klik Nuffnang

Monday, January 3, 2011

Memenuhi permintaan anak-anak.....masak Lasagna



Salam buat semua....tentu pagi ni ramai yg sibuk ke sekolah hantar anak2... termasuklah mama.Hari ni ambil cuti sbb nak uruskan sekolah anak2....dah selesai, hari Jumaat lalupun dah pergi beli buku dan urusan yuran.Ptg nanti ke sek agama pula.

Hari ni nak kongsi resepi lasagna yang masak semlm utk dinner...memenuhi permintaan anak2 sejak 2 minggu lepas sibuk tanya mama bila nak masak lasagna....gara2 tengok citer garfield. Kebetulan pasta lasagna masih ada sekotak bawa balik dari Brunei yg belum buka...tengok di kotak tak jumpa pula tarikh luput...adalah bahasa2 lain kat kotak tu tp tak faham.Minta tlg mr husben carikan tarikh luput...jumpalah tulisan di kotak dalam bahasa Arab...bulan Ogos 2012....nasib baik masih boleh guna,kalau tidak dah kena humban pada cik tong.



Kali akhir buat lasagna masa di Brunei dulu, so kali nipun guna resepi sama.Anak-anak tak mkn nasi....kenyang mkn lasagna. mama & mr husben tetap cari nasi.



cheese dan sos yg meleleh...sedapppp....

Lasagna
sumber; c&p dari blog Suzi..resepi asal Ros Tokyo. tk penyumbang resepi.

Bahan.
* 6 keping pasta Lasagna - guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.

-bahagian inti daging-
* 3/4 cawan daging cincang - letak 1 cwn daging
* 1 biji bawang putih (dicincang)
* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
* 2 biji tomato ( potong dadu)
* 1/2 biji carrot ( potong dadu)
* 6 ketul cendawan ( potong dadu)
* 3 sudu besar tomato ketchup - tambah 6 sb lagi
* 2 sudu besar olive oil- guna butter
Bahagian white sauce
* 1 cawan susu segar
* 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar cheese powder-letak 1 kpg slice cheese
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu kecil garam
* sedikit lada sulah
* Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna-letak slice cheese je
***white sauce ni kena doublekan bahan2nya sbb sauce tak cukup utk cover semua lasagna.***

untuk hiasan
* sedikit hirisan daun pasley kering-tak letak

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan 3 sb tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula, 6 sb sos tomato dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.



sos daging

2. Buat White sauce
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.



Sos putih

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.



Lapisan ke dua



sebelum masuk oven...letak slice cheese yg dipotong2 atas sos putih



dah masak...baru keluar oven.

kejap je dah tinggal bekas...puas hati dapat memenuhi permintaan anak2 dgn masakan mama sendiri.Tambah suka hati bila anak2 ucapkan terimakasih mama masakkan mrk makanan yg mrk suka.....sayang mama!

2 comments:

  1. Sallam Singgah,

    Tak pernah rasa masakan ini,
    rasa macam nak cuba buatlah...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2