klik Nuffnang

Showing posts with label Makanan barat. Show all posts
Showing posts with label Makanan barat. Show all posts

Sunday, November 6, 2016

Macaroni Cheese....yummyyy....


Assalammualaikum buat semua.....bersua kembali...tenggelam timbul dapurmamasya ni......lemau sungguh nak update blog....tambah kesibukan dengan tugasan seharian. Moga masih ada yg sudi jengah blog dapurmamasya ini....
Untuk resepi kali ni....mamasya kongsi Macaroni Cream Cheese....dah beberapa kali juga buat sbb anak2 mmg suka yg bercheese...western gini. mamasya masak doublekan bahan2...maklumlah anak2 suka. inipun sekali hadap licin 2 bekas.....



Resepi seperti di bawah....bahan2 nya agak mudah .....pada peminat macaroni bolehlah mencuba.....tkasih kepada empunya resepi. 

Macaroni Cheese
Sumber ; Myresepi 
Oleh : Dapurmamasya
Bahan-bahan
  • 1 cawan makaroni 
  • 2 - 3 sudu makan mentega
  • 2 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 kiub ayam knorr
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 batang sosej dihiris nipis @ lebih
  • 2 sudu makan daging @ ayam kisar ( terpulang la nak guna ayam @ daging, ( boleh guna daging yg direbus dan di blend kan )- tambah meatball
  • 2 ulas bawang putih ( dicincang halus )
  • 1/2 ulas bawang bombay ( bawang besar  kuning @bawang besar )
  • 2 - 4 sudu cream cheese philadelphia ( boleh cheese cheddar @ parmesan  )
  • 1 cawan susu sejat @ susu cair
  • 1 cawan air
  • Italian Herbs @ dry basil ( tak letak )
  • Remekin @ loyang 
  • Cara-cara
  • 1.Rebuskan makaroni dlm rebusan tu letak sikit garam dan minyak supaya makaroni tu tak melekat.
  • 2.Bila dan siap rebus dan toskan makaroni tu, gaulkan makaroni tu dgn 1/2 sudu makan butter.. supaya makaroni tak kering dah siap letak tepi dulu.
  • 3.Panaskan kuali masukkan 1 sudu butter kemudian masukkan sosej yg dihiris nipis, pastu masukkan 2 sudu makan daging @ ayam kisar agak2  separuh masak ketepikan.
  • 4.Dalam kuali yg sama, masukkan butter, bawang besar dan bawang kecil yg dicincang. Gaulkan sehingga naik bau dan kuning keemasan
  • 5.Kemudian masukkan tepung gandum, gaul rata. Bila tepung dan bawang sebati akan menjadi ketul2.
  • 6.Masukkan pula susu sejat, gaul rata. Kalau berketul2 hancurkan. Kemudian baru dimasukkan air, kacau bagi sebati.
  • 7.Sekarang masukkan pula kiub pati ayam knorr, gaul rata sehingga kiub cair . Masukkan pula serbuk lada hitam ( kepedasan ikut masing2  )
  • 8.Masukkan pula sosej dan daging yg dah digoreng tadi, gaul rata la ye ( kalau rase pekat sgt ssh nk gaul tambah cikit jek air )
  • 8.masukkan Italian Herbs dan gaul rata dah sebati tutup api .  
  • 9.Jangan lupa oleskan butter @ minyak kat dlm loyang 
  • 10.Tuangkan makaroni ke dalam loyang dan taburkan cheese parut diatas makaroni, ikut suka nak letak byk mana .Akhir sekali baru la taburkan sedikit italian herbs @ sedikit serbuk lada hitam.
  • 11. Sebelum masukkan makroni pasti oven telah dipanaskan terlebih dahulu , selama lebih kurang 15 - 20 minit. 
  • 12. Masukkan dlm oven @ mikrowave. Suhu 150c - 170c selama 12 - 15 minit
  • Campuran bahan sebelum bakar.....mamasya buat  2x 
  • taburkan cheese....lagi byk lagi sedapppp.......
  • Siap masak............

Monday, July 8, 2013

Baked Pasta Yang Sedap



Assalammualaikum buat semua. moga sihat sejahtera.Terimakasih buat semua yg mendoakan keselamatan mama sekeluarga dan rakyat Msia di sini. Mama doakan agar keadaan di sini cepat pulih, aman damai tenteran kembali....Ameen.
Mama teringat dulu mama sampai di sini sebaik sahaja revolusi tamat, sepatutnya dtg awal tp keadaan waktu itu, ditangguhkan utk datang. Masa sampai dulu Mei 2011...keadaan dah agak tenang masa itu.bila ke piramid dan kws pelancongan yg lain mmg langsung tak da org ...pelancongpun tiada. dan kini setelah 2 thn lebih di sini,berlaku lagi.....saat mama sekeluarga akan berangkat pulang ke Msia, mungkin satu kebetulan atau satu dugaan...hanya mampu berdoa moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.


