klik Nuffnang

Wednesday, July 25, 2012

Nasi Ayam Madu utk Iftar




Assalammualaikum buat semua dan slmt berpuasa.
Hari ni dah masuk 6 Ramadan dan thn ni merupakan thn ke 2 kami berpuasa di sini.Dan sejak Ramadan thn 2006.....hanya thn 2010 sahaja kami berkesempatan berpuasa di Msia....yg lainnya berpuasa di negara orang dan masuk kali ke 7 Ramadan thn ni...6 kali Ramadan kami di perantauan.cuma masa di Brunei dulu tak terasa sgt berpuasa di perantauan sbb suasananya tak jauh berbeza dari Msia.
Berbalik menu iftar....hari ni nak kongsi resepi Nasi ayam yg dimasak utk berbuka Ramadan ke 2 iaitu nasi ayam....antara menu kegemaran kami sekeluarga.Buat nasi ayam senang kerja tak payah fikir lauk lain...tp mama masak jugak lauk daging sbb anak2 nak mkn lauk daging.


Kalau ayam...anak2 suka berebut bgn peha ayam....tambah kalau buat ayam bakar.nak adil mama kena bagi sorang seketuii peha dulu.... nak extra ayam boleh pilih part lain....barulah adil& saksama...kalau tidak ada yg komplen tak puas hati tak dpt peha ayam.
Untuk resepi nasi ayam...kebanyakannya resepi lebih kurang sama, cuma kali ni mencuba resepi nasi ayam istimewa dari blog Noreen spt di bawah dan mama ada tambah sikit bahan utk perapan ayam.Utk ayam biasa bakar dulu baru potong kecil-kecil...jadi isi ayam agak lembut dan tak kering.

Nasi Ayam Istimewa
Sumber; Noreen-homecooking.blogspot
Oleh ;Dapurmamasya

Bahan-bahan:
A. bahan2 untuk nasi:
3 pot/cawan beras - dicuci dan ditoskan
1 sudu besar minyak sapi
sehelai daun pandan - dicarik atau disimpulkan
setitik pewarna kuning
garam secukup rasa
air rebusan ayam secukupnya

bahan2 kisar:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia

B.bahan2 untuk ayam:
seekor ayam - dipotong ikut suka- masak 5 chicken leg(tak potong)
2 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan jus lemon atau sos plum - ganti perahan limau nipis
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram - letak 2 sm
2 sudu makan minyak zaitun / masak - digunakan jika bakar di dalam oven
garam dan gula secukup rasa - ganti gula dg madu
tambah 1 sm kicap manis

bahan2 kisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

C. bahan2 untuk sup:
air rebusan ayam
sedikit serbuk lada hitam
1 ketul stok ayam
garam secukupnya
sedikit daun sup dan daun bawang

bahan2 tumbuk:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

D.bahan2 untuk sambal cili
3 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukupnya
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
air masak secukupnya

E.bahan2 untuk kicap:
5 sudu besar kicap manis
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
air secukupnya - kepekatan dan kecairan bergantung pada selera masing2

bahan2 untuk kicap pedas:
7 biji cili padi
1 ulas bawang putih
sedikit kicap manis dan kicap masin
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
sedikit air masak

cara:
untuk membuat nasi: panaskan minyak sapi
• tumiskan bahan2 kisar berserta daun pandan sehingga wangi
• masukkan pewarna kuning dan kacaukan rata
• kemudian masukkan ke dalam rice cooker bersama dengan beras
• akhir sekali masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa
• tanaklah seperti memasak nasi biasa

