klik Nuffnang

Tuesday, November 2, 2010

Mi Lada Hitam



Lepas ayam bakar lada hitam....citer ttg Mi lada hitam pulak. Mi lada hitam ni masak belah ptg...hari yg sama dgn buat bbq ayam.
Mencuba resepi dari majalah...saja nak rasa kelainan mee letak lada hitam. Boleh tahan jugak rasa mee bila masak letak lada hitam. Sesuai utk org yg suka pedas sbb letak cili padi dan lada hitam. Tapi kalau tak suka pedas sgt kurangkan lada hitam. Cuma resepinya ubahsuai sikit ikut selera sendiri dan bahan2 agak je tak timbangpun. Satu lagi lepas masak kena makan cepat2 sebelum mee ni kembang....



Mi Lada Hitam
Sumber ; Majalah Rasa

bahan
500 gm mi kuning
3 biji bwg merah - cincang
1 ulas bwg putih - ketuk
5 biji cili padi - ketuk
100 gm ayam - hiris tipis
6 ekor udang - *letak lebih
20 gm lobak merah
20 gm kubis
20 gm sawi
1 1/2 sudu mkn sos lada hitam
1 1/2 sm lada hitam - tumbuk - *letak 1 sm
2 sm ikan bilis tumbuk
100 ml air - *air kena tambah byk sikit utk dptkan kuah tak cukup 100 ml
60 ml kicap manis - *letak lebih sbb tambah air
minyak utk menumis.
*tambah ; 1 sm sos tomato , 1 sm sos tiram
serta telur sebiji,fish cake dan fish ball,buah tomato

nota dapur mama;
* bahan2 dan cara yg diubahsuai ikut citarasa sendiri

Cara

1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi
2.Kemudian masukkan cili api, ikan bilis tumbuk,ayam dan udang. *masuk ayam dulu kacau hingga separuh masak barulah dimasukkan udang,ikan bilis,fishcake dan fishball.
3.Masukkan lada hiam,sos lada hitam dan kicap manis. *masukkan jugak sos tiram dan sos tomato dan telur.kacau rata.
4.Masukkan air dan masak hingga mendidih.
5.Masukkan mee dan sayuran.gaul. rasakan garam jika tak cukup masin.
6.Siap dinikmati

1 comment:

  1. salam singgah
    sedapnya nampak mee lada hitam tu espc tang udang tu :D

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2