Tenangkan hati....mai mama citer ttg entry hari ni, oleh kerana tak kemana-mana....anak2pun sedang bercuti sek skrg....maka xtvt dirumah....masak...makan...makan. dan beberapa hari lepas mama masakkan salah satu food kegemaran mereka iaitu Baked Pasta. kalau bake pasta mmg favorit anak2....selagi tak licin...selagi itu akn tanya ada lagi tak. tambah abg yg sulong...dia kalau western food...tambah yg bercheese mmg suka sgt.


tengok tu sos putih dan cheese yg cair.....yummy...mmg sedap!


Oleh kerana anak2 suka baked pasta...mmg selalu buat, boleh tengok sini.Mama suka resepi baked pasta dari Dayang sbb simple tapi sedap. Dan biasa mama lebihkan sos putih....sbb lebih sos putih lagi sedap. Nak potong empat segi elok mcm gambar paling atas kena tunggu betul2 sejuk. Mama kongsikan semula resepi baked pasta di sini.

Baked Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh: Dapurmamasya

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- mama guna makaroni big ring saja tak campur lain
150 g minced beef/chicken - guna beef
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato
1 sudu besar mentega

Sos Putih : - mama buat 1 1/2 adunan
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.

Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih.
Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.(rasakan garamnya biar cukup agar rasa lemak2 sikit, mama tak letak gula).
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.
nota dapur mamasya;
utk sos putih tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 dan butter terus masuk dlm susu.


tengah masak dlm oven...bgh atas tak garing sgt bakar sbbnya ada org dah tak sabar nak mkn...


sapa lagi...abg Syazrin...dok ulang alik tanya mama...bilalah nak masak.... dah masak bang tp masih panas...jab lagi dah boleh makan...


dah boleh hidang....sedap makan masa suam2...dg cheese dan sos putih masih meleleh....yummm.

Thursday, July 12, 2012

Grilled Chicken Chop




Assalammualaikum buat pengunjung dan teman2 blog....moga semuanya ceria dan sejahtera.
Sesekali terasa nak tukar selera...asyik mkn nasi je...terasa nak mkn menu omputih utk dinner....iaitu Grilled Chicken Chop. Menu ni mama masak 2 mlm lepas....masa hidangkan....abg no 3 tanya mama beli ke ni....tak pernah mama masak ayam gini, mana beli bang...mama masak. Sbbnya baru kali ni mama hidangkan Grilled Chicken Chop kat rumah...dan biasa abg no1 yg suka order kalau mkn di restoren. Dan bila mkn.....habis licin... semua suka....abg no3 pula cukup suka dgn sos ayam....


Dah lama nak buat ayam grill gini tp asyik bertangguh sbbnya nak kena perap dulu 1 mlm....itu yg dok tangguh....tp kalau tak perap kurang mesra bahan2nya.Ayam ni mama perap 2 mlm....letak dlm freezer, ingatkan nak mkn masa celebrate bday Syakirah dg kek dan ayam ini tp dah siap kek, terasa penat sgt nak masak ayam dg sos, itu yg bertangguh jadi 2 mlm perap. Untuk resepi mama berkenan dg resepi dr blog Potret Kasih@Wana sbb bahan2nya mudah....semua ada dlm gorbok dapur.T.kasih byk2 Wana kongsi resepi Grilled Chicken Chop yg enak ni, izinkan kongsi disini;

Resepi Grilled Chicken Chop
Sumber; Wana @ Potret Kasih
Oleh; Dapurmamasya

1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )- mama guna part dada ayam
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
mama tambah; 3 ulas bwg putih & 1 sb madu

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Boleh guna pembakar elektrik
Nota dapurmamasya
mama tak gaul ayam dg minyak tp letakkan minyak dlm nonstickpan.tutup kuali dg tudung periuk utk bagi ayam cepat masak.

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )- letak tak sampai 1 liter dlm 2-3 gelas tengok kepekatan sos, tambah sikit2 air jika perlu
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!



Masak guna bhg dada...pejal sikit isi ayam tp tetap licin. cadangkan kalau nak lagi sedap guna bhg chicken leg...lagi lembut dan sedap isinya bila dimakan...

Thursday, May 17, 2012

Baked Makaroni with extra cheese & Pizza.


