klik Nuffnang

Thursday, July 19, 2012

Hidangan Sate buat keluarga




Assalammualaikum buat semua
Entry ringkas hari ni....nak kongsi menu terkahir sebelum Ramadan yg bakal menjelang tiba esok atau lusa iaitu hidangan sate.Pada hari selasa yang baru lepas.......mama masak sate utk hidangan kami sekeluarga......sambil meraikan husben yg baru balik dr tugasan luar negara.lagipun mama terasa nak mkn sate....tak nunggu raya...terasa nak mkn terus buat.....


Husben beberapa hari ada tugasan di Morocco, kira2 5 jam lebih flight dr Cairo.mama dgn anak2 tak ikut sbb husben pergi tak lama.


Kalau sate mmg kegemaran anak2.Pernah buat sate kepak ayam, resepinyapun sedap juga boleh tengok di sini. Tapi kali ini mencuba dari buku masakan yg ada dlm simpanan iaitu Sajian Masakan Perantau tp mama oleh sedikit mengikut seperti di bawah.

Sate Ayam
Olahan; Dapurmamasya

Bahan-bahan sate:
1 ekor ayam besar - dipotong persegi
2 labu bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 in lengkuas
*4 btg serai- letak 2 btg
*2 st jintan manis
*2 st jintan putih
*3 sm ketumbar
2 sk kunyit
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir - atau secukupnya
garam
minyak untuk merenjis- dg serai yg dititik
(*Bahan yg perlu dikisar halus)

Cara membuatnya:
1. Campurkan bahan kisar, gula,garam dan gaulkan dgn ayam minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
2. Perap semalaman (simpan dlm peti ais) dan cucuk dg lidi.
3. Bakar atas bara api, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak. Atau bakar dalam oven guna api atas dan bawah suhu 180'C-200'C

Kuah Kacang Bahan-bahan:
1 1/2 cwn kacang goreng - tumbuk kasar
5-6 sb cili kering yg siap dikisar
*10 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 cm halia
*1 cm lengkuas
*2 btg serai - 1 kisar, 1 titik
1 cwn air asam jawa
*1 sm belacan bakar - (pilihan- tak nak letakpun tak pa)
*1 biji buah keras
1 mangkuk besar santan
2 kpg gula melaka - saiz sed
3 sm gula
garam
minyak utk menumis
(kisar bahan *)

Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar serta serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan santan, air, asam keping. biarkan mendidih.
3. Masukkan kacang goreng, serai, garam dan gula.rasakan
4. Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk.kacau.
5. Reneh sehingga terbit minyak jika kuah terlalu pekat boleh tambah air


kuah kacang dah siap terhidang


Sebahagian sate potong kecil dan cucuk di lidi, manakala sebhgnya ayam mama potong besar, perap dan bakar.Mama suka ayam yg dibakar besar gini....lembut je isi ayamnya. Kali ni bakar atas dapur...alas guna pembakar besi.
Utk nasi impit; isikan 1/3 beras yg siap dibasuh dlm plastik tahan panas, seal dg api dan rebus sampai masak&padat isinya dlm plastik berkenaan.


mama pula sate mkn sikit je.....suka mkn nasi impit dg kuah kacang....sampai mlmpun ulang makan lagi....

7 comments:

  1. akak,
    meleleh yong tengok..
    sedapnya.
    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. mama cygg..waallaaa melampau sate tue..fav zila sate nie..tiap2 minggu mesti beli..he he gemukk sudaa:)

    ReplyDelete
  3. Assalam mamasya.. terliur sungguh nengok ni.. huhuu..

    ReplyDelete
  4. hmmm sedapnye sate mamasya... baru lepas makan sate sabtu lepas masa mandi manda di air terjun... best3x ;)

    ReplyDelete
  5. Saya kena tunggu lagi sebulan, baru boleh makan sate. Kena elakkkan makanan pedas

    ReplyDelete
  6. As Salam Kak.
    selamat menyambut Ramadhan buat akak sekuarga juga....:)

    ReplyDelete
  7. Salam mama,
    terliurnya tengok. esp kuah kacang tu.. fuhh.. mengancamlah :D

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2