klik Nuffnang

Wednesday, October 5, 2011

Home made mee kuning....



Entry hari ni tayang mee goreng .....tapi bukan nak kongsi kisah resepi mee goreng sbb mee goreng yg dimasak ni versi campak2.Tapi nak citer ttg mee kuning yg dibuat sendiri. Kalau masa di Msia....mahupun dok Brunei sebelum ni...nak mkn mee tak pernah buat mee kuning sendiri, taklah rajin sgt nak nguli .....beli lagi senang. Tapi bila duduk di sini....nak mkn mee goreng kenalah merajinkan diri nguli mee kuning sbbnya tak da mee kuning.Kalau guna spaghetti buat mee goreng tu rasanya lain ...taklah seenak mee kuning ....itu yg merajinkan diri jugak buat mee kuning.
Masa open house yg lepas pun buat mee kuning utk masak mee goreng basah....buat 2-3 hari sebelum....simpan dlm peti ais. Utk open house tempoh hari buat sekg lebih tpg...dpt 3 kg lebih mee...semua habis digoreng.Sukatan resepi 1/2 kg tpg dpt 1.2 kg mee.

Mee Kuning - Homemade
Sumber; MyR (guna mesin sepenuhnya)

Bahan-bahan ( 1.2 kilo mee )
• 500gm tepung gandum
• 1 biji telur
• Air (sukatan lihat dibawah cara-cara ye) - 220 ml
• Sedikit kunyit serbuk

Caranya
• • Masukkan tepung gandum kedalam pasta mixer.
• Masukkan adunan cecair (1 biji telur + serbuk kunyit + air = 220ml). 'On' kan mesin.
• Nah! sekarang mee kuning dah keluar.
• Rebus mee kuning dalam air mendidih selama 2-3 minit. Jangan rebus lama nanti mee akan kembang.
• Tapiskan mee kuning dan cuci dengan air paip.
• • Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat.
• • Itu jer la caranyer. Mee ni tidak bergaram. Jadi pandai-pandai lah adjust garam masa memasak nanti.

Dlm Resepi dari MyR guna mesin sepenuhnya jadi ubah suai cara sbb uli dulu barulah guna pasta maker utk buat mee ni.Di bawah cara-cara mee kuning yg mama buat guna sukatan bahan2 spt di atas.



Mr chef yg tolong ulikan....senang...masukkan semua bahan...uli sehingga menjadi adunan ....dah sebati...adunan jadi seketuii.Adunan mee agak kering sedikit..tidak lembik.



Bahagikan adunan kepada beberapa ketul...spt yg model mama tunjukkan itu.



Taburkan gandum atas adunan. ambil adunan tadi dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no 6-7.
.


Kemudian masukkan kedlm mesin pasta yg lebih tipis.



potong adunan kepada keping kepingan yg lebih pendek.jgn ditindan kepingan adunan, nanti melekat antara satu sama lain. taburkan tpg agar tidak melekat nanti.



masukkan ke mesin pemotong.terus pusing sekali sahaja, jgn berhenti-henti nanti mee keluar tak rata bentuknya..



didihkan air dan campurkan sedikit garam dan minyak. biarkan mendidih barulah dimasukkan mee kuning.masukkan sikit2 aje...sambil urai dan kacau sikit. Celur sekejap, selama 2-3 minit....mee terapung dah boleh angkat.jgn celur lama nanti mee lembik.Kemudian tapiskan mee kuning dan siram dengan air paip



Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat. Dah boleh dimasak.mee ni lembut,kalau goreng jgn letak air,cukup dgn sos.dan kalau nak mkn berkuah tak payah celur...cukup dg kuah panas...mee dah lembut.

20 comments:

  1. kelakar laa model mamasya ni.. nti di gentel nya mee tu bulat2 heee hee..anak K1 kecik2 dulu suka sgt gentel2 tpg nih..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah rajinnya. Sib baik ada assistant.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..

    terima kasih berkongsi ilmu.. lepas ni dah boleh buat mee sendri.. jimat kos.. :)

    ReplyDelete
  4. salam,

    dulu MIL ana pun mcm akak, berpindah randah dr satu negara ke satu negara sbb FIL kerja dgn kedutaan. dia cite, mee kuning ni dia selalu buat bnyk2 pastu frozen kan. senang. tp bila balik malaysia terus jd malas nak buat sbb senang nak dpt..:)

    ReplyDelete
  5. gitulah klu dah tinggal di luar negara, mee pun kena buat sendiri.kita yg ada di depan mata, tinggal nak masak pun malas hihihiii tp kat rumah ni klu mee kureng sikit.bihun tu i'Allah tp mamanya tidaklah sampai nak buat bihun sendiri hahahaa

    ngences tgk udang seketui2 tu, adeh!!!!

    ReplyDelete
  6. Singgah sini... wahh bestnye boleh buat mee sendiri... syoknyeeeeeeee... tukar link ye... tq

    ReplyDelete
  7. Dulu ctpun sama kak,enjoy buat mee kuning.aiikkk mcm akak ckp-sjk blik ni selamba je mkn mee kuning kedai kdg2 rasa lain mcm jerk.tp resipi ct pki guna tpg roti n air kapur.yg ni xlembik ke pki tpg gndum?If yes,blh guna sb tpg roti mhl lah sini

    ReplyDelete
  8. pasni akk leh le bt bisnes jual mee tu kak..

    ReplyDelete
  9. Rajinnya....

    Saya ni mee yang siap jual depan mata pun malas nak masak juga hihihihihi

    ReplyDelete
  10. mee goreng basah satu..!
    ucu rasanya setakat hari tak larat kot nak buat mee sendiri...

    ReplyDelete
  11. cantiknya mee kuning tu.. nak buat alamak tak de mesin plak.. hihih mahal jumpa mesin tu hari tu

    ReplyDelete
  12. wow rajinnya mama buat mee sendiri..
    tapi apa nak buatkan kalau kat sana susah nak dpatkan mee kuning so buat sendiri lagi baik since recipe pun dah ada..congrats mamasya!!

    ReplyDelete
  13. cian nya ziela kena wat mee sendiri..kalau merantau ni mmg x jumpa semua apa yg kita nk mkn kan..senyum simpul model mamanya...
    ziela..mmg npk sedap dan lain dr yg lain nasi ayam grg kt bwh tu..mesti cuba ni..bila ye!!!!

    ReplyDelete
  14. Salam Mama...Rajin betul akak buat mee homemade...Nampak sedap plak tu bila dah jelma jadi mee goreng

    ReplyDelete
  15. ohh.. kisah mee kuning homemade yer... tulah kan.. n3 kita asyik kebetulan sama.. dulu pun pernah gak.
    pasal mee kuning ni teringin gak nak buat sendiri.. tp tulah.. mesin pasta pun takde lagi.. one dah mmg nak try jugak buat sendiri.. org kata sekali seumur idup pun takpelah.. sekadar utk pengalaman.. tp tulah.. bila dah mudah dpt.. angin M memanjang... entah bila nak jadi pun tak tau.. laksa pun tak pernah wt sendiri jugak. padahal acuan laksa ada je kat rumah tu.. dok menganggur jer dia.. hehe.. sedap plak tengok mee yg dah siap grg tu...

    ReplyDelete
  16. senang nyer..tak sabar nak cuba..bahan dia pun mudah je peroleh...

    ReplyDelete
  17. Sy dah cuba buat. Uli guna tgn. Nak hasilkn mee guna mesin. Jadi n sedap.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2