Assalammualaikum
Bersua kembali....2-3 hari ni ada hal sikit tak sempat nak bw rumah kawan, nanti ada kesempatan akan buat kunjungan balas. Entry ringkas hari ni sebelum keluar ke majlis perpisahan buat teman2 yg akan pulang ke Msia adalah entry Baked Makaroni & Pizza. Ni dah lama buat dan kira ulangtayang sbb dah ada sebelum ni. Anak2 mmg suka menu omputih tambah2 letak cheese gini.


tengok cheesenya....yummmy....mmg letak lebih cheesenya iaitu dlm sos putihpun letak juga, ikut resepi dari Blog K.Mon.Manakala untuk resepi sos daging dan caranya2 boleh klik sini.

Sos Putih
1 1/2 cawan susu segar
1/2 - 3/4 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan mentega
1 cawan keju parmesan - ganti mozarella
1 cawan keju mozarella
1 s.t italian mixed herbs

Cara
Ambil saucepan, panaskan mentega dengan api yg sangat perlahan.
Masukan tepung dan kacau hingga rata dan tidak berketul.
Masukan susu segar sedikit-sedikit dan kacau lagi. Masak dalam 2minit.
Masukan keju parmesan dan gaul rata. Angkat.bolehlah diletak atas sos daging.
nota dapurmamasya; tambah garam dan lada hitam secukup rasa

tabur banyak2 cheese...yummm

bakar...

siap utk dihidangkan...tergaring sikit atasnya tp tetap licin....


Manakala pizza buat hari lain.mama buat simple je...malas nak nguli basenya.beli ready mada pizza base yg cukup murah kat sini.....


untuk toppingnya kdg2 letak je lebihan sos spaghetti ataupun lebihan sos baked makaroni.pastu tabur cheese....


siap utk dimakan.....

Wednesday, November 23, 2011

Upside Down Pizza...yummmy



Assalammualaikum semua

Tgh hari semalam admin sek anak2 sms bagitau yg sek tutup awal 2.30 ptg...biasa 3 ptg dan bas sek akan bertolak 2.30 ptg sbb takut kesesakan kerana dpt makluman demo akan bermula pukul 4 ptg di Tahrir Square.Wpun bas sek tidak melalui kws tersebut tp takut kesesakan teruk berlaku dgn org nak balik rumah dr tempat kerja sbb office sini tamat pukul 3 ptg. Sekolah2 lain ada yg tutup lagi awal pukul 1 ptg. Dlm pukul 3.30 ptg anak-anak dah slmt sampai rumah....mmg kebiasaan kalau balik sek ambil masa 45 min - 1 jam perjalanan sbb jln sesak.
Ptg semlm beberapa kali juga intai melalui tingkap ...tengok keadaan jln dpn apt.....keadaan mcm biasa...kedai2 byk buka, org masih lalu lalang dan kenderaan sesak spt hari biasa.kws rumah ini byk kedai2 pakaian...dan mcm2 kedai lagi, jadi sebelah mlmpun ramai pengunjung ke kws ini. Manakala tempat berlaku demo Tahrir Square terletak di kws lain. Nak tahu apa kisah yang berlaku semalam baca disini. .
Berbalik kpd entry hari ni iaitu Upside Down Pizza....nipun entry tertunggak.Bila tengok tarikh gambar di folder....ianya diambil pada 22 Julai lagi....4 bulan lepas, baru sampai turn posing di blog.Kawan-kawanpun dah ramai mencuba pizza ringkas tp sedap ini.



Anak-anak suka dgn pizza ni....maklumlah ada topping cheese....sekali mkn suruh buat lagi...jadi mamanya buatlah lagi. Sengaja bakar lama sikit agar bhg atas agak garing dan rapuh je bila digigit....Mmg sedap pizza ni, berebut anak-anak mkn. tkasih buat penyumbang resepi dan yg berkongsi resepi....

RESIPI UPSIDE DOWN PIZZA
Resipi Asal : Tun Telani
Sumber : Noorsha@1001 Cerita 1001 Rasa
Oleh; Dapurmamasya

Bahan untuk Dough
2 bj telur
1 c susu
1 c tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam

Cara² Untuk Penyediaan Dough
gaul sebati @ gunakan mixer @ blender semua bahan hingga smooth.
- sedia utk diguna.

