klik Nuffnang

Tuesday, July 10, 2012

Kek B'day Yg Dinanti Syakirah...Kek Dora!




Assalammualaikum buat semua.....moga sihat sejahtera dan t.kasih dtg bertandang blog Dapurmamasya.
Hari ni nak kongsi kek bday yang dinanti Syakirah...iaitu kek bday Dora. Mama baru berkesempatan membuatnya setelah lepas 3 minggu bday Syakirah berlalu (bday 20 Jun lepas)bertangguh sbbnya mama rasa mcm susah nak buat kek Dora ni. Syakirah pula sejak bday abg2nya bulan April lepas lagi dia minta kek Dora utk bdaynya.Utk abg2nya mama buatkan kek Angry Bird dan mama ingatkan Syakirah nak kek Angry Bird juga, bolehlah mama buatkan kek angry bird versi girl pakaikan lipstik dan letak riben kat kepala tp dia nak kek Dora. Dan bila tiba bdaynya, mama cubalah juga tengok contoh2 kek Dora kat internet tp rasa mcm tak mampu membuatnya...nak buat part muka tu yg takut tak menjadi. Kalau di Msia confirm mama tempah ataupun order edible image Dora ni tp kat sini mana ada kedai jual kek berwarna gini...yg ada kek dihias dgn buah dan continental cake, kedai jual brg khusus bakerypun tak da, nak tak nak kenalah godek sendiri....


Nak buat kek barbie , bday last yr dah buat. Jadi mama pujuk Syakirah tukar buat kek lain yg mudah sikit tp dia nak juga kek Dora. Dia cakap senang je buat kek...letak garam..gula...pastu letak lilin...tiup....hi..hi...kalau semudah tu..dah lama mama buatkan kek bday Syakirah...buat kek Dora ni susah Syakirah. Dan mama pujuk lagi nak buatkan kek baby doll sbb ada beli doll kecil, jadi tanya Syakirah nak kek Dora atau kek baby doll.....apa Syakirah jawap...boleh tak Aeda nak dua-dua kek.....hah dua2 mana boleh....satu je.Akhirnya semlm mama cuba juga buat kek Dora...utk memenuhi hasrat puteri kesayangan mama ni....


Dan nilah hasilnya....kek Dora yg mama pakaikan gown pendek pink kuning.. utk hari jadi Sykirah yg ke 3 thn. Suka sgt Syakirah bila tercapai juga keinginannya nak kek bday Dora. Masa mendeko kek ni....fikir juga kut kut rupa Dora tak jadi... jadi rupa Doraemon pulak, confirm mama kena tukar buat kek lain.Komen dari abg2 Syakirah ....cantik kek Dora Syakirah tp yg lain sikitnya sbb tak pernah nampak Dora pakai baju mcm ni.aaa bang mmg lain sbb biasa Dora pakai short dg tshirt.... baju Dora ni mama reka khas utk Dora lah bang.....


Syakirah pula tak komen ttg baju tp tanya mana Amuju...Amuju ni monyet kwn Dora....alahai Syakirah mama dpt buat Dorapun dah lega sgt...nak buat Amuju takut tak jadilah...nasib baik dia faham. Syakirah ni mmg peminat no 1 Dora...citer Dora...baju, bola, tuala,sepit rambut...selimut....semua nak gambar Dora, pantang nampak yg ada gambar Dora...pasti dia nak....


Manakala untuk kek , mama buat Red Velvet Cake dan kali ni guna resepi Joy of Baking yg mana dah print lama resepinya semasa nak buat Red Velvet Cake dulu. Resepi copy dari Blog k.Zai dan asal dari blog Hana.T.kasih K.Zai dan Hana kongsi resepi.Utk kek, mama bhgkan 2 adunan dan bakar dlm 2 loyang, bakar dlm 20 min.

RESEPI RED VELVET CAKE
Sumber 1 : Asal joy of baking diterjemahkan oleh Hanamemories.blogspot
Sumber 2 : Dapur K.Zai @ Terataiimpian
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan
Bahan Kek

250g tepung kek *- ganti tepung naik sendiri
1/2 sk garam *
15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
113g @ 1/2 cawan butter
160g gula kastor - resepi asal 300g
2 biji telur gred A - guna 3 biji size M
1sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting
227g cream cheese
227 mascarpone - hana ganti cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ 11/2cawan whipping cream
hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut

Cara-cara

Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
Potong dan hidangkan.


utk lapisan kek letak cream cheese frosting tp buat sikit je dlm 1/3 adunan sahaja. manakala kek dihias dg buttercream dan dicampur dg sikit cream cheese. Sbbnya kalau deco kek guna cream cheese frosting sahaja susah nak deco sbb cream cheese agak lembik.



Kalau RVC mmg sedap...jadi kegemaran semuakan.minggu lepaspun dah siap baking sebiji RVC tp kebetulan ada hal tak sempat nak deko kek...nak cepat letak topping coklat, habis anak2 mkn ...


tercapai juga hasrat Syakirah nak kek bday Dora...sampai 3-4 kali nak tiup lilin...tak puas tiup sekali.dan masa potong..dalam byk2 part kek ni...Syakirah nak bgh kasut Dora....berkenan dg kasut kuning Dora.....


Syakirah suka tak kek Dora mama buat....suka...tapi Aeda nak juga kek baby doll ...haaak..kek baby doll pula...tunggulah lain kali....

