klik Nuffnang

Tuesday, February 19, 2013

Nasi Minyak Hujan Panas & Rendang Hitam Sedap




Assalammualaikum buat semua
Dah habis kisah istana Qarun, nanti ada kelapangan mama kongsi tempat menarik yg lain pula. Hari ni mama nak kongsi menu yg mama masak pada hari Sabtu yg baru lepas....masak special sikit sbb kami jemput sekeluarga Arab.....kwn mr husben lunch di rumah kami.Menunya ialah Nasi Minyak Hujan Panas & Rendang Hitam Daging serta beberapa lauk lain lagi. Mama memilih menu Nasi Minyak Hujan Panas dan Daging Masak Hitam sbb nak perkenalkan juga makanan Msia kpd tetamu Arab sbb nasi berwarna begini mmg tak ada di sini...juga masakan lauk Rendang Hitam Daging.


Utk resepi nasi kali ni , mama mencuba resepi dr MYR. sedap nasi hujan panas ni wpun tidak menggunakan susu spt mana yg biasa mama buat.tkasih buat Mak Yong.

Nasi minyak hujan panas
Sumber; MakYong @ Myresepi
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air - letak lebih air sesuaikan dg beras
2 kiub ayam - letak 1 sj
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi- letak 1 1/2 sb
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng , kismis

Cara-cara
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Nota dapurmamasya;
Lepas tumis, mama masukkan dulu beras...kacau rata barulah masukkan air, kiub dan daun pandan.utk pewarna, campurkan 1 sk warna dg sedikit air .


nasi minyak hujan panas yg hampir masak....letak warna pink, hijau dan kuning.


Rendang Hitam Daging ini mama masak dlm kuali/pemanggang ajaib/serbaguna...dlm 45 min dah masak....cepat masaknya.berbaloi angkut dr Msia...patutlah ramai yg dah beli pemanggang ni....mudah kerja di dapur. Utk masak daging ni mama tumis dulu bahan dlm kuali biasa...hingga masuk daging dan bahan. kemudian baru pindah dlm kuali ini.sesekali buka dan kacau serta tambah air hingga masak.


Rendang Hitam Daging ni....sesuai juga mkn dg pulut & lemang.Mmg sedap rasa daging ini....mama dah beberapa kali buat. T.kasih Ratna kongsi resepi daging yg sedap ni.

RENDANG HITAM DAGING
Sumber; Fp MaDihaa
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar - mama letak 3 sb cili kering dah blender
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai di tindik - mama ketuk/tindik satu serai & blend 1 serai dg bwg.
4 sudu besar kicap pekat
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
2 s/b kerisik
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )

Bahan tumis:
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya,
Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis
bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili, masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.


sedap nasi minyak hujan panas digandingkan dg Rendang Hitam Daging....

15 comments:

  1. Mesti arab2 tu ras cam best ye kak....warna warni nasi tu.....:-)

    ReplyDelete
  2. sedap sungguh nmpknye daging rendang tu... terliur dibuatnye...mmg ngam mkn ngn nasi minyak tu...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...Nasi hujan panas..antara resipi terawal yang saya cuba masa mula2 berkenalan ngan MyR dulu2 dan teringin plak nak mencuba rendang daging hitam itewwwwww

    ReplyDelete
  4. wahh.. memang memikat selera..
    owh.. boleh ye msk dlm pemanggang ajaib tu.. ratna pun ada beli tp hanya guna utk panggang ayam je.. sekejap je dah msk.. try resepi ayam panggang black pepper resepi zila.. sedap sgt2.. tp belum sempat nak masuk blog lagi.. tq ye zila share resepi tu.. & tq gak mencuba resepi daging tu.

    ReplyDelete
  5. Salam Mama,
    Umi suka sangat nasi minyak dengan rendang hitam ni. kalau makan mesti bertambah.. sedapp :)

    ReplyDelete
  6. Salam syg mama....
    kalerfulll....i like :)
    mmg kene dgn lauknya....mcm best pulak tgk mama msk rendang dlm pemangang ajaib tue...kena beli nie..hehe..nak sepinggan...keliur tgk tau :)

    ReplyDelete
  7. mamasya sll buat makan2...mg btambah rezkinya...amin! nasi minyak dan rendang tu memukau mata mempesona jiwa...nampak besttt sgt...;)

    ReplyDelete
  8. Menyelerakan sungguh...boleh dicuba tu Mamasya ku,
    sesekali layan apa salahkan..
    tunggu cuti panjang lagi nanti baru buat..maceh share menu

    ReplyDelete
  9. penambat selera ni..dah lama kita tak buat kak nasi ni

    ReplyDelete
  10. Assalam mamasya,
    waduh complete set nasi minyak hujan panas & daging hitam..
    kena sentiasa bersedia apa2 yang nak dimasak kalau hubby mama selalu mengundang teman2nya kerumah for lucnh or dinnerkan....must be fun & exicted dan juga challenges yang dihadapi kalau tinggal di negara orang dan kebetulan juga hubby mama bertugas that reperesents malaysia kan...salute to you mama..:)

    ReplyDelete
  11. assalam mamasya
    nasi paling cantik he he kaler2
    anak2 nampak mesti nak

    ReplyDelete
  12. KAT MANA PELI PEMANGGANG TU NAK BELI LA ..SMS AKAK DIMANA LEH DPT 0182487672

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya beli di JJ. tp ramai yg jual online skrg pemanggang ..

      Delete

Klik Nuffnang2