klik Nuffnang

Wednesday, November 10, 2010

Kuih Talam Labu



Kuih talam ni buat hari jumaat lalu masa cuti Deepavali utk minum ptg. Ada labu lebih ..sebahagian dah masak lemak....yg selebihnya buat talam.
Bila dah sejuk , potong tp masih lembik sikit..lembikpun lembik.....tak sabar nak rasa..sedapp rupanya talam labu....lemak manis.
Sebahagian simpan dalam peti ais biar betul2 sejuk barulah elok dipotong.



Dah sejuk...keluarkan dari loyang...

KUEH TALAM LABU
Sumber ; Fp K.Liza

Bahan
Lapisan bawah - [labu ]
1 cawan labu [di parut]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

nota dapur;

utk santan cair,guna 1/2 pkt santan debu buat 3 cwn santan
utk santan pkt,guna 1 pkt santan debu buat 3 cwn santan

4 comments:

  1. Salam ziela,

    sedapnya talam tu...nur suker mkn kuih2 talam ni tapi sesekali boleh la....hihi...nak sepotong buat minum ptg ni...duduk sorang2 kat rumah ni boring pulak...kalau kita berdekatan boleh jenguk2 Syazrin dan Syakirah dari pagar luar...hihi.

    ReplyDelete
  2. Salam Mama,

    Mmg Sedaplah Nur, Talam Labu Yg Mamasya Buat....Warnanya Pun Nampak Menarik....Nak Sepiring Mama!

    ReplyDelete
  3. nmpk menarik sygnya ina x suka labu.... ruginya... x rs maka x cinta kan... hehehe...

    ReplyDelete
  4. Salam Mama,
    Best nye labu... saya pun baru minat dengan labu ni..selalu buat kek je. talam belum pernah try :)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2