21 comments:

  1. cantiknyeee kek dora syakirah. akak cakap xpandai blh bt cantik mcm ni. huhu!!kalau betul2 pandai xtahu le mcm hebat doranya tu. ros dok risau gak ni Arfa yg sulung tu nak bday cake next week celebrate @sekolah. haru nak fikir....mommy dia baru je nak kenal tepung

    ReplyDelete
  2. Cantik sgt kek tu mamasya.. Tengok syakirah pun makin cute, comel je dia senyum.. Best dia dpt mama hebat masak..

    ReplyDelete
  3. Cantik jugak tu kak....nampak juga Doranya....:)

    Mak2 nie...kalau anak2 mntak...konpem x bole nak tolak kan kak....hehe...

    sy memahaminya semnjak anak2 nak membesar nie...dan dah pandai mntak nak mkn mcam2....hehe...

    ReplyDelete
  4. Salam kak...wahh bukan main lagi ya gadis genit tu...kek Dora..baju ponn Dora...
    cantik akak buat kek nie...dah boleh bukak bakery dah.
    Kak Ziela buat apa-apa pun mesti menjadik :-)

    ReplyDelete
  5. hehe... kelakar baca cerita syakirah ni.. peminat no. 1 dora rupanya.. hehe.. kakak alin pun minat juga dengan dora.. tp mujurlah tak pandai nak demand ibunya buatkan kek dora kalau idak mmg kompem tempah aje.. hehe..

    cantik sgt kek tu ziela... bab baju tu mmg lain.. tp takpe yg penting rambut & muka dora mesti nak kena sama.. hehehe... dah jadi tu.. lawo..

    ReplyDelete
  6. Salam Mamasya...selamat hari lahir buat Shakirah...mesti dia gembira bila mamanya dapat hasilkan kek Dora. Hehe nampak muka dia pun happy sangat.

    ReplyDelete
  7. Aduh kak nampak sedap sangat kek tu... dan akak memang kreatif kalau saya sah le tempah je kak...

    ReplyDelete
  8. salam mama,
    hahh tgk tue puas ati syakirah dapat kek dora..pandai jgk akk buat ..nampak cantik..muka dora tu mmg dh ada..klu zila yg buat entah jadi ke x tue..h ehee

    ReplyDelete
  9. happy besdey Syakirah! bestnya dapt kek Dora. Pandai betul mama deco kek kan. :D

    ReplyDelete
  10. Bertuah syakirah kerana mama sanggup tunaikan permintaan walaupun sukar. Dora yang kiut dan syakirah yang comel, happy birthday.

    ReplyDelete
  11. pandainya mama syakirah ni buat kek ye,muka dora ni pun dah macam syakirah jugak cantik senyum je kan,kalau akak buat belum tentu jadi dora apa lagi jadi sykirah heee tahniah mamasya pandaiiiiiiiiiiiii tabik spring ni

    ReplyDelete
  12. Salam mama,
    amboi cantiknya kek. bertuah Syakirah ada mama yg rajin dan pandai buat kek. eh rupanya Syakirah pun pandai buat kek juga siap tabur garam lagi ni. :)
    comel lah Syakirah ni :D

    ReplyDelete
  13. Cantikla tu...kalau sy yg buat ntah jadik apa la...anak2 ni mmg bila dah suka satu kartoon tu nak yg tu jek...selipar pun nak dora...buat masa ni belum membaking lagi la...porak peranda tu barang2 kat rumah. Nak kena kemas satu per satu...mcm akak dah byk pengalaman pindah randah mesti dah mahir...sy first time...perasaan tu bercampur aduk...suka ada...sedih ada..

    ReplyDelete
  14. Wamboii cantiknya...nekcik pun nak oder satu laa untuk anibesari nnti ye..

    ReplyDelete
  15. Cantik kek ni , secantik Syakirah :-)

    ReplyDelete
  16. Comelnya Dora Syakirah sayanggg.... happy birthday puteri yang cantik & manis!

    ReplyDelete
  17. asslm Mamasya...wah suka la Syakirah dh dpt kek doranye tu...cantik la keknye tu...jadi pon rupa dora tu...xpyh tempah EI dh...kreatif...

    ReplyDelete
  18. As'kum Mamasya.. baru sempat singgah sini.. tq sudi tinggalkan jejak ya... :)

    Happy belated Birthday to princess Syakirah yang comel dan ayu.. semoga membesar sebagai johan! *ayat masa kecik dulu* Insyallah.. Auntie Sha doakan Syakirah yang comel dan Ayu menjadi seorang anak yang solehah, cantik, sihat, bijak bistari dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayatt.. aminnn.. dan juga terima kasih dengan resipi kek Syakirah yang mudah tu yaa.. auntie memang ada banyak koleksi lilin ni nanti bolehlah cuba resipi Syakirah yaa.. hehehehe cayang dia muahzzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  19. Canteknya kek arijadi tu...Rahel pun nak jugak..hehe..

    ReplyDelete
  20. Belated Birthday wishes to your Angel kak! Awww she's so adorable. Dah panjang rambut, cantik!

    Nicely done Dora cake...loveliest!

    ReplyDelete
  21. suka tengok blog akak ni..penuh dgn seni dan keenakkannya kian terasa..syabas!

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2