klik Nuffnang

Sunday, November 6, 2016

Macaroni Cheese....yummyyy....


Assalammualaikum buat semua.....bersua kembali...tenggelam timbul dapurmamasya ni......lemau sungguh nak update blog....tambah kesibukan dengan tugasan seharian. Moga masih ada yg sudi jengah blog dapurmamasya ini....
Untuk resepi kali ni....mamasya kongsi Macaroni Cream Cheese....dah beberapa kali juga buat sbb anak2 mmg suka yg bercheese...western gini. mamasya masak doublekan bahan2...maklumlah anak2 suka. inipun sekali hadap licin 2 bekas.....



Resepi seperti di bawah....bahan2 nya agak mudah .....pada peminat macaroni bolehlah mencuba.....tkasih kepada empunya resepi. 

Macaroni Cheese
Sumber ; Myresepi 
Oleh : Dapurmamasya
Bahan-bahan
  • 1 cawan makaroni 
  • 2 - 3 sudu makan mentega
  • 2 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 kiub ayam knorr
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 batang sosej dihiris nipis @ lebih
  • 2 sudu makan daging @ ayam kisar ( terpulang la nak guna ayam @ daging, ( boleh guna daging yg direbus dan di blend kan )- tambah meatball
  • 2 ulas bawang putih ( dicincang halus )
  • 1/2 ulas bawang bombay ( bawang besar  kuning @bawang besar )
  • 2 - 4 sudu cream cheese philadelphia ( boleh cheese cheddar @ parmesan  )
  • 1 cawan susu sejat @ susu cair
  • 1 cawan air
  • Italian Herbs @ dry basil ( tak letak )
  • Remekin @ loyang 
  • Cara-cara
  • 1.Rebuskan makaroni dlm rebusan tu letak sikit garam dan minyak supaya makaroni tu tak melekat.
  • 2.Bila dan siap rebus dan toskan makaroni tu, gaulkan makaroni tu dgn 1/2 sudu makan butter.. supaya makaroni tak kering dah siap letak tepi dulu.
  • 3.Panaskan kuali masukkan 1 sudu butter kemudian masukkan sosej yg dihiris nipis, pastu masukkan 2 sudu makan daging @ ayam kisar agak2  separuh masak ketepikan.
  • 4.Dalam kuali yg sama, masukkan butter, bawang besar dan bawang kecil yg dicincang. Gaulkan sehingga naik bau dan kuning keemasan
  • 5.Kemudian masukkan tepung gandum, gaul rata. Bila tepung dan bawang sebati akan menjadi ketul2.
  • 6.Masukkan pula susu sejat, gaul rata. Kalau berketul2 hancurkan. Kemudian baru dimasukkan air, kacau bagi sebati.
  • 7.Sekarang masukkan pula kiub pati ayam knorr, gaul rata sehingga kiub cair . Masukkan pula serbuk lada hitam ( kepedasan ikut masing2  )
  • 8.Masukkan pula sosej dan daging yg dah digoreng tadi, gaul rata la ye ( kalau rase pekat sgt ssh nk gaul tambah cikit jek air )
  • 8.masukkan Italian Herbs dan gaul rata dah sebati tutup api .  
  • 9.Jangan lupa oleskan butter @ minyak kat dlm loyang 
  • 10.Tuangkan makaroni ke dalam loyang dan taburkan cheese parut diatas makaroni, ikut suka nak letak byk mana .Akhir sekali baru la taburkan sedikit italian herbs @ sedikit serbuk lada hitam.
  • 11. Sebelum masukkan makroni pasti oven telah dipanaskan terlebih dahulu , selama lebih kurang 15 - 20 minit. 
  • 12. Masukkan dlm oven @ mikrowave. Suhu 150c - 170c selama 12 - 15 minit
  • Campuran bahan sebelum bakar.....mamasya buat  2x 
  • taburkan cheese....lagi byk lagi sedapppp.......
  • Siap masak............

7 comments:

  1. Assalam mamasya..
    Macaroni cheese memang sedapp..Kalau ikutkan tekak makcik ni..
    Tambah cili padi...tapi kesian pulak anak2 makan Kalau pedaskan..
    Kita link balik blog mamasya yg lesap dari bloglist kita ya..;)

    ReplyDelete
  2. Assalam Ziela..
    nampak sedap sangat makaroni tu.. anak2 memang suka sangatlah kalau dpt mkn gini. buat 1 resepi memang tak cukup tu..

    ReplyDelete
  3. Hai Mamasya,
    lamanya tak singgah sini...
    kalau masakan bercheese begini memang tak ada yang kata tak mahu ...he he heee

    ReplyDelete
  4. Assalam mamasya.. Macaroni cheese memang sedap..Kalau ikutkan tekak makcik ni.. Tambah cili padi...tapi kesian pulak anak2 makan Kalau pedaskan.. Kita link balik blog mamasya yg lesap dari bloglist kita ya..;)

    ReplyDelete
  5. Awwwwwwwwww i like cheese so much want to eat now ^^


    Gclub Royal1688

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2