klik Nuffnang
Friday, December 2, 2011
Gandingan Nasi Tomato dgn Ayam 3M
Assalammualaikum
Hari ni nak kongsi menu yg mama masak untuk hidangan kami sekeluarga minggu lepas iaitu nasi tomato dgn ayam 3 M......ayam masak merah madu.Kalau ayam masak merah anak2 cukup suka....kdg2 meratah...mmg kalau masak kena lebih.
Gandingan nasi tomato CMG dgn ayam 3M K.Ummi ni mmg sedap. Resepi nasi dari CMG @ Dapur Tanpa Sempadan...ni dah 2 kali buat guna ,t.kasih CMG kongsi resepi nasi yg sedap....kami sekeluarga suka.Manakala gandingannya pula ayam masak merah madu resepi dr blog K.Ummi yg cukup sedap.
NASI TOMATO
Sumber; CMG @ Dapur Tanpa Sempadan
Oleh; Dapur Mamasya
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, diketuk
2 helai daun pandan
1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
2 1/2 camca besar sos tomato- letak 1 1/2 sb tomato + 1 sb tomato puri
1 kiub ayam "maggi"
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kismis dan kacang peas untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu. Tambah sos tomato dan kacau rata.
Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng...
Biasa buat ada sikit kuah sbb anak2 suka mkn dgn nasi dan Syakirahpun suka kuahnya itu.Mmg sedap ayam masak merah ni...dah beberapa kali buat, pernah ada di entry lalu.tqvm K.Ummi kongsi resepi.
AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : asal Majalah Saji dari Blog ummizahaidi
Oleh; Dapurmamasya
Bahan:-
• 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
• 2 sb. rempah kari ayam
• 1 sb. serbuk kunyit
• 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 2 inci halia (ditumbuk)
• 2 labu bawang besar (dikisar)
• 2 sb. cili kering kisar
• 5 sb. madu
• 1 sudu besar gula merah
• 2 sb. puri tomato - letak lebih + 1 biji buah tomato diblender
• garam secukup rasa
• 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat
Cara Memasak:-
1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam
2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
4. Masukkan gula, madu, puri tomato, buah tomato kisar dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam & bwg besar.
6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.
nota dapurmamasya; tak pasti bawang besar kisar letak masa bila,jadi bawang besar tu ditumis. tambah juga lagi 5 ulas bawang putih dan sedikit halia semasa menumis. Manakala bawang potong letak selepas ayam dimasukkan dlm kuali.
nak lagi sedap kena ada acar....jemput jamu selera semua......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalam kak nampak sedap nasi tu ,dah lama tak masak nasi tomato terguda nengoknya
ReplyDeleteMama kalau tengok nasi2 macam ni teringat umah org kenduri.Dan kat sini pun ada 3M..membaca,menulis dan mengira.hihihi
ReplyDeleteAssalamualaikum Ziela,
ReplyDeleteselalu Nur mesti terlepas n3 yg lalu...hehe...sedap nasi tomato tu...nur suka mkn nasi perisa sedap aja...pekene pulak ngan lauk msk merah lagi sedapkan mamasya??? Mesti abg syazrin mkn bertambah nie...kalau tk habis boleh auntie tolong habiskan...haha.
Semalam Nur baru terperasan Yah...sukanya dpt lihat wajah Yah yg skrg nie...Nur dh nampak dia bolehkan tak cam rupa dia pulak..apalah kita nie...dah tua kot?? Hehe...lagi satu Kamalina..dulu dia pernah suruh aktif kat FB tapi waktu tu mcm tk minat gitu...hehe..pelan2 mesti kita terjumpa kawan2 lama kan mamasya??
salam mama....resepi nasi tu xguna tomato puri kan...tgk bhn pun simple jer,mst cuba ni...
ReplyDeleteAyam madu tu pun nmpak menyelerakan...nnt nk try buat laa...
Mamasya...lama bebeno rasanya kak cek tak benasi tomato ni...rasa cam nak makan..tapi tak terbuat2...ntah bila serunya nak sampai ek...tgk kat sini lagila teringinnya nak makan...adoiai!...
ReplyDeleteAssalamualaikum Mamasya,
ReplyDeletesedapnya tngk set nasi tomato tu....buat yatie lapar lerrrrr...mcm esok nak wat jek..
Menelan air liur jer lah. Kita baru nak ciet
ReplyDeletethans sudi kongsi resepi...sy cuba arini utk menu berbuka...
ReplyDeletesama2...Slmt mencuba.
DeleteSaya minta resepi ini ye. Harap2 menjadi.
ReplyDeleteSedap!
ReplyDeleteThank you share resepi.
Saya dah cuba buat semalam, jamu tetamu berbuka puasa. Saya cuba menu ayam masak merah bermadu digandingkan dengan nasi tomato simple & sedap mamasya.
Sayang sini tak boleh attach gambar, kalau tidak saya sudah attach gambar :)
oh ya, kalau nak tengok gambar, boleh lihat di blog saya :)
Terima kasih banyak2 ye :)
Dah cuba wat utk buka semalam.Sedap sangat....anak2 and yg paling penting hubby kata sedap. Esok nak wat lagi . Berbuka di rimah mertua. Tkasih mamasya...
ReplyDeleteMemang sedap...saya dah try...saya tambah carrot 1 btg...temkasih tuan punya rezeki. ..
ReplyDelete