klik Nuffnang

Monday, January 10, 2011

Rendang Ayam



Rendang ayam masak utk dimakan dgn nasi jagung. Utk rendang ayam, biasanya suka buat versi mudah guna serbuk kari/serbuk rendang ganti cili kering. Anak-anakpun suka rendang gini...

Rendang Ayam
Sumber; Dapur Mamasya

Bahan-bahan

10 ketul ayam
1/2 pkt kecil / 3 sb serbuk kari ayam/serbuk rempah rendang - campurkan sedikit air jadikan pes
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
2 btg serai di ketuk
2 gelas santan sederhana pekat
2 sudu kerisik
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut
Air

Cara-cara

1. Kisar bahan *. Tumis bahan kisar.
2. Bila wangi masukkan serbuk kari, kacau hingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan serai dan sedkit air.Kacau rata hingga ayam empuk sedikit.
3.Masukkan santan,daun limau purut dan garam .
4.Kacau lagi hingga hampir pekat,masukkan kerisik dan kacau lagi.
5.Bila dah masak dan sikit kering/pekat bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment

Klik Nuffnang2