klik Nuffnang

Monday, November 29, 2010

Kek Gula Hangus



Kek Gula Hangus aka Kek Sarang semut buat semlm utk minum ptg. Dah lama tul tak buat kek ni....sbbnya buat kali terakhir dulu tak menjadi, terus malas nak buat. Ni baru ada kerajinan nak cuba semula....nasib baik elok jadinya berbanding sebelum ini.



Kek Gula Hangus
sumber -Ayu@curlybabesatisfaction.blogspot ( asal From Kak Halimah@resipidiana.blogspot.com)....terimakasih semua kongsi resepi.

Ingredients for caramel:-
1 cup sugar-(1 cawan gula)
1 cup hot water-(1 cawan air panas)
2 tbsp butter-(2 sudu besar mentega)
On medium heat, fry sugar in a saucepan. When the sugar has almost melt, add in hot water(be careful @ this part cause it will be popping.) Add in butter and stir till melts. Put to cool ans set aside.-(Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)

Ingredients for cake:-
4 eggs-(4 biji telur)
1 cup condensed milk-(1 cawan susu pekat)
1 cup plain flour-(1 cawan tepung gandum)
2 tsp soda bicarbonate-(2 sudu teh soda bicarbonate)
1 tsp vanilla essence-(1 sudu teh vanilla essence)

Method:-
-(Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( saya gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Saya bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.)

nota dapur mamasya;
guna loyang 7" dan bakar suhu 160'c selama 1 jam.



Nengok sarangnya dah lulus ke tidak...



Syakirah sabar menanti mama suapkan kek gula hangus....

Sunday, November 28, 2010

Award & Tag from Along & Anna



Mula dapat dr Anna...tp tunggu dulu bila ada masa baru nak jawap..then dpt pulak dari Along...ni ada kelapangan sempatlah angkut dan gantung award.

NICK NAME TUAN PUNYA BLOG: MAMASYA ( semua nama anak2 mula dengan Sya!)

UCAPAN UNTUK PEMBERI AWARD:

Timakasih buat Along & Anna Qawina(Qaseh-AzZahra ) sudi bagi award blog Cantik ni. berbesar hati jugak ... wpun blog dapur mamasya masih baru tp Along dan Anna sudi bagi award...

6 ARTIS KEGEMARAN/SINGER/GROUP:

Dulu2 zaman belajar adalah jugak penyanyi kegemaran.Skrg ni tak ambil kisah sgt...dengar lagupun dlm radio masa driving atau kat blog ni sbg halwa telinga.

a. Maher Zain
b. Faizal Taher
c. Rossa
d. Anuar Zain
e. Alleycat
f. Aruah Sudirman

TAG 10 BLOGGERS YANG TERPILIH:

Tak tahu nak pilih blog sapa yg cantik...semuanya cantik-cantik belaka. Jadi award ni nak kongsi dengan kawan2 semua....kalau sudi angkut bawak balik..

Kisah Hari Raya Aidiladha (Pt 3)



Hidangan ringkas....daging goreng,singgang daging,ayam goreng, acar, sup perut dan sambal.

Sambung kisah raya...part akhir. Pagi raya kedua, kami buat makan2 semperna akikah Syakirah..jemput sanak saudara yg berdekatan.Pagi-pagi dah jamu sarapan dengan nasi...lauk sudah semestinya ada daging singgang.
Seawal 5 pagi mak dah ada di dapur masak2..kakak2 iparpun bangun awal membantu di dapur...terimakasih mek,k.Zah dan Dah yg membantu menyiapkan hidangan akikah Syakirah.



Tetamu paling awal dtg....7.30 pagi...cucu sedara mak.... macam anak org Jepunkan.. tomeiii .



Syakirah dgn 2 pupunya...



Syakirah yg ceria...



Syakirah dgn abg2nya dan sepupu. 2 lagi abg tak da dlm gambar...sibuk main di luar rumah.



mak, atok dgn sebahagian cucu

Friday, November 26, 2010

Hitam legam tapi tetap menawan



Stop dulu kisah raya korban...gambar byk tak sempat upload...nanti sambung lagi.

Kali ni nak kongsi kek yg hitam legam tp tetap menawan citarasa....American Chocolate Cake..kek yg cukup mudah...godek2 bakar. Kek ni sedap...tak payah toppingpun pun dah sedap.... anak2 mmg suka. Kat fp pun dah tayang...saja tayang kat dapur ni pulak. ..buat beberapa minggu lepas.




American Chocolate Cake
Sumber;Ninie copy dr FP Zahara - tq k.Zara kongsi resepi...

