klik Nuffnang
Wednesday, December 7, 2011
Nasi Lemak Kuning Tumis
Assalammualaikum
Nasi lemak hijau pernah buat dulu...kali ni masak nasi lemak kuning pula. Tapi ni nasi lemak versi tumis. Utk warna kuning tu tambah sikit dgn serbuk kunyit. Nasi lemak ni menjadi hidangan kami sekeluarga di pagi minggu beberapa minggu lepas. Dah lama tak masak nasi lemak...sejak duduk sini ini baru rajin nak masak....Syakirah yg selalu sebut nak nasi lemak tapi mamanya asyik tertangguh nak buat.
Berselera makan nasi lemak tumis ni... sbb dah lama tak masak nasi lemak dan suka rasanya yg dimasak letak halba dgn serai...tumis pula dgn minyak sapi, itu yg rasa sedap.Sambal pula nasib baik tak pedas dptlah anak2 mkn...kalau tidak kena masak lauk lain.
Nasi Lemak Tumis
Resepi; Jun @ MYR
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air n santan, kacau hingga pecah minyak.
bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n garam.
pastu masak seperti nasi lemak biasa..
hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur n ikan bilis goreng.
Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.
Sambal Nasi Lemak
Resepi; Oh Malaysia
Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang
12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar - letak 5 sb saje
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara
Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masa ambil gambar nasi lemak ni...Syakirah cakap mama ada burung.....cepat2 ambil gambar burung sebelum terbang.....kat tepi tingkat tu mmg selalu ada burung bertenggek...
Label:
Nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Mamasya...
ReplyDeletePagi2 Lagi Ni Kak Lin Dah Sampai Cairo Ni...Tgk Tu Mama Dah Hidangkan Dengan Nasi Lemak Kuning Tumis...Sedapnya!!!
Assalamualaikum Ziela,
ReplyDeletewah ada burung dtg ya Syakirah...dia nk tumpang mkn ngan Syakirah tu...hehe..pandai mkn nasi lemak erk...sedapkan mama masak??
Nasi lemak yang ditumis bersama minyak sapi...wah sedap ni mamasya!! Belum pernah rasa nasi lemak ditumis...boleh cuba nanti.
Haaa kak LIn pun ada....boleh lah hidangkan utk kita sekali...hehe.
Assalamualaikum.....akak dtg terbau2 keharuman nasi lemak....ada lagi tak...dtg bawak pinggan ni hehehe
ReplyDeleteWah! Nasi lemak kuning pulak...menarik ni...leh la try masak nanti...selalu buat nasi lemak biasa2 je...tak pun nasi lemak pandan..ni nasi lemak kuning la pulak...macam2 resepi ada kan...:)
ReplyDeletesedap nasi lemak ni...lame x wat nasi lemak..hehe..klo bubuh kt daun pisaang lg bes kan..harum je :)
ReplyDeletesedapnya tngk set nasi lemak kuning ni..leh cuba ni..tq mamasya..
ReplyDeletemenarik lak tgk nasi lemak kuning ni kak..sedapnya kena ngan sambal tu:)
ReplyDeleteMamasya,
ReplyDeleteterimakasih sudi berkunjung balas,tapi masa akak nak terbitkan komen mama akak terdelete laa.aduyai,takut nnti mama ingat akak tak sudi lak kat mama.datang jauh2 naik flight..hehehe,,tak per akak rasa dulu nasi kuning tu.mmg sedap kalau tumis dulukan