klik Nuffnang

Wednesday, December 28, 2011

Asam Pedas Daging



Assalammualaikum semua
Belum sempat update gambar2 cuti...byk gambar nak kena pilih dulu....nanti lapang sikit akan update. Utk entry hari ni hidang lauk Asam Pedas Daging yg dimasak beberapa minggu lepas. Sebelum tinggal di Melaka mama tak tahupun daging juga dimasak asam pedas sbb kalau kat kg...di Kel daging femes masak singgang.Bila dah beberapa kali mkn sedap pula.....dah jadi lauk favorit abg no 1.



Sebelum ini pernah masak asam pedas daging ikut resepi sini , kali ni cuba resepi asam pedas yg ditumis dgn rempah 4 beradik...rempah tumis. berselera kami sekeluarga mkn....

Asam Pedas Daging
Sumber; sya_annur@MyR
Oleh;Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 6 org )
1/2 kg daging (rebus hingga empuk)-campur bhg tetel sikit
10 biji cili kering
3 biji bwg merah/1 biji bwg besar
1/2 inch halia
1/4 inch lengkuas
1 batang serai
blend@tumbuk semua bahan di atas smpai lumat (kecuali daging la, hehe)
2 biji tomato
Daun kesum
Sedikit rempah tumis(Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga)
Garam & Gula secukup rasa

nota dapur mamasya;
Tambah 1/2 cwn air asam jawa & sedikit belacan

Cara-cara
Toskan daging yang telah direbus tadi. Kemudian hiriskan
Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah digiling tadi.
Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, tuangkan baki air rebusan daging tadi kedalam periuk.
Masukkan daging, buah tomato dan daun kesum.



asam pedas daging dlm periuk...panas-panas baru masak.tengok bendi di sini saiznya lebih pendek dan gemuk sikit....

13 comments:

  1. mama..sedapnya asam pedas daging...lama sy tak masak asam pedas ni...
    mmg terliur ni....

    ReplyDelete
  2. Tak penag pun masak daging cam gini. Nak cuba jugak le. Mama kiut le bendi tu.

    ReplyDelete
  3. Salam Mamasya akak kalau masak asam pedas daging bukan makan lagi dah menghirup....weee....memang syok ni

    ReplyDelete
  4. Mama,
    terimakasih atasan ucapan buat Ati.senyum lebar dia akak kata kawan mak ucap tahniah...bila nampak mama tayang lauk asam pedas nie terus datang.akak suka asam pedas can
    mgini..hirup kuah walaaa....

    ReplyDelete
  5. Tadi kat opis dah nampak dah asam pedas ni.. tu lesung batu sure angkot bawa pi cairo kan.. sedapppnya nampak daging tu kat urat2 tu yg sedap tu.. nak test wat gak..

    ReplyDelete
  6. first time nama menu daging asam pedas ni... :)

    ReplyDelete
  7. Salam mama..kita pun kat sni biasa duk msk asam pds dging kmbin..sdpp kan asam pdss ni..msk la ikan ke apa...xmuakk..

    ReplyDelete
  8. Sedapnye asam pedas daging kak... saya dah lama teringin tp kesum sama kantan dah lama habis stok. terliur sungguh.

    ReplyDelete
  9. Salam Mama...samalah saya, sejak kenal MyR ni baru tau daging pun boleh dimasak asam pedas...Teringin gak nak cuba tapi Hb pula kurang siket lauk2 asam pedasss ni..hu hu hu hu ku didalam dilema...

    ReplyDelete
  10. dekat mana nak dptkan bendi yg comei2 mcm ni

    ReplyDelete
  11. Yan, bendi kecil ini dijual di Egypt .

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2