klik Nuffnang

Thursday, April 17, 2014

Daging Masak Merah Ala Thai....Simple je..





Assalammualaikum semua....
T.kasih buat pengunjung dan teman2 siber yg datang ke dapurmamasya wpun mamasya dah tak kerap update blog dg entry baru spt dulu tp akn cuba update bila kelapangan.
Untuk entry hari ni nak kongsi resepi masakan daging. Daging masak merah...... selalu juga masak utk hidangan sekeluarga...sbbnya simple bahan2nya. tak pyh susah nak ke gerai masakan Thai kalau nak mkn....di rumahpun boleh masak.


Kalau nak nampak daging merah spt gambar pertama, bolehlah pewarna sedikit semasa merebus. Tapi kalau tak letak pewarnapun tak mengapa.....cukup dg warna sos.Resepi dari MYR , tkasih empunya resepi.......

Daging Merah Ala Thai
Sumber; Jeezy MyR
Oleh; Mamasya

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.(kalau nak merah campurkan dengan sedikit pewarna masa merebus daging)
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.


kalau tak ada idea daging nak masak apa....bolehlah mencuba resepi daging masak merah....simple je......

16 comments:

  1. Assalamualaikum...

    singgah pagi...

    ReplyDelete
  2. salam mamasya..

    sedap ni makan daging masak merah..

    ReplyDelete
  3. Assalam mamasya,
    sedap ni...anak2 kita pun suka masak ni..:)

    ReplyDelete
  4. salam mamasya... saya pun suka la sangat daging merah ni, tapi jarang benar nak masak sebab jarang beli daging....

    ReplyDelete
  5. salam jumaat kak, simple tapi makan dengan nasi panas ni sedapnya kak,

    ReplyDelete
  6. Assalam
    Emm sedapnya, daging masak merah

    ReplyDelete
  7. lama betul tak kesini.... rindu

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sedapnye bole msk bulan puasa nnti. .jemput melawat blog sy ummifayyadh.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. boleh guna pewarna utk kuih/kek...

      Delete
    2. Salam nk tnya cili giling tu cili apa ye

      Delete
  10. Trm kasih ya resepi ni. Sgt berguna. Cuma sy buat lain sikit je sbb slh tengok resepi. Nnt sy buatentrinya. hehe...

    ReplyDelete
  11. Trm kasih ya resepi ni. Sgt berguna. Cuma sy buat lain sikit je sbb slh tengok resepi. Nnt sy buatentrinya. hehe...

    ReplyDelete
  12. adoi...sdpnye...pds2 memang terangkat habisss!!

    Jom jln2 kt blog saya..

    ReplyDelete
  13. adoi...sdpnye...pds2 memang terangkat habisss!!

    Jom jln2 kt blog saya..

    ReplyDelete
  14. Sis.. sos ikan thai tu nk beli kat mana ?? Kalau tak letak xpe ke?

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2