klik Nuffnang

Monday, July 30, 2012

Air Punch Tembikai & Sambal Jawa



Assalammualaikum...moga semuanya sihat sejahtera dan dapat menjalani puasa dgn sebaiknya...puasapun dah 1/3 berlalu meninggalkan kita....kejap sungguh masa berlalu.
Utk entry hari ni nak kongsi menu ringkas pada 5 Ramadan yg lalu.Gara2 tengok K.Liza tayang air punch tembikai di Fb belah tgh harinya, terus utk berbuka ptg itu buat air punch tembikai.kebetulan tembikaipun masih ada....mmg elok buat punch tembikai yg ringkas ni.

PUNCH TEMBIKAI
Sumber; Kak Liza@Hanieliza
Oleh; Dapurmamasya
Bahan
buah tembikai
air gula secukup manis
pewarna merah
air secukup
ketulan ais

Cara
1. Buah tembikar dibuangkan kulit dan potong dadu kecil
2, Masukkan dalam mangkuk besar.
3. Masukkan semua bahan dan kacau rata.


mmg nyaman waktu berbuka dpt minum air punch tembikai ni....Ramadan ke 6 pun mama buat lagi.


Spt yg pernah diciterkan sebelum ini ttg musim buah, bila musim panas...byk buah2an spt tembikai, anggur dan mangga dll buah yg dijual di sini,yg kalau musim sejuk mmg susah nak jumpa. harga tembikai dlm 10le/Rm5 sebiji.

Sambal Jawa


Hari Ramadan ke 5 juga, sbg tambahan lauk selain masak ayam goreng, sup sayur dan ada baki ayam kari yg sebelumnya, buat juga sambal jawa. Sambal Jawa mama belajar dr Biktin...bibik kami yg mmg asal dr Jawa. Wpun mama tak mkn pedas tp suka mkn sambal Jawa ini dan resepi yg dikongsikan di sini tidak terlalu pedas. Tapi kalau nak pedas bolehlah tambah cili padi.Kelainan dari sambal belacan sbb sambal jawa ni digoreng bahan2nya barulah ditumbuk....wangi je bau bawang yg digoreng...

Sambal Jawa
Resepi; Dapurmamasya

bahan;
7 ulas bawang merah
3 biji cili api
1 biji cili hijau
1 biji tomato
3 ulas bwg putih
(potong semua bahan diatas)
garam, gula, minyak

Cara
1.Goreng bwg merah, bwg putih, cili padi dan cili hijau.goreng hingga setengah masak.Angkat dan sejat.
2.dlm minyak yg sama kemudian goreng pula buah tomato, juga hingga setengah masak.angkat.
3. Tumbuk bawang dan cili yg dah disejat hingga lumat tp tidak terlalu hancur.ketepikan. kemudian tumbuk tomato pula. dan campurkan kedua2nya dlm bekas dan campurkan dg garam dan gula secukupnya.(tomato ditumbuk asing agar bwg dan cili mudah lumat).


Sambal Jawa..enak mkn dgn ulam....mama mkn dg ulam daun gargil. kalau ada kacang botor... pucuk ubi rebus ke..sedapnya cicah sambal ini.
update- dari maklumbalas/komen kwn2 yg sambal jawa ni juga sambal ayam penyet...lupa yg resepinya sama sbb dah lama tak mkn ayam penyet.cuma sambal ayam penyet biasanya campur dg ikan bilis dan belacan.

12 comments:

  1. My bibik pun slalu buat ni...sodap!!! Mcm sambal ayam penyek.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya air punch tu. brp org nak minum

    ReplyDelete
  3. As salam kak,

    Marya pun baru buat punch tembikai... posa mmg xsah kalau xde tembikai dlm menu ms kat Msia dulu...refreshing kan ;)))

    Sambal jawa tu bukan sama dgn sambal ayam penyek ke kak? :))

    *Terima kasih ye kak! Kalau boleh tgklah online...kami pun pakat2 tgk online je...;))

    ReplyDelete
  4. assalam Mamasya
    mema kesukaan ni, masa kat kg dulu2 suka sgt buat,kita panggil grek tembikai he he lg sedap letak sirap + susu
    skrg berbuka akak belasah air je je

    ReplyDelete
  5. as salam mamasya...
    kalau buat air tembikai memang selalu buat mcm ni sebb dua2 boleh..sambil minum boleh gigit buahnye sekali...

    ReplyDelete
  6. Salam Mamashya...teringin rasanya nak cuba buat sambal jawa hehe tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  7. sambal jawa memang best kan... style sy goreng ikan bilis sikit dan tumbuk sekali.

    air punch tembikai...nikmatnye

    ReplyDelete
  8. Mamasya..

    Salam ramadhan buat mama.auchh sambal jawa..suke..suke..memang sedap.ala2 sambal aceh yg pernah sy buat..hehe

    ReplyDelete
  9. Assalam mamasya, waduh tengok air tembikai itu..sungguh2lah dugaan orang berpuasa..kat sini panas terik bukan main lagi..
    salam ramadhan buat mamasya & family ya..

    ReplyDelete
  10. Murahnya harga tembikai. Kat Malaysia pun boleh tahan mahal harganya.

    ReplyDelete
  11. aah la kak murah btl..aritu zila beli sebiji kecik jew dh 10 ringgit..klu duk situ puas makan kan...sambal jawa pun nampak sedap..lama dh x buat kak..rindu pulak nk mkn:)

    ReplyDelete
  12. tengah malam ni meleleh air ni cam ni.. sedap tu sambal jawa..

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2