klik Nuffnang

Thursday, July 12, 2012

Grilled Chicken Chop




Assalammualaikum buat pengunjung dan teman2 blog....moga semuanya ceria dan sejahtera.
Sesekali terasa nak tukar selera...asyik mkn nasi je...terasa nak mkn menu omputih utk dinner....iaitu Grilled Chicken Chop. Menu ni mama masak 2 mlm lepas....masa hidangkan....abg no 3 tanya mama beli ke ni....tak pernah mama masak ayam gini, mana beli bang...mama masak. Sbbnya baru kali ni mama hidangkan Grilled Chicken Chop kat rumah...dan biasa abg no1 yg suka order kalau mkn di restoren. Dan bila mkn.....habis licin... semua suka....abg no3 pula cukup suka dgn sos ayam....


Dah lama nak buat ayam grill gini tp asyik bertangguh sbbnya nak kena perap dulu 1 mlm....itu yg dok tangguh....tp kalau tak perap kurang mesra bahan2nya.Ayam ni mama perap 2 mlm....letak dlm freezer, ingatkan nak mkn masa celebrate bday Syakirah dg kek dan ayam ini tp dah siap kek, terasa penat sgt nak masak ayam dg sos, itu yg bertangguh jadi 2 mlm perap. Untuk resepi mama berkenan dg resepi dr blog Potret Kasih@Wana sbb bahan2nya mudah....semua ada dlm gorbok dapur.T.kasih byk2 Wana kongsi resepi Grilled Chicken Chop yg enak ni, izinkan kongsi disini;

Resepi Grilled Chicken Chop
Sumber; Wana @ Potret Kasih
Oleh; Dapurmamasya

1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )- mama guna part dada ayam
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
mama tambah; 3 ulas bwg putih & 1 sb madu

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Boleh guna pembakar elektrik
Nota dapurmamasya
mama tak gaul ayam dg minyak tp letakkan minyak dlm nonstickpan.tutup kuali dg tudung periuk utk bagi ayam cepat masak.

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )- letak tak sampai 1 liter dlm 2-3 gelas tengok kepekatan sos, tambah sikit2 air jika perlu
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!



Masak guna bhg dada...pejal sikit isi ayam tp tetap licin. cadangkan kalau nak lagi sedap guna bhg chicken leg...lagi lembut dan sedap isinya bila dimakan...

12 comments:

  1. Salam Mama,
    sedapnya chicken chop ni. dah lama tak makan. yumm yumm :)

    ReplyDelete
  2. mmg sedap brown sos tu. pasti jd kegemaran anak2. ;D

    ReplyDelete
  3. aduhai kak, sedap sesangat ni gayanya..menjerat keinginan..hehe

    ReplyDelete
  4. Oh Mamasya! Terakhir Amie makan chicken chop awal Jun lepas, masa tu jalan-jalan di Kota Kinabalu, makan di One Borneo! Tapi tengok Mamasya masak, tiba-tiba kepingin!

    ReplyDelete
  5. sangat suka western food...tapi tak rajin masak nya... tengok sos dia sangat2 menyelerakan

    ReplyDelete
  6. Malam Mamasya..wah best nya kalo buat chicken chop sendiri di rumah,bisa makan tambah dan tambah lagi.. hehe

    ReplyDelete
  7. salam akk cyyggg..he heee kecurr3x..x leh tgok sangat jeles bila org wt chicken chop nie..aritu rohah ada buat jgk..boleh share makan x?..aiishh mesti si syakirah dah kasi habis semuanya..he hehe x pasal2 syakirah kena kan..h ehee..

    ReplyDelete
  8. aduh malam malam bikin kita menelan air liur ni.

    ReplyDelete
  9. huwaaaaa...... nak juga..... mesti sedapkan.....

    ReplyDelete
  10. sedapnyanya mamasya... tapi macam malasnya nak buat....Qayyum minta buatkan ayam kenny rogers...ingat nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  11. alahai sedapnye chicken chop... sekali sekala menu omputeh pun best gak kan mamasya

    ReplyDelete
  12. salam mama,alahai...cedapnyeeeeeeeeee terliur...zila66

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2