klik Nuffnang

Thursday, January 6, 2011

Tiramisu...yummmyyyy



Ni xtvt cuti hujung minggu yg baru lepas....buat tiramisu. Pada mulanya baking kek sponge nak buat kek lain tp bila kek dah masak tukar plan terasa nak mkn tiramisu.....dah lama tak makan sejak balik sini.



Tiramisu Simple
Sumber: Copy dari Blog K.Zai@ Teratak Impian , resepi asal umi_e (myresepi.com).

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - guna sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian - belah 2 aje
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


abg-abg suka betul tiramisu...sorang segelas...habis mrk makan,tanya ada lagi ke tak...



Ni tiramisu dari dapur Fp, buat sebiji kek....

9 comments:

  1. sedapnyaaa.
    sy blm pernah buat lg tiramisu. nak trylah juga...

    ReplyDelete
  2. bestnyer nmpk tiramisu nih..meleleh air lur...betul2 nampak yummy...

    ReplyDelete
  3. lawanyaaa & nampak lazat....
    tak pernah wt lg tiramisu... teringin dah lama.. tp tunggu ada mixer dululah nak pukul cheese tuh...

    ReplyDelete
  4. salam mamasya,
    lain kali boleh cuba recipe yang ni pulak..nampak sedap betul tiramisu mama tu..kecur kita tau..
    rasa nak scoop aje ..

    ReplyDelete
  5. ye la...rindu nak makan tiramisu lagi...pernah la jugak try buat...

    ReplyDelete
  6. syakirahh... auntie mintak segelas boley? sajer mintak syakirah.. mintak abg2 dier kompom tk bg... hihi

    ReplyDelete
  7. Tiramisu errmmm mamasya punya cantik dan sedappp..

    ReplyDelete
  8. kalo x ltk kek, blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x letak kek rasa mcm ais cream sj.kek boleh ganti dg biskut marie atau biskut tiramisu.

      Delete

Klik Nuffnang2