klik Nuffnang

Tuesday, December 6, 2011

Rosemary Grilled Chicken


Assalammualaikum
Hari-hari masak...kdg2 tak da idea nak masak apa....anak2 pula suka lauk ayam...memang selalu masak lauk ayam tp kalau ayam goreng biasa...mmg kurang laku...kdg2 mrk mkn...kdg2 tak nak. Tapi kalau ayam bakar mmg confirm licin...kena bagi kuota sorang ambil berapa ketul...suka mrk meratah. Utk melayan selera anak2...minggu lepas buat ayam bakar dan kali ni berkenan nak mencuba ayam bakar rosemarry...lagipun stok rosemarry beli sebelum ini masih byk....kat sini rosemarry yg serbuk boleh beli timbang...murah. Resepi ayam rosemarry ni lain dari resepi Lemon Rosemarry Chicken Grilled yg pernah buat sebelum ini.

Tayang juga karot...selain utk kek karot guna juga dlm resepi ni bakar dgn ayam...tp bukan baby karot...mak karot..besar2 saiznya.







Ayam bakar ni sedap rasanya... nak lagi sedap kena perap lama...barulah meresap mesra bahan2 rempahnya kedlm ayam bakar tersebut.
T.kasih buat Potret Kasih@ Blogwana yg sudi berkongsi resepi.....spt komen Wana ayam bakar ni sedap...itu yg teringin nak cuba...dah hasilnya mmg sedappun.....




Resepi Ayam Panggang Rosemary
Sumber; Potret Kasih@ Blogwana
Oleh; Dapurmamasya

bahan
1 ekor ayam - guna peha ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering - guna yg debu
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah
sedikit mentega - utk sapu atas ayam

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.- bakar sampai masak guna api atas bawah...




ayam bakar...panas2 hampir masak dlm oven















muka-muka happy bila mama masak lauk kegemaran mereka....ayam bakar

15 comments:

  1. bestnyer tgk ayam bakar tu kak...seronokla anak-anak akak tu mkn kan...kalau dapat ratah gitu pun sedap ni:)

    ReplyDelete
  2. sedapnya. bundo ambil resepi ni ya. Memang nak buat ni. kalau jadi nanti bundo tunjuk...
    dah tak tahan dah nak buat ni hehe..

    ReplyDelete
  3. sedapnya ayam bakar nie.memang tengah cari resepi ayam bakar rosemary nie.nanti nak cubalah.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.. mamasya..
    pepagi nani dah dtg sini jenjalan sbb nampak ayam tu.. eheheheh.. smlm nani dinner pun wat ayam bakar gak.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam Mamasya

    Ma...ni ayam sesuaaaiii untuk gathering during xmas week nanti..nampak sedap bgt!! kita nak yg ketol besar tu !

    ReplyDelete
  6. Ma.
    selalu akak sient reader,kekadg nmpak sedap ajer amek resipi simpan ada yg akak dah try buat sbb Ma tsayang tu memgliurkan...nmpak ayam tergolek tu mmg suka sama ajer kat rumah akak buat camgini kejap licin,,kena reauest buat lagi ada!!!

    ReplyDelete
  7. Salam Mamasya
    dok tengok jer pun dh sedap....posa hari nie...cubaan betulla!!Nanti akak nak cuba resepi nie tau....TQ...che suami mesti geram tgk nie...lalala

    ReplyDelete
  8. Salam Mamasya,, bukn je anak2 yg seronok mkn ayam tu K1 yg dok negok ni pun telah air liur hee hee :)

    ReplyDelete
  9. Wah! bestnya menu ayam panggang ni...rajinnya Mamasya memanggang ayam...he he...kalau anak suka makan kita lagila suka masakkan...hilang penat masak bila tgk diorg berselera makan kan...

    p/s Tq atas ucapan tuk Mimi ya...:)

    ReplyDelete
  10. Assalam mamsya,
    wah tengok ayam ni teringat ayam kenny rogers tuu..anak2 memang suka ayam macam ni..uish tak kiralah ayam masak macam mana comfirm mesti makan punyalah..amboi..cuti2 kat dubai seronoknya kita tengok..bilelah nak sampai kesana tu ya..

    ReplyDelete
  11. assalam mamasya....
    sedapnye ayam bakar, ni bukan anak2 je suka mak2 pun suke he he
    teringin la nak cuba...blm penah bakar ayam kat oven

    ReplyDelete
  12. salam mamasya..berselera sungguh anak2 mama mkn ek..kite kat sini tumpang terliur taw..sedapnye..

    ReplyDelete
  13. Salam. Kak Mamasya.. berselera benar anak2 mama. Kami pun lapar benar melihat gambar ayam ni. :)

    ReplyDelete
  14. salam kenal

    nyam2 sedapnya...boleh terai nnti :D

    ReplyDelete
  15. best tgk anak2 ketawa..

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2