klik Nuffnang

Tuesday, January 18, 2011

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting



Sampai dari Langkawi 2.45 pagi Isnin...mengantuk dan penat..dek perjalanan yang jauh tp seronok dpt selesaikan bengkel dan xtvt tak rasmi dgn kawan2 office kat Langkawi. Gambar kat Langkawi tak da sbb malas nak usung kamera.

Ok kali ni nak kongsi kek karot yg dibuat minggu lepas sama hari dgn baking Death By Chocolate Cake. Kek karot ni resepi yg dah lama sgt teringin nak cuba tp memanjang tangguh.Utk topping cream cheese tu guna lebihan cheese utk tiramisu tempoh hari, dptlah 1/2 bertopping cheese. kek selain kek coklat mmg kurang jadi kegemaran anak2....tp kek karot ni abg no 3 suka.



Kurang berpuas hati sikit sbb buah kismis mendap ke bawah..

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
sumber; ishikawa_ayumi @ MyR

Bahan-bahan ( 9 inch )

* Bahagian Kek
* 1 1/4 cup minyak jagung (kalo darurat, myk masak pn blh)
* 4 biji telur gred B
* 120 gm gula castor
* 120 gm gula perang
* 100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)- ganti cashew nut
* 250 gm tepung high protein (tepung gandum pn ok)
* 1 tsp baking soda
* 1/4 tsp garam
* 1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka)- tak letak
* 1 1/2 cup carrot yg telah disagat
* 1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pn boleh e.g prune, nenas kiub - ditoskan airnya)
* 1 tbs susu pekat (utk moist - kalau xnak xpe)
* Cream Cheese Frosting
* 120gm gula icing
* 250gm cream cheese
* 120gm unsalted butter (kalo xde unsalted, belasah je la)

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.
2. kemudian, masukkah bhn2 kering yg telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.
3. akhir sekali, masukkan carrot, raisins. gaul sebati.
4. masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. guna lidi utk pastikan dalam kek masak.
bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.
5. cream cheese frosting

masukkan cream cheese, gula icing yg telah diayak, dan butter ke dalam food processor (FP). guna blender pn ok. blend kan semua, dan sapukan di atas kek.
6. utk lebih sedap, chill kan semalaman.

note that frosting tu senang melt kalo letak kt luar lama2. so, bila btul2 nk makan baru bring out.




Bila masak hulur juga utk jiran...pulangkan bekas kuih tp tak cukup nak balas jiran-jiran yg bagi kat kami macam2.Citernya minggu lepas minggu rezki. Hari Jumaat jiran tepi rumah bagi kuih-muih, mlm sabtu jiran tepi rumah yg satu lagi tapaukan nasi dan lauk pauk masa hadiri kenduri arwah rumahnya. Pagi ahad jiran sebelah rumah bagi ikan sungai, ptgnya jiran yg baru pindah sebulan ke kws ni bagi kami kuih serimuka. Ptg yg sama juga jiran lain bagi sayur-sayuran.
Org memberi kita merasa...Alhamdullilah rezki tp yang penting masih kuat semangat kejiranan kat kws rumah tinggal skrg...saling tegur menegur dan tolong menolong antara satu sama lain tak kira bangsa, tu yg mama suka. Musim buah tempoh hari ...jiran Cina selang 2-3 rumah siap bagi sebesen durian hasil dusunnya. Anak2pun suka bermain dgn anak2 jiran... kalau belah ptg, lambat keluar je pakat dtg panggil nak main sama2. Syakirah yg kecikpun, ptg je anak2 jiran yg pompuan dtg nak main dgn Syakirah.

8 comments:

  1. Salam mamasya, apa khabar?..sedapnya nengok kek ni..nanti boleh cuba ni..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Mama....Kak Lin datang nak tapau carrot cake...tak pernah makan lagi...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. ida suka carrot cake ni ..

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi buat carrot cake..takut tak de sambutan.tapi nampak sangat sedaaappp mkn ngan cream tuu

    ReplyDelete
  5. I'm so speechless right now! How I wish to grab that cake over!!! :D

    ReplyDelete
  6. borong apa kat langkawi...? Syiannn hb kita sampai je langkawi demam panas pulak...sy soh makan ubat...kalu tak camne nak jadik urus setia...

    ReplyDelete
  7. Salam Mamasya..
    Naz tak pernah buat kek carrot.. Nanti nak cubalah..Nampak mcm menyelerakan jer..

    ReplyDelete
  8. mamasya, wani nak edit sedikit recipe ni, memandangkan bahan2 frosting dlm resipi yg wani kongsi kt MyR ni ada guna butter, sbb tu lah ia cepat mencair (tp tak meleleh).

    wani found kalau x guna butter, frosting remains its shape (lbh kurang la, hehe). kalau frosting tu disentuh selepas beberapa minit keluar dr chiller, ia tak mudah 'rosak'. nanti wani edit semula resipi tu kt MyR ye.

    anyway, thanks sbb sudi try ^_^

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2