klik Nuffnang

Friday, February 15, 2013

Crepe Oreo pula



Assalammualaikum buat semua dan t.kasih yg berkunjung ke blog dapurmamasya.
Sebelum bercerita ttg entry hari ni....nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat adik ipar @ ayah su (panggilan oleh anak2, adik mr husben) yg melangsungkan majlis perkahwinan di Trg hari ini...moga bahgia ke anak cucu.Majlis kenduri berlansung di rumah pengantin perempuan hari ini dan rumah MIL esok/sabtu. Sayangnya kami sekeluarga tidak dapat turut sama meraikan majlis perkahwinan......jarak dan masa membataskan.Moga majlis berjalan lancar dan meriah.
Berbalik pada entry hari ni.....Crepe Oreo yg dibuat masa sama dg Crepe Strawberry pada bulan lepas tp baru hari ni sampai giliran update di blog.Musim crepe nampak dah kurang sikit skrg...dg muncul dessert2 baru...tp kalau rasa nak mkn boleh saja buat bila2 masa...


Crepe oreo ni mula sekali tengok di blog Rahel, kemudian di blog kwn2 yg lain....dah ramai yg mencuba...itu yg mama teringin nak buat....lagipun abg yg sulong suka dessert yg creamy gini.


Utk resepi crepenya sama dg Crepe Strawberry cuma letak filling yg oreo. T.kasih buat Zila dan Eyna berkongsi resepi.Letak semula resepi utk mudah tengok;

Crepe Oreo
Sumber; Zila4ever.blogspot Asal FB Eyna Haneyna
Oleh; Dapurmamasya

bahan-bahan
-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning- x letak
-perisa durian - gantikan biskut oreo

cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis.. kalau pekat tambah air sedikit boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih.. ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang.. layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.

filling
-150ml fresh cream diputar hingga kental-ganti dg whip cream
- oreo secukupnya
-letakkan fresh cream letak oreo dan letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.


laku crepe oreo ni kat rumah, rasa creamy dg biskut choc oreo...itu yg anak2 suka.


mcm biasa model mama.....Syakirah...


crepe coklat , crepe strawberry dan kini giliran crepe oreo pula...

19 comments:

  1. Mmg sedap yg ni kak...anak2 sy pun suka....siap suh buat 2 3 hri...tu pun x jemu....sy plak naik jemu mmbuatnya....tp anak pnya psal....layan jer....:-)

    ReplyDelete
  2. Saya belum cuba lagi crepe oreo ni Mamasya.... haiyyyaaa.. selalu tertinggal keretapi! Cantik kejadian crepe tu...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum........Kat Malaysia musim durian dah semakin ke penghujung..bagi peminat crepe dah kena beralih ke inti lainlah seperti inti oreo ni...xleh buh durian lagiii.... ^__^

    ReplyDelete
  4. Rajinnya buat crepe...sy belum mengulang lagi. Apa yg rajin pun tak taulah...

    ReplyDelete
  5. Belum pernah buat yg oreo mcm ni, durian dulu pun jenoh nak mengabiskan sb anak kakpb tak gemar mknn mcm tu..

    ReplyDelete
  6. emm, sampai dah habis musim saya belum traiii lg crepe ni...

    ReplyDelete
  7. Assalam Mamasya.. Lama tak mengerepe.. teringin laa pulak bila terpandang kt sini. Model tu comel sungguh laa.. :)

    ReplyDelete
  8. Salam mamasya. Sedap.. bundo akan terai nanti..

    ReplyDelete
  9. mmm kak,tgk akak punya crepe, teringat permintaan anak bujang nak creepe coklat..umminya tak buat2 lagi..

    ReplyDelete
  10. salam mamasya....

    sedapnya....menarik dan tertarik pula he heeee......

    ReplyDelete
  11. sedap...tp niat nk buat tu sentiasa xjadi...:) nmpak gaya kena merajinkan diri gak d hujung minggu ni

    ReplyDelete
  12. wah...bak 5 ketul MamaSya...he he he...rajin sungguh mengcrepe...bila la fiza nak menerai nih...he he he

    ReplyDelete
  13. kak noor pun nak try lah yg versi oreo ni mesti lazat punya ni..

    ReplyDelete
  14. hihi..thanks for that recepi..nak try buatlah..nyum2

    ReplyDelete
  15. Sis kuantiti crepe ni berapa semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina...mamasya tak ingat berapa kpg dapat...tp bergantung pd juga pada saiz pan yg digunakan.

      Delete
  16. Sis kuantiti crepe ni berapa semua?

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2