klik Nuffnang

Monday, January 10, 2011

Nasi Jagung untuk hidangan keluarga



Nasi jagung masak hari Jumaat minggu lepas...masa cuti bola. Kebetulan belah paginya masa mengemas gorbok, jumpa 1 tin jagung...bahan2 lainpun dah ada...jadilah jugak masak nasi jagung. Sebenarnya dah lama nak buat nasi jagung tapi asyik tertangguh... antara resepi yg di kiv begitu lama.



Nasi Jagung
Sumber; Zara Klate MyR

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
* 4 cawan beras basmathi
* 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
* ½ cawan susu cair
* ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
* 2 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit halia*
* 2 sudu besar mentega
* 2 sudu besar minyak
* 2 helai daun pandan disimpul
* sedikit garam
* kisar bahan yg bertanda *
(nota dapur ; tambah sesudu kunyit serbuk dlm nasi bagi warna sikit)
Cara-cara

1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
4. setelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
5. setelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nya dan masaklah hingga tanak.(Buatkan lubang letak serbuk kunyit)
6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.



Untuk lauk nasi jagung masak rendang ayam dan buat acar.Nasi ni sesuai dgn citarasa kami sekeluarga cuma anak2 bila mkn kutip buang jagung....rugilah jagung sedappun tak suka...diorg kata tu sayur.

3 comments:

  1. sedap juga tu ns jagung n rendang. nak masuk list jugakla tambah pulak ank suka jagung

    ReplyDelete
  2. mesti berselera makan nasi jagung nih..hehe..lucu gak budak2 tu asingkan jagung tu ek..padahal kecik je..x rasa sangat pun makan ngan nasik.bagi kita yang besar ni laa..heheee

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2