klik Nuffnang

Thursday, July 5, 2012

Mee Kuah



Assalammualaikum buat teman-teman semua dan pengunjung Dapurmamasya.moga semua sihat sejahtera. Slmt berpuasa bagi yg berpuasa sunat hari ni. T.kasih banyak-banyak nak ucapkan buat teman2 blog dan pengunjung blog yg wish tahniah....sokongan semua amat mama hargai. Terimakasih sekali lagi.....
Dan untuk entry hari... ini nak kongsi resepi Mee Kuah yg mama buat beberapa minggu lepas selepas masak mee udang....minggu tu terasa nak mkn mee saja...berturut2 masak mee.Kalau mee yg ada kuah mmg tak pernah bosan.....sekeluarga suka.


Masa tengok resepi mee kuah di blog Dapurkakyah....nampak sedap....terus berkenan nak mencuba.Lagipun bahan2nya mudah dan semua dah ada stok di rumah. T.kasih Kak Rogayah kongsi resepi mee kuah ini....mmg enak kena dg selera mama.Resepi spt di bawah, cuma mama tambah ubi kentang utk pekatkan kuah dan sotong.
Mee Kuah
Sumber; Blog Dari Dapur Kak Yah
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
Sebungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang - tambah sotong
2 biji telur
Sawi - mama celur je
Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis

mama tambah (pilihan-tak na letakpun tak pa)
2 ketul ubi kentang rebus- dilenyek
beberapa ekor sotong

Cara-cara
Mee dkacau - kacau - kacau di bawah aliran air dan ditoskan.
Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang merah.dan cili giling. Biar sampai wangi dan masukkan udang kering. Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang dan masukkan air(berpadanan). Biar sampai mendidih. Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur. Masukkan gula dan garam, dan sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan sebelum diangkat masukkan mee kuning.
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.

Nota dapurmamasya
Masukkan ayam dulu sampai mendidih, barulah masukkan ubi kentang, udang dan sotong. sayur dan cili tidak dimasukkan terus dlm kuah.

Mee Kuah siap terhidang...penuh lauk......


Nanti ada kesempatan akan buat kunjung balas....mama kesibukan beberapa hari ni.jumpa lagi di next entry.....

12 comments:

  1. wah besy nye mamasya.... tini dah try wat mee udang... mmg best... tp x sempat ambik gambar pun.. coz buat tu mlm lepas balik kerja... semua dah kelaparan ngapp aje terus... hehehe.... tp mmg best tul.. .lain kali leh wat lagi...

    ReplyDelete
  2. sedap2 resepi disini patutlah masuk majalah

    ReplyDelete
  3. Aslmkm. Waduh2.... best sangat, kat kedai takkan dpt yg mewah camni. Sayang Along tak boleh mkn udang.

    ReplyDelete
  4. petang2 macam ni memang sedap layan mee kuah..nak oder satu pinggan mee kuah..hehe..

    ReplyDelete
  5. salam mama cygg..wahhh udang ada 3 ketuii..klu zila mkn isi2 semua tu dulu ..thn mee tu pling last.:P

    ReplyDelete
  6. Sedapnya! Nak makan udang tu dulu Mamasya. Amie pun suka kunjung dapur Kak Gayah... sedap2 hidangannya!

    ReplyDelete
  7. tq akan cuba walaupun nmpk kena sediakn byk bhn nya...saya suka laksa penang lom cuba..agak susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan2nya nampak byk tp yg biasa ada di dapur. Slmt mencuba...

      Delete
  8. sedap ni.nanti ari ni nk try buat,smlm dh cri bhn2.so nanti nk share dlm blog plk blh x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt mencuba.resepi boleh nak share di blog.

      Delete

Klik Nuffnang2