klik Nuffnang

Monday, December 12, 2011

Nasi Ayam Ipoh



Assalammualaikum semua....bersua kembali....
Week end sibuk sikit dgn pelbagai xtvt...tak sempat nak ngadap PC lama-lama...hari ni baru sempat nak update blog. Entry ringkas hari ni ialah nasi ayam Ipoh yg dimasak beberapa minggu lepas. Kalau nasi ayam mmg kegemaran kami sekeluarga...tambah anak2 mmg suka....kena masak ayam lebih kalau tidak mmg tak cukup...suka meratah ayam.



Kebanyakan resepi nasi ayam lebih kurang sama tp kali ni nak cuba nasi ayam Ipoh sbb tengok ramai kawan2 dah mencuba. Utk ayam ni...mama bakar dlm oven...senang...perap...masuk je dlm oven.Ayam ni nak bagi lagi sedap dan kilat sikit....sapu ayam dgn butter semasa nak bakar. Biasa kalau nasi ayam, jarang buat sambalnya sbb anak2 suka ayam mkn dg sos cili Thai je.Utk resepi copy dr K.Zai...dimana resepi asal dr MYR.....t.kasih k.Zai & Quinnie kongsi resepi.

Nasi Ayam Ipoh
Resepi asal;quinnie @ MYR
Sumber; k.Zai@Teratakimpian

Bahan-bahan ( sekeluarga )
*BAHAN NASI*
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan- tak ada ganti minyak zaitun
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

*BAHAN SUP*
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
*BAHAN KICAP*
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
*BAHAN HIASAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kiub ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.



jemput jamu mata semua...jumpa lagi next entry.....

8 comments:

  1. Assalamualaikum Ziela,

    sedapnya nasi ayam tu...tk tahan tengok punggung ayam yg gebus tu...hehe...nanti nur nk cari aah ayam...nur suka beli ayam yg telah dipotong bahgian punggung.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mama,
    laa ziela yer nama mama tapi sedap panggey mama kan,tul laa kata mama nampa berkilat gitu ayam nyer,,ee rasa nak ngap ajer,

    ReplyDelete
  3. Ipoh mali ma he he mestilah sedap kan kan
    ayam tu betul2 menarik dan menyelerakan Mamasya...rasa nak makan je hi hiii

    ReplyDelete
  4. salam mama....wahhh sedapnya, dok telan ayaq liuq dah ni...bawa pinggan kosong blh? hihiihi

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mama....

    Bila Free Nak Cuba Buat Nasi Ayam Ni... Tak Payahlah Susah2 Pergi Ipoh Kerana Nak Makan Nasi Ayam...Hik3

    ReplyDelete
  7. dah lama nk cuba nasi ayam ipoh ni tapi lum berkesempatan lagi..tgk akak tayang ni menyelerakan:)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2