klik Nuffnang

Wednesday, January 19, 2011

Kuih Puteri Ayu yg ceria



Entry kali ni tayangan ulangan kuih puteri ayu import dari dapur FP Mamasya . Suka kuih puteri ayu tp sejak balik sini tak berkesempatan nak buat lagi...terasa nak makan beli je.Tempek dulu resepi kat blog, mana tahu kerajinan melanda nanti nak buat.
Resepi asal dari Blog Princessharyati... t.kasih tuan resepi, tp dah diubahsuai biar nampak ceria dgn letak warna-warna.

Kuih Puteri Ayu

Bahan-bahan;

270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk
1 sudu besar jus pandan- 1 sk perisa pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji

Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.

nota dapur mamasya
utk dptkan warna-warni bahagikan adunan kpd 3 warna, tuangkan setiap adunan berwarna sebelah menyebelah dlm acuan cepat-cepat agar setiap warna muat di bahagian atasnya. Barulah dikukus.
kelapa muda ni guna decicated coconut-campurkan dgn sedikit air suam,kacau dan masukkan dlm microwave



minggu ni belum berkesempatan meronda dapur kawan2...nanti free sikit akan buat kunjungan balas. semoga semuanya ceria!

8 comments:

  1. sungguh ayu puteri ayu tu..hihi..cantikla...

    ReplyDelete
  2. salam mama, wah cun dan ayu betul kuih mama ni...ni sure budak2 suka mkn ni...:)

    ReplyDelete
  3. Slm Mamasya..
    Amboi2 cantiknya kuih tu.. Naz pun baru je buat puteri ayu ni.. Nti nk try mcm ni pulak la..

    ReplyDelete
  4. Salam Mama....

    Cunnnnnnnnnnnnnnnnnnya....puteri ayu ni....kalau KakLin ada Sang Putera pasti KakLin htr cincin pinangan....hahahahahaha

    ReplyDelete
  5. Nk try gak la..penah cuba buat 5 thn lps tp bantat..menyalahkan ovelette tu.Hihi benonya ilmu x cukup lg..

    ReplyDelete
  6. kagum tengok warna2 ceria tue. rasa sayang plak nak makan

    ReplyDelete
  7. boleh order ke ni??

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2