untuk membuat ayam: ayam direbus dengan sedikit garam sehingga separuh masak
• angkat dan toskan sehingga kering
• air rebusan ayam jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi
• kemudian gaulkan ayam dengan semua bahan selama 1 jam atau pun lebih-nak mudah bahan2 utk perapan ayam dicampurkan dlm satu mangkuk barulah diperap dg ayam
• selepas itu gorengkan sehingga masak dan garing
• jika suka boleh jugak dibakar di dalam oven dengan melengserkan dulang pembakar dengan sedikit minyak zaitun / masak
• susunkan ayam dan tutupkan dengan kertas foil- tak tutuppun dg foil
• bakar pada suhu 180C selama 30 min - mama bakar guna api atas bawah
• selepas itu keluarkan dulang pembakar dan renjis2kan sedikit ayam dengan bahan perapan dan bakar semula selama 10 min atau sehingga masak

untuk membuat sup: panaskan air rebusan ayam dan masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang
• sesudah masak barulah ditaburkan dengan daun sup dan daun bawang
• untuk membuat sambal cili: kisar semua bahan sehingga lumat
• untuk membuat kicap: masakkan air dan kicap sehingga mendidih
• masukkan air tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat
• untuk membuat kicap pedas: kisar semua bahan sehingga lumat
• hidangkan nasi ayam bersama2 dengan kuah sup, sambal cili, kuah kicap, daun salad, timun, dan buah tomato


utk nasi buat dwi warna....kuning dan warna asal.utk dpt warna gini,masa nasi hampir kering buatkan lubang dan masukkan pewarna kuning&kunyit yg dah dicampurkan dg sikit air.buat beberapa lubang...dan tutup.biarkan nasi masak spt biasa.


siap terhidang....dgn minuman air sirap bandung.....



Nanti lapang akan buat kunjungan balas...slmt berbuka buat semua.....

13 comments:

  1. Wahhh....ayam tu nampak seksi lah mama. Nak cuba bahan perap nie lah lain kali.

    ReplyDelete
  2. slm Mamasya...sedapnye tgk menu nasi aym madu tu...nti nk mtk en.hb masakkan la..haha

    ReplyDelete
  3. aslmkum mamasya.. mcm2 nasi ada kt sni.. senang nak rujuk bila perlu nanti.. tq mamasya..hihihi.. anak2 mmg suka part peha .. saya skrg kalau beli ayam beli part tu jer..

    ReplyDelete
  4. Salam Mama,
    buat nasi ayam ni paling senang kan? complete dengan sup, salad dan ayamnya. dah lengkap jd hidangan. kat sini ada jual ayam ikut part2. so senang sikit kalau nak mkn peha, beli peha aje la :)

    ReplyDelete
  5. As-salam sis..
    wahhh menunya sungguh menyelerakan la sis..x tahan tgknya..

    ReplyDelete
  6. sedapnya mamasya menarik lah nampak macam ada kat depan mata dah ni nak makan

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan mamasya.Lama Ros tak datang jenguk dapur ni.Sedap nasi ayam tu.

    ReplyDelete
  8. salam mamasya...wah terliur dibuatnya tengok ayam yg mamasya masak...cam excited lak nak cuba...tq mamasya coz bg resepi...

    ReplyDelete
  9. eh beto le cite kat tv tu ckp google ayam percik ala rusia

    ReplyDelete
  10. salam syg mamasya,
    bdk2 mmg mcm tu kan klu x dapat yg tang peha mmg suka merajuk..he heee ..nampak sedap nasi ayam tu la..tahun nie plan nk nk wat pelbagai nasi time bulan pose nie..tp kna tggu wknd jew la nampaknya..zila keep resepi nie jgk yer..thnks kak:)

    ReplyDelete
  11. nasik ayam macam nasik ayam biasa...tapi dah letak pewarnan kuning tu nampak sangat sedaaap...ala2 nasik minyak... lagi pulak makan ngn ayam yang dibakar... best tuuu

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Mama;
    Perrhhhh...sedapnya nasi ayam ni Ma...anak2 Kak Lin suka makan nasi ayam...bila mereka semua ada kat rumah nanti leh cua masak resepi Mama..

    ReplyDelete
  13. menyelerakan sungguh...saya pun suka part peha tu kak...

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2