klik Nuffnang

Wednesday, January 5, 2011

Menu Hari Ahad.....Asam Pedas Tetel



Menu hari ahad yg dihidangkan untuk keluarga...asam pedas tetel.Masa di Brunei anak2 terutamanya tak suka lauk asam pedas. Tapi sejak balik sini sefamili dah suka pulak lauk asam pedas.....rasanya sbb dok Melaka negeri yg femes dgn masakan asam pedas sampaikan anak2pun dah suka juga.
Masa mkn asam pedas tetel di tempat kenduri....suka betul abg yg sulong...sampai bertambah. Itu yg masak juga asam pedas tetel....mmg suka dia.



Siap terhidang asam pedas tetel...nama je asam pedas tp tak pedas sgt sbb kami sekeluarga tak makan pedas.

Asam Pedas Tetel
sumber; Blog CMG ..t.kasih CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)- campur daging tetel+daging biasa
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)- ketuk je
Air secukupnya
**tambah 3 helai daun limau purut
CARA MEMBUATNYA :-)

1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, daun limau purut, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!..

Lauk-lauk sampingan lain yg dihidang...



ikan bakar cicah dgn air asam...air asam tu letak cili,buah tomato,bwg besar,racik mangga muda dan perah limau nipis+garam+ gula. Ikan yg masih berbungkus tu ikan cencaru.



Sayur kailan goreng dgn ikan tenggiri jeruk....ikan tenggiri jeruk masa goreng harum semerbak satu rumah...



kerang rebus dgn serai yg diketuk+garam. kerang ini favorit mama dgn abg no 3 & 4...mkn cicah sos .

2 comments:

  1. alosss sedap belako tu kak... terliur tgk semua tu.. tingat nasi ulam kg kraftangan kb tuh.. kerang tu bulan puasa mmg femes la..hehe..

    ReplyDelete
  2. Kalau kat umah, yg minat kerang MIL & Irdina...Kalau ke pasar Irdina yg request & offer diri utk tolong buka kulit kalau nak buat rendang....

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2