coklat kat sini utk anak2 tp tengok harga...rasanya di airport lagi murah.


bunga2 dan candy..


tak lamapun di Castel Romano Designer Outlet sbb kami kejar nak balik dg bas pukul 5 ptg.ramai betul org nak balik dg bas pukul 5 ptg sampai penuh 2 bas. sbb kalau terlepas bas kul 5 kena tunggu bas pukul 8 mlm....lama tunggu.nasib baik dpt seat.


Lepas balik hotel sekejap, keluar lagi nak ke Trevi Fountain pula. tengok peta dekat, jadi kami jalan kaki.....tp rupa2nya jauh menapak....lenguh kaki berjalan.


melepasi hotel....pekerja hotel sporting posing bila diambil gambar.


jumpa lagi kereta mini....berkenan betul mama dgn kereta ni...comeii.


lepas kereta mini, terserempak bas mini.....saiznya kecil je.


Trevi Fountain (Fontana di Trevi)....sampai juga setelah menapak jauh dan bertanya org arah ke situ.


ramai betul orang di kws ni...cukup terkenal di Rome



Trevi Fountain, mata air yang paling terkenal di Rome, legenda mengatakan bahawa sesiapa yang membaling duit syiling ke dalam kolam itu akan kembali ke Rom.


bergambar kenang-kenangan.


pergi belah siangpun boleh ke sini tp kalau mlm lagi cantik viewnya.


lepas ambil gambar ikut jalan lain utk balik ke hotel....tukar view


then singgah kedai aiskrim yg berdekatan dg Trevi Fountain.ada 40 lebih jenis aiskrim dlm kedai ini. Rome mmg terkenal dg aiskrim Itali atau gelato. masa memilih aiskrim....girl yg jual bgtau aiskrim yg mana boleh dimkn dan tidak boleh. terkejut juga mama mcm mana dia tahu apa yg halal dan tidak. bila dia perkenalkan dirinya...barulah mama faham...rupanya dia org Islam asal dari Albania.....mama ingatkan dia org Itali. bila nak keluar kedai mama bagi salam....senyum dia sambil jawap salam.



Ais krim...gelato ni rasanya mmg yummy sbb... creamy dan sikit2 sticky.ada pelbagai perisa.byk kedai di sekitar Rom jual aiskrim tp pastikan kandungan aiskrim halal sebelum order.


masa balik ikut jalan lain.....menapak balik....


entah apa nama tempat ni...ada pelancong ambil gambar...mamapun ambil juga


view Palazzo delle Esposizioni waktu malam...dewan pameran, pusat kebudayaan neoklasik dan muzium di Via Nazionale St.


waktu malampun gerai2 makanan dan minuman masih dibuka.
nantikan part 4..hari ke3.episod terakhir