BAHAN
2 cups flour*
2 cups granulated sugar-guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder*
2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt
1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;
Mix all together in a bowl.
and bake for 45 minutes.. suhunya sya guna suhu bakar
cake biasa tu.. 170C sebab masa cousin sya beri
recipe, tk dak tercatat suhu, sya hentam je.

ni yg kita buat;
1.Ayak bahan * sekaligus
2.Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air
3.Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu.
4.Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.
***Satu lagi kalau nak elok potong kek ni guna pisau plastik..

Wednesday, November 24, 2010

Kisah Hari Raya Aidiladha (Pt 2)



Syakirahpun dok tunggu lembu disembelih...

Sambung kisah Hari Raya Aidiladha. Pada tahun ni spt thn sudah2 , seekor lembu dikorbankan dikongsi sanak saudara...lembu korban disembelih di rumah atok. Kami pula ambil sebahagian untuk buat akikah Syakirah.



Tengok Syakirah nangis...tak nak didukung oleh nenek.kesian nenek tak dpt nak dukung Syakirah.



Lembu sedang dilapah....lembu disembelih belah pagi selepas selesai solat sunat Aidiladha.



Gotong royang memotong daging di rumah bapa saudara..berdekatan rumah mak dan atok.Masak-memasakpun di rumah bapa saudara..senang sbb cukup peralatan sbb mak saudara mmg ambil tempahan masak2 untuk kenduri-kendara.



Atok dan bapa saudara sedang potong daging dan tulang



Sekuali daging goreng...tlg kacau dan tukang rasa. Masak2 utk makan beramai2 sanak saudara sambil menunggu daging korban selesai dibahagi-bahagikan.



Sedang mendidih masakan singgang daging yg cukup popular sbg juadah hari raya korban di Kelantan. Bahan2nya ringkas tp menyelerakan...tambah makan panas2 kena pulak dgn ikan masin....sedap ....



2 beradik...Anak sedara dari Trg dtg beraya di Kel...



MIL dan ipar menjamu selera....dtg dari Trg utk ziarah keluarga di Kel. MIL dtg awal bersama2 kami sehari sebelumnya, tidur rumah mak.



Mak dgn kedua-dua kakak ipar dan anak saudara...

Monday, November 22, 2010

Kisah Hari Raya Aidiladha (Pt 1)



Setiap kali hari raya sudah tentu mak akan masak ketupat ....

Dah dkt 2 minggu dapur mamasya tak sempat dijengok....sibuk dgn macam2 hal dan antaranya sbb kami pulang bercuti di kampung halaman ... Kelantan dan Trengganu untuk menyambut hari Raya Aidiladha bersama sanak saudara.

Tak larat nak celoteh panjang...jom tengok gambar sepanjang pagi raya Aidiladha...



hidangan di pagi raya yang dimasak sendiri oleh mak...nasi minyak,gulai ayam,acar,sambal dan ketupat.



nasi minyak mak yg sedap....



Gulai ayam makan dengan nasi minyak..



Syakirah bersalaman dengan nenek.
Abg cakap...'mama, tak sesuailah tudung pink Syakirah dgn baju'....'tak kisahlah bang..Syakirah kecik lagi..tak matching baju dgn tudungpun tak pa'....




Syakirah dipangku oleh mak saudaranya...posing dgn nenek dan sepupu



Lagi Syakirah dgn sepupunya...



Syakirah posing dgn sepupunya..kedua-duanya malu-malu...




Kisah Hari Raya Aidiladha (Pt 2) akan menyusul nanti.....

Wednesday, November 10, 2010

Kuih Talam Labu



Kuih talam ni buat hari jumaat lalu masa cuti Deepavali utk minum ptg. Ada labu lebih ..sebahagian dah masak lemak....yg selebihnya buat talam.
Bila dah sejuk , potong tp masih lembik sikit..lembikpun lembik.....tak sabar nak rasa..sedapp rupanya talam labu....lemak manis.
Sebahagian simpan dalam peti ais biar betul2 sejuk barulah elok dipotong.



Dah sejuk...keluarkan dari loyang...

KUEH TALAM LABU
Sumber ; Fp K.Liza

Bahan
Lapisan bawah - [labu ]
1 cawan labu [di parut]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

nota dapur;

utk santan cair,guna 1/2 pkt santan debu buat 3 cwn santan
utk santan pkt,guna 1 pkt santan debu buat 3 cwn santan

Daging Gulai Kawah



Masih kisah lauk bekwah...daging gulai kawah...tp gulai ni masak dalam periuk.Masak guna rempah khusus utk gulai kawah yg dibeli di Pasar Payang,beli masa balik raya yg lalu iaitu Rempah Gulai Traditional Warisan Trengganu . Resepi ikut apa yg tertulis di pkt rempah ...tp resepi asal masak utk 2 kg daging...dah ubah utk 1 kg sahaja dan campur dgn rempah kari biasa sbb rempah gulai kawah ni agak gelap spt rempah kerutuk.

