klik Nuffnang

Thursday, November 21, 2013

Red Velvet Cheese Cake Meleleh



Assalammulaikum . moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg singgah dapurmamasya.
Maaf jika ada teman2 yg mama tak buat kunjungan balas sbb dlm minggu ni sibuk sgt sbb brg dah mula packing.wpun packers yg dtg packingkan barang tp kena juga kemaskan dan asingkan brg utk mudah mrk packing.Masih ada sikit lagi yg belum selesai......penat sungguh....
Wpun penat sbb dah bbrapa hari berkemas, mama cuba juga update blog hari ini, nak kongsi resepi Red Velvet Cheese Cake Meleleh yg dibuat beberapa hari lepas utk bawa ke pot luck rumah kwn dan juga mr husben bawa sedikit ke office. Dah lama sebenarnya teringin mencuba sejak ramai tayang Cheese Cake Meleleh...atau Lava Cheese Cake. tapi tangguh hinggalah dah dkt nak balik ni barulah merajinkan diri membuatnya sbb nak habiskan stok cheese dlm peti ais.


Tapi Cheese Cake Meleleh mama buat taklah meleleh sgt sbb mama tak ikut sukatan resepi utk cream cheese sbbnya nak habiskan stok cheese dan whipping cream tp resepi yg betul adalah spt di bawah. Utk kek pula, mulanya nak buat span kek tp ovelatte dah tamat tempoh pula jadi tukar buat RVC. Resepi RVC ni sama spt mama buat sebelum ini, dah beberapa kali guna resepi RVC yg sama, boleh klik sini.Tapi utk mudah dikongsikan resepi di bawah, tkasih kZai dan k.Mon kongsi resepi RVC yg sedap ini.Saiz kek ni besar dpt 2 loyang 8 in, kalau famili tak ramai buat 1/2 adunan pun dah cukup.

Red Velvet Cake
Resepi; K.Mon @ Nina Suria
Sumber; k.Zai @ Dapur Impian
Oleh; Dapurmamasya

bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - letak 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota:
1.Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
2.Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- bakar dlm loyang 9' dpt 2 biji kek @ loyang 10'x 10'

Untuk resepi cream Cheese Cake Meleleh sepenuhnya menggunakan kek span kek boleh tengok di blog Rahel Blogspot dan Fb Anida Hussain, dan mama kongsikan resepi utk cream spt dibawah;tkasih buat Rahel dan Anida.

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
tips nak bagi lagi cair tambahkan sikit2 susu cair uht dan whip cream sampai meleleh

Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.


dapat 2 bekas, 1 utk bawa ke rumah kwn dan satu bekas lagi mkn di rumah & mr husben bawa ke office.


Jamuan di rumah kwn....kwn mama menjemput mama dan bbrapa ladies utk meraikan mama yg akn pulang. Mcm2 kuih ada dg hidangan berat mee bandung dan nasi lemak .


Tkasih byk tuanrumah' K.Rozie yg sudi meraikan mama dan menyediakan hidangan yg sedap dan tkasih kwn2 yg dtg meraikan yg juga ada bawa makanan.happy mama bila diraikan begini, akn jadi ingatan manis buat mama.....tkasih buat teman-teman!


RVC yg mama bawa ke rumah kwn....


ni yg utk mkn di rumah mama letak extra cheddar cheese....


parut byk2 atas kek sbb nak habiskan cheddar cheese.


wpun kurang meleleh tapi rasa tetap yummy dan staff mr husben yg mkn kek ni komen sedap kek......

27 comments:

  1. nampak sedap kak, selalu jugak dah makan ni anak dara suka sgt, ok yg ni akak buat tak leleh sgt cheesenya so tak cepat nnt dtg rasa muak.Inshaallah nnt nak buat juga.

    ReplyDelete
  2. Leleh air liur ni mamasya....huhuhu....
    Blom penah try lg yg ciz leleh2 ni....nnti nak cuba lah....

    ReplyDelete
  3. RVC cis meleleh buat ayaq liuqku meleleh sekali...yummm...pantang tengok RV ni memang akan tergoda.Rasanya gandingan ni lagi mantop kan?
    Selamat berangkat pulang ke tanah air mamasya n family.semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudah segala urusan

    ReplyDelete
  4. nampak sedap sangat mamasya.... nak cuba juga lah lepas ni :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mamasya..

    wow wee..semangat tengok kek chez meleleh tu kak..sedapnya..rasanya nak colek sikit..hihi

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. yg dpt tgk jek ni...lagi melelih air liuq. nak buat jugak la cam ni tak tahan godaan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mamasya...sedapnya tengok cheese yg meleleh tu. Hmmm, thanks for sharing. Mmg dah lama nak try tapi belum ada kesempatan lagi :). InsyaAllah, nak cuba juga ni....x tahan tengok x-tra cheese yg mama letak tu...tempting sangat.

    ReplyDelete
  9. sibuk2 packing barang pun dei lagi wak kek... kek meleleh sini pun meleleh2 air liur..

    ReplyDelete
  10. Assalamulaikum..mamasya...wow..baru 2 hr lepas buat versi panda kek meleleh ni...rvc ni blh cuba nnti...pasti sedapp kann..

    ReplyDelete
  11. aduhhh... sana sini lah ada kek meleleh ni... saya tak menyempat le lagi nak cuba jugak...

    ReplyDelete
  12. salam mamasya...

    adehhh lelehhh aaa air liur saya tengok RVC cheese leleh ni. X leh tahanzzz..sana sinunnn dok buat wesepi cheese leleh lelehhh...

    menten...saya CnP dulu...buat setokkk wesepi...tunggu turn nak buat..
    muahhh!

    ReplyDelete
  13. wah..meleleh kak.. malam nanti nak try wat ngn kawan2.. special untuk besday mama.. hehee... terima kash atas resepinya >.<

    ReplyDelete
  14. nak tqy wat utk family weeken ehehe

    ReplyDelete
  15. Salam, mamasya.

    Harap sihat sejahtera. Terkenang pertemuan kita di Brunei beberapa tahun lalu.
    Salam manis selalu utk mu.

    ReplyDelete
  16. Sy dah cuba buat...mmg sedap..anak2 semua suka....

    ReplyDelete
  17. Sedapnya...nnt sy nk try wat...thnks share resipi

    ReplyDelete
  18. salam sis,nk tnya slepas bubuh tpung ngan buttermilk tu..pukul smpai kembang tu brpa minit?mcmana nk tau da kembang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ess....pukul tepung dan buttermilk sampai semua bercampur...sekejap saja...

      Delete
  19. sis..yang ni xperlu letak gula ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ms Rythmatids...ada letak gula kastor

      Delete
  20. Br try mlm ni kak. Rsnya suka yg kek span lg

    ReplyDelete
  21. sedapnya..nak try malas..nak beli siap je lah..terus leh ngap ngap ngap..hihi

    ReplyDelete
  22. sedapnya..nak try malas..nak beli siap je lah..terus leh ngap ngap ngap..hihi

    ReplyDelete
  23. Wah 2 dalam 1!!!kesedapan haruslah berganda-ganda!:-)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2