Bahan² untuk Filling
1 keping dada ayam - kerat2
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
garam

Cara² Untuk Penyediaan Filling

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Bahan taburan
Keju secukupnya (cth : mozarella @ cheddar @ parmesan)

Cara2 Penyediaan Upside Down Pizza

Panaskan oven 180 degree
Letakkan filling dlm loyang
tabur cheese atas filling.
curahkan adunan 'dough' kat atas.
Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.- bakar lebih dr 25 min
Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.



tabur cheese atas filling....



sedang bakar dlm oven..



potong cepat2....abg2 dah tak sabar nak mkn....



model mama kali ni abg Syafiq....dgn gaya mulut tenganga...tak sabar nak ngap!
dah 2x buat....anak2 cukup suka, minta mama buat lagi.....tunggulah bila mama rajin sikit ya...

Saturday, October 22, 2011

Lasagna lagi.....citarasa anak-anak



Assalammualaikum semua
Anak2 dah lama minta nak makan lasagna....cakap tunggu..tunggu,alasan belum beli lasagna sheet. Bila dah beli tangguh lagi nak buat...dah tak da alasan nak beri..akhirnya minggu lepas merajinkan diri masak lasagna. Entry lasagna pernah ada sebelum ini, buat masa di Msia ....ada dientry lepas, boleh klik sini dan sini. Cuma kali ni guna lasagna yg jenis frozen buatan tempatan yg perlu direbus dulu.



Masak lasagna ni hari persekolahan. Bakar belah ptg...agak2 anak balik dari sek..lasagnapun masak...panas2..baru sedap dimakan. Bila mereka balik sek dlm pukul 4 ptg...semua tak sabar nak makan lasagna....mmg favorit hero-hero mama.Tak cukup sepotong...bertambah2 mrk makan...

Lasagna
Resepi dioleh semula dapurmamasya, gabungan resepi...utk inti daging guna resepi dari blog Suzi , resepi asal Ros Tokyo dan utk sos putih dari resepi baked pasta DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan.
* 6 keping pasta Lasagna - guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.kalau guna yg bukan instant rebus lama sikit.

-bahagian inti daging-
sumber; c&p dari blog Suzi , resepi asal Ros Tokyo.

* 3/4 cawan daging cincang - letak 1 cwn daging
* 1 biji bawang putih (dicincang)
* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
* 2 biji tomato ( potong dadu)
* 1/2 biji carrot ( potong dadu)
* 6 ketul cendawan ( potong dadu)
* 3 sudu besar tomato ketchup - tambah 6 sb lagi
* 2 sudu besar olive oil

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan 3 sb tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula, sos tomato dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

Sos Putih (dari resepi baked Pasta ):
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula

sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.

lain-lain : keju parut dan oregano

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley/oregano. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.

**nota dapurmamasya
Buat 1 1/2 adunan sos putih barulah cukup utk tutup lasagna, lagi byk sos putih lagi sedap. krim keju dipotong kecil2 dan dimasukkan terus dlm susu. Bakar guna api atas dan bawah utk cepat perang.



baru masuk oven



dah hampir masak



siap utk dihidangkan



tinggal 1/2 bekas...sos putih dan topping cheese meleleh tu yg yummy.....



sekali hadap lasagna...ni aja yg tinggal..tupun mama sempat mkn sepotong...mlm berebut nak habiskan....

Friday, July 22, 2011

Baked Pasta...yummy....



Teringin nak makan makaroni tp tertangguh-tangguh wpun bahan2 dah cukup, masa ronda-ronda dapur kwn2...terjumpa resepi baked pasta di dapur Dayang Jack, terus berkenan, t.kasih DJ kongsi resepi ni. Buat minggu lepas utk dinner...habis satu bekas..saja sesekali tukar selera makan mkn omputih pula. Satu bekas lagi anak-anak mkn masa breakfast ...anak-anak mmg cukup suka kalau makaroni masak gini dgn sos putih dan cheese mcm lasagna.



Baked Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan

2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- guna 3 cwn makaroni
150 g minced beef/chicken
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
1 sudu besar mentega

Sos Putih :

2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula

lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :

Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

nota dapur mamasya;

oleh kerana masak dlm 2 bekas, jadi sos putih satu adunan tak cukup, kena doublekan. utk sos putih buat kali kedua, nak cepat tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 terus masuk dlm susu.



makaroni yg telah digaul dgn sos daging



letak sos putih, tabur cheese...boleh mula dibakar dlm oven



dah masak....ready utk di potong....



siap utk dimakan...yummyyy...

Wednesday, February 16, 2011

Mushroom Soup



Atas permintaan abg yg sulong, ptg ahad lalu buat mushroom soup...dia dan adik2nya mmg suka mushroom soup.Mushroom soup ni kalau mama sedap mkn dgn garlic bread. Tapi anak2 makan gitu.



