klik Nuffnang

Saturday, October 22, 2011

Lasagna lagi.....citarasa anak-anak



Assalammualaikum semua
Anak2 dah lama minta nak makan lasagna....cakap tunggu..tunggu,alasan belum beli lasagna sheet. Bila dah beli tangguh lagi nak buat...dah tak da alasan nak beri..akhirnya minggu lepas merajinkan diri masak lasagna. Entry lasagna pernah ada sebelum ini, buat masa di Msia ....ada dientry lepas, boleh klik sini dan sini. Cuma kali ni guna lasagna yg jenis frozen buatan tempatan yg perlu direbus dulu.



Masak lasagna ni hari persekolahan. Bakar belah ptg...agak2 anak balik dari sek..lasagnapun masak...panas2..baru sedap dimakan. Bila mereka balik sek dlm pukul 4 ptg...semua tak sabar nak makan lasagna....mmg favorit hero-hero mama.Tak cukup sepotong...bertambah2 mrk makan...

Lasagna
Resepi dioleh semula dapurmamasya, gabungan resepi...utk inti daging guna resepi dari blog Suzi , resepi asal Ros Tokyo dan utk sos putih dari resepi baked pasta DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan.
* 6 keping pasta Lasagna - guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.kalau guna yg bukan instant rebus lama sikit.

-bahagian inti daging-
sumber; c&p dari blog Suzi , resepi asal Ros Tokyo.

* 3/4 cawan daging cincang - letak 1 cwn daging
* 1 biji bawang putih (dicincang)
* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
* 2 biji tomato ( potong dadu)
* 1/2 biji carrot ( potong dadu)
* 6 ketul cendawan ( potong dadu)
* 3 sudu besar tomato ketchup - tambah 6 sb lagi
* 2 sudu besar olive oil

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan 3 sb tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula, sos tomato dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

Sos Putih (dari resepi baked Pasta ):
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula

sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.

lain-lain : keju parut dan oregano

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley/oregano. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.

**nota dapurmamasya
Buat 1 1/2 adunan sos putih barulah cukup utk tutup lasagna, lagi byk sos putih lagi sedap. krim keju dipotong kecil2 dan dimasukkan terus dlm susu. Bakar guna api atas dan bawah utk cepat perang.



baru masuk oven



dah hampir masak



siap utk dihidangkan



tinggal 1/2 bekas...sos putih dan topping cheese meleleh tu yg yummy.....



sekali hadap lasagna...ni aja yg tinggal..tupun mama sempat mkn sepotong...mlm berebut nak habiskan....

10 comments:

  1. salam kak..

    wah makan ala western pulak dari dapur mamsya..sedapnya tengok.. jamu mata je la hihi...bila la nak terbuat lasagna ni ..

    ReplyDelete
  2. Selfmade lasagna... aduhaiiiiii sedapnyee.... mabeles mabeles... jadi lapar perot petang2 tengok lasagna mamasya ni...

    ReplyDelete
  3. Tak tahan kak cek tgk cheese yg meleleh2 tu kechur2.....nyum2...yummyyyyy....

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak...kalau saya buat ni kak setgh loyang saya jer mkn sorang...haha mana tak bam bam kan..:)

    ReplyDelete
  5. Bestnya tapi orang kat umah ni nak ke. Huahahhh nak buat...nak buat..

    ReplyDelete
  6. assalam, hmm kalau masak cenggini, anak2 mesti suka sangat.Tambah lak tgk sos putih tu dok meleleh..perg sedap tak hengat mkn panas2

    ReplyDelete
  7. pernah gak buat sekali kut dulu..lama dh, sedap, enak menda ni ....nmpk lasagna mamasya ni...adehhh terliur la pulak

    ReplyDelete
  8. Salam Mama..ohhhh..sedap betul lasagna ni...Selalu pun beli jeee belum pernah lagi buat sendiri...

    ReplyDelete
  9. Assallamualikum Mamasya..
    Ishhh..lasagna ni mmg kegemaran anak sulung Naz, ayahnya dan Naz sendiri. Kalau buat 400 gm daging cincang tu, haiii..sekejap jer licin. Pas tu esoknya tanya,"Ada lagi ke lasagna tu Ummi?".. Tak puas makanlah tu maknanya..hehehe..

    ReplyDelete
  10. sedapnya mamasya.. cam dah lama jugak tak buat..

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2