DAGING GULAI KAWAH

bahan A yg dikisar

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering/cili boh

Bahan B
1 Kg daging lembu [potong nipis basuh & toskan]-gaulkan
50 gm rempah gulai kawah- guna 30 gm + 2 sb rempah kari
1/2 kg ubi kentang
sedikit gula merah/ 1 1/2 sudu gula
50 gm kerisik - gaul dgn daging
rempah menumis-bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih
sedikit air asam jawa
sedikit belacan-pilihan
1/4 kg santan
garam secukupnya

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan A dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah, air asam jawa,belacan dan manisan , kacau hingga sebati.daging dan kacau rata.
4. Masukkan daging yg diperap dgn kerisik,tambah air dan masak hingga empuk. 5.Masukkan santan dan ubi kentang tunggu hingga mendidih.
6. Bila mendideh masukkan garam dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

Tuesday, November 9, 2010

Nasi Warna-warni



Inilah nasi beriani warna-warni@ nasi hujan panas yg dimakan dengan teresek.Dah beberapa kali masak nasi ni...di dapur Fp pun dah ada...masa open house raya yg lepaspun masak tp masa tu nasi tak sempat posing.



Nasi Beriani Warna-warni
Resepi ; Sajian Di Perantauan
Sumber; Dapurmamasyablogspot

Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi atau beras biasa
air sama byk dgn beras
3 labu bawang besar - kisar
5 biji bawang merah- kisar
1 ulas bawang putih-kisar
2 inci halia - kisar
*3 kuntum bunga cengkih, *2 inci kayu manis
*3 biji buah pelaga, *3 kelopak bunga lawang
1 tin susu cair atau susu segar
1 s/k garam
pewarna hijau ,merah dan kuning- setiap warna bancuhkan dgn sedikit air secara berasingan - bancuh 1 st pewarna dgn 2 st air
1 senduk minyak sapi

Bahan hiasan:
bawang goreng,kismis

Cara
1. Panaskan minyak sapi,tumis bahan kisar dan bahan * sampai wangi-saya tumis dlm kuali dan pindahkan dalam rice cooker sbb biar cepat tumisnya.
2. Masukkan air,garam dan susu.Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan masakkan spt biasa.
4. Bila nasi hampir kering, buat 3 lubang di tengah nasi dan tuangkan tiap pewarna pada tempat yg berlainan dan tutup kembali lubang.Tutup periuk dan biarkan betul-betul masak.
5. Setelah masak,kacau rata-rata untuk mencampurkan warnanya.
Hidangkan dengan kismis dan bawang goreng.

Nota dapur;
Tip memasak nasi minyak dan beriani dan lain2 nasi yg sejenis dgnnya :

1.Sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya spt lesung.Jgn dibuka periuk shingga nasi cukup masak.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.



jemput makan..........

Monday, November 8, 2010

Nak makan lauk bekwah@kenduri



Set nasi bekwah...nasi beriani warna-warni, daging gulai kawah dan teresek..hidangan kami sekeluarga di hari Jumaat.

Minggu ini ramai yang buat kenduri kahwin semperna cuti pjg......kami sekeluargapun dpt undangan menghadiri majlis perkahwinan... jadi hari sabtu dan ahad gantung periuk.Tapi utk sarapan masakkan mee kari pada hari sabtu dan ahad pula soto buat hidangan kami sekeluarga.

Sebut ttg kenduri terasa pulak nak makan lauk bekwah(big work) @ kenduri spt di Kelate....dah lama tak makan. Hari Jumaat tu tak kemana-mana...jadi kelantang kelentung di dapur siapkan hidangan ala-ala bekwah iaitu masak nasi beriani warna-warni@ nasi hujan panas,daging gulai kawah dan teresek jantung pisang.

Kalau ikutkan set dimasak tak lengkap lagi sbb lauk kenduri yg biasa dihidangkan semasa bekwah di kg biasanya selain gulai kawah dan teresek ada ayam percik/ayam masak tomato,solok lada, sambal, acar mentah dan sira labu ataupun agar-agar sirap (org Kelate panggil beledo) utk pencuci mulut dan nasi biasanya nasi putih.Untuk lauk daging kalau tak gulai kawah dagingnya dimasak gulai daging buku besar/daging kurma dimasak seketul2 besar-besar....satu lagi lauk dalcapun biasa dihidangkan.