Seperiuk ni habis mlm tu jugak...bertambah hero2 mama makan...tanya ada lagi tak , minta mama buat lagi..

Mushroom soup
Sumber ; minami133 Myresepi

Bahan-bahan ( 6 org )
* 1 keping dada ayam
* 1500 ml air
* 500 ml susu segar(susu kotak)
* 1 ketul kiub ayam- guna 2 st serbuk pati ayam
* 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
* garam
* secubit ajinomoto -tak letak tp tambah 1 st lada hitam
* 1 cawan tepung gandum

Cara-cara
1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

Tips dr Myresepi utk dpt sup yg elok
1.Utk elakkan tepung berketul; bancuh dgn air dulu @ ambil sebah campuran susu dan air ayam ; blender dg tepung barulah dicurah dlm air rebusan.
2. Perlahankan api supaya sup menjadi pekat dgn sekata.Bila sup nak pekat, terus tutup api.



Mashroom soup ni antara menu kegemaran...bahan mudah..buat senang..rasanya sedappp...

Wednesday, February 2, 2011

Lasagna lagi......



Lasagna lagi....ni sbb nak habiskan lasagna sheet dan fresh milk , juga memenuhi kehendak anak-anak yang tak puas makan lasagna hari tu.



Kali ni bakar dalam baking tray 10' x 10', guna 9 kpg lasagna sheet dpt 2 lapis sbb tray lebar. Mmg puas anak-anak makan.



Lasagna sedang dibakar. Resepi sama sebelum ini , boleh klik sini.

Moga cuaca bertambah baik dan banjir surut segera di negeri-negeri yang terlibat.
Slmt bercuti buat semua....yang pulang ke kg slmt balik kg, hati-hati memandu. Harap semua ceria bercuti bersama keluarga.

Monday, January 3, 2011

Memenuhi permintaan anak-anak.....masak Lasagna



Salam buat semua....tentu pagi ni ramai yg sibuk ke sekolah hantar anak2... termasuklah mama.Hari ni ambil cuti sbb nak uruskan sekolah anak2....dah selesai, hari Jumaat lalupun dah pergi beli buku dan urusan yuran.Ptg nanti ke sek agama pula.

Hari ni nak kongsi resepi lasagna yang masak semlm utk dinner...memenuhi permintaan anak2 sejak 2 minggu lepas sibuk tanya mama bila nak masak lasagna....gara2 tengok citer garfield. Kebetulan pasta lasagna masih ada sekotak bawa balik dari Brunei yg belum buka...tengok di kotak tak jumpa pula tarikh luput...adalah bahasa2 lain kat kotak tu tp tak faham.Minta tlg mr husben carikan tarikh luput...jumpalah tulisan di kotak dalam bahasa Arab...bulan Ogos 2012....nasib baik masih boleh guna,kalau tidak dah kena humban pada cik tong.



Kali akhir buat lasagna masa di Brunei dulu, so kali nipun guna resepi sama.Anak-anak tak mkn nasi....kenyang mkn lasagna. mama & mr husben tetap cari nasi.



cheese dan sos yg meleleh...sedapppp....

Lasagna
sumber; c&p dari blog Suzi..resepi asal Ros Tokyo. tk penyumbang resepi.

Bahan.
* 6 keping pasta Lasagna - guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.

-bahagian inti daging-
* 3/4 cawan daging cincang - letak 1 cwn daging
* 1 biji bawang putih (dicincang)
* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
* 2 biji tomato ( potong dadu)
* 1/2 biji carrot ( potong dadu)
* 6 ketul cendawan ( potong dadu)
* 3 sudu besar tomato ketchup - tambah 6 sb lagi
* 2 sudu besar olive oil- guna butter
Bahagian white sauce
* 1 cawan susu segar
* 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar cheese powder-letak 1 kpg slice cheese
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu kecil garam
* sedikit lada sulah
* Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna-letak slice cheese je
***white sauce ni kena doublekan bahan2nya sbb sauce tak cukup utk cover semua lasagna.***

untuk hiasan
* sedikit hirisan daun pasley kering-tak letak

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan 3 sb tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula, 6 sb sos tomato dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.



sos daging

2. Buat White sauce
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.



Sos putih

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.



Lapisan ke dua



sebelum masuk oven...letak slice cheese yg dipotong2 atas sos putih



dah masak...baru keluar oven.

kejap je dah tinggal bekas...puas hati dapat memenuhi permintaan anak2 dgn masakan mama sendiri.Tambah suka hati bila anak2 ucapkan terimakasih mama masakkan mrk makanan yg mrk suka.....sayang mama!

Klik Nuffnang2