klik Nuffnang

Thursday, December 1, 2011

Red Velvet Cake




Assalammualaikum semua...

Setelah beberapa kali jamu mata dgn RVC di dapur kawan2...terliur dibuatnya...mana tahan asyik jamu mata je...akhirnya week end baru ni dapatlah betul2 jamu selera dg RVC. Kebetulan anak2 cuti sek 4 hari...asyik ulang alik ke dapur...buka tutup peti ais...tu mama godek kek...puas mrk mkn.mmg sedap kek RVC....patutlah ramai yg dah mencuba.

Biarpun rupa paras kek tak menawan hati sbb cream cheese agak cair....meleleh je belah tepi wpun dah simpan dalam peti ais tp anak-anak suka....biasanya kek coklat je yg laku... kek lain kurang.



Komen anak2 ttg RVC pula....
abg no 1 = sedap kek ni...lebih sedap dari kek coklat
abg no 2 = kek ni..muntaz (dlm bahasa Arab)...kepujian...
abg no 3 = kek paling sedap di dunia...ni ayat yg paling mama tak tahan nak gelak...kek paling sedap di dunia...patutlah sekali mkn 3 keping!
abg no 4 = sedap
Syakirah = habis 1 kpg (lupa nak tanya dia suka ke tidak)...




Pernah dulu buat RVC tp dlm saiz cc dan utk resepi kali ni ambil dari dapur k.Zai....k.Zai mmg rajin buat RVC...cantik pula tu deko...tu yg berkenan nak mencuba. T.kasih k.Zai berkongsi resepi dan tidak lupa k.Mon juga yg menyumbangkan resepi asal kek yg sedap ni....












Red Velvet Cake
Resepi; K.Mon @ Nina Suria
Sumber; k.Zai @ Dapur Impian
Oleh; Dapurmamasya

bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - letak 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- bakar dlm loyang 9' dpt 2 biji kek..

Filling:
500gram blueberry filling - tak letak

Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.



Adunan kek ini dpt 2 biji kek. kek pertama belah tgh letak cream cheese.yg kedua tak belah sbb ingatkan tak cukup cream cheese rupanya berlebihpun....tak da cream cheese di tengahpun anak2 tetap suka...




tgh mkn RVC...Syakirah habis sekeping....abg Syafiq yg komen RVC kek paling sedap di dunia........

11 comments:

  1. Mamaxya.Dah lama kita tak buat kek ni.teringin la pulak.

    ReplyDelete
  2. Assalam kak, memang sedap sgt RVC ni kan kak ..nieza pun baru jer buat minggu lepas. tapi warna kurang merah sebab kehabisan pewarna merah...so tak berapa nk berseri tapi mkn sodap. abis tambah lagi lemak dibdn ni...hehe

    ReplyDelete
  3. oooo sedap ye.. nak cuba gak lah nanti.. nampak dah ramai yang wat kek ni, cuma nani blom sampai seru nak wat.. tapi nak wat kali ni pun, kena bancuhan acuan kecil2 belaka, sebab takot gak kot2 tak dapat sambutan.. hihihii

    ReplyDelete
  4. betul tu kek ni memang sedapkan....
    penah sekali wat utk kek birthday si kakak...
    he he paling sedap didunia sbb air tangan mama terbaikkkkkkkk kan Syafiq...

    ReplyDelete
  5. Fav kek kak cek ni...kak cek pun baru buat kek ni...tapi buat ccake...memang sedappp....:)

    ReplyDelete
  6. emmm...sedapnyer mamasya, ida pun dh lama tk buat...rupa tak penting, janji sedap

    ReplyDelete
  7. salam mamasya... akak dah lama nak buat kek ni tapi belum berkesempatan lagi... kalau dah sume kata kek ni superb... tak tertahan2lah lagi akak nak cuba... kita cnp resepi dulu lah ya...

    ReplyDelete
  8. alahai akak. sorang lagi bt RVC. mmg xleh tahan btul le nak rasa (mmg xpernah rasa lg ni, jakun btul le)....nanti blk aft bcuti sakan ni mmg nak sakan gak le membaking.kik3x....

    ReplyDelete
  9. Salam Maal Hijrah Mamasya,
    Sedapnya RVC tu....akak pernah buat sekali aja dulu, mmg sedap. Suka tengok gambar pemandangan dan anak2 Mamasya kat bawah tu, siap pakai baju sama pattern dan sama kaler lagi....

    ReplyDelete
  10. terliur tengok RVC ziela ni. Akak ade tengok cara buat dalam Youtube cuma tak ade masa nk buat.

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2