Kali ni nak kongsi resepi teresek jantung pisang...resepinya dari Fp k.jie..t.kasih K.jie kongsi resepi. Jantung pisang ni pemberian kawan sepejabat....t.kasih byk2 k.Ani.

TERESEK
sumber; FP K.Jie.

Bahan-bahannya

Ayam ( ambil yang bertulang, mempedal , boleh juga masukkan hati ayam- dipotong kecil2)
1 biji jantung pisang – dihiris-hiris. ( atau kacang panjang- dipotong serung memanjang)
1 biji kelapa- ambil 4 cawan santan pekat
½ biji kelapa dibuat keresek - letak 3 sb keresek beli dah siap
4 biji cili merah~dihiris memanjang-ganti cili hijau
garam secukupnya
sedikit gula
1 keping asam keping
½ paket rempah kari ( nak masukkan 1 paket pun boleh)

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit
sejemput ketumbar biji
10 biji cili kering
7 biji cili api- tak letak

Cara Membuatnya
1. Masukkan ayam dan santan ke dalam periuk dan renehkan sebentar.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, rempah kari,asam keping dan kacau rata sehingga mendidih
3. Bila kuah sudah pekat dan ayam dah masak, masukkan jantung pisang ( boleh yang mentah atau yang direbus)
4. Bila jantung pisang sudah masak, masukkan kerisek, garam dan sedikit gula.
5. Kacau sehingga kuah begitu pekat. Masukkan cili merah yang dipotong memanjang. Gaul dan angkat.
Enak dimakan dengan nasi panas-panas



Resepi nasi warna-warni dan daging gulai kawah akan menyusul dlm next entry....tungguuu....

Saturday, November 6, 2010

Spaghetti



Spaghetti ni masak masa week end beberapa minggu lepas utk lunch.Kebetulan mr husben tak lunch di rumah, jadi masak ringkas utk anak2...mrk mmg suka spaghetti.

Spaghetti

Bahan2.
1 paket spagetti
300 gm daging cincang
1 botol sos spaghetti
5 sudu besar sos tomato
1 biji bwg besar-potong kotak
5 btg sosej - potong tipis
2 biji tomato - potong kotak
minyak masak&butter
air - 400 ml

Cendawan butang /karot- ptg kotak2
Pepper ,Garam
Gula -letak lebih utk kurangkan masam sos - kalau yg suka sos manis
2 kpg slice cheese

Cara

1) Panaskan butter yg dicampur dgn sedikit minyak
2) Tumiskan bwg besar hingga garing
3) Masukkan daging cincang, masakkan hingga daging hampir masak, masukkan sosej.kacau hingga masak
4) Masukkan sos spaghetti, buah tomato, sos tomato dan cendawan butang/karot dan air.
5) Masukkan pepper, garam dan gula.rasakan .
6) Masukkan slice cheese, kacau. Sedia utk dihidang




Utk sos biasa masak manis sikit ikut selera anak-anak.

Friday, November 5, 2010

Jln-jln tengok show house



2 storey Semi detached

Assalammualaikum semua...tentu ramai yg bercuti jln2 makan angin..balik kg skrg semperna cuti Deepavali...kpd yg bercuti....slmt bercuti semua!

Kali ni nak kongsi xtvt jalan-jalan tengok show house... ni xtvt bulan lepas...tp baru sempat update. Bukan nak beli rumah baru....saja cuci mata...tengok rumah cantik.
Show house ni tak jauhpun dari rumah...selalu lalu dok tengok lori keluar masuk...bila pergi tengok....dah byk rumah siap. Kat taman ni, selain showhouse 2 storey Semi detached ni ada lagi showhouse lain spt rumah teres,2 storey terrace,Semi detached cluster..tp yg lain dah tutup sbb dah sold out.

Jom tengok gambar dlm rumah, hiasan dalaman moden.. boleh jadi idea hias rumah...



living room and dining area..dibahagikan dgn partition



living room



entrance



dining area...tema putih..sebelah dgn sliding door



anak2pun ikut sama tengok rumah..



famili area di 2nd floor





bilik ke 5 dijadikan ruang rehat sekali dg master bedroom



dressing table master bedroom



Master bedroom..tema hitam , putih dan coklat muda



bilik no 3..



bilik no 3..tema hitam , putih dan coklat muda



bedroom no 2..tema pink..


sweet sgtttt utk anak pompuan..suka tengok



bilik di ground floor sebelah dapur



Dapur tema merah putih



dapur serba putih gini..kena rajin ngelap..rajin nyental..

Klik Nuffnang2