klik Nuffnang
Thursday, October 27, 2011
Ayam Masak Paprik
Assalammualaikum dan slmt bercuti buat semua.
Entry hari ni nak kongsi menu ringkas sesuai utk seisi keluarga iaitu ayam masak paprik. Masak minggu lepas ayam paprik ni buat lauk lunch kami sekeluarga....dah lama tak makan.
panas-panas dlm kuali...bukannya susah nak masak ayam ni tp bahan penting mesti ada spt daun limau purut...serai..cili padi...barulah sedap rasanya.Ayam Masak Paprik ni kira 2 in 1...lauk dan sayur masak sekali tp masa masak ni tak letak bunga kubis dan kacang pjg sbb tak da stok.
Paprik Ayam
Sumber; oKa sHiZuKa @ MyR
Oleh; Dapur Mamasya
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
150 gram isi ayam (direbus)
1.5 inci halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili boh
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Kicap Cap Kipas Udang
Sos tiram
Garam & Ajinomoto
Cara-cara
1. Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.
2. Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. 3.Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
4. Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)
5.Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.
Kepada kwn-kwn yg tak da idea nak masak apa hari ni...apa kata masak paprik....tak payah susah order di restoren Thai lagi.boleh juga gantikan ayam dgn daging...sotong..udang.. ikut selera kita.Slmt mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau ayam masak paprik memang sedap tambahan kalau kena dengan lawannya.. ada sambal belacan dan nasi goreng boleh makan berpinggan2
ReplyDeleteSalam mamasya...wahh mama masak paprik..belen xde ker??tgh xde selera nih..
ReplyDeletesedapnyer....suka dgn msk paprik ni...ada telur dadar dh cukup berselera ni mamasya
ReplyDeleteSedapnya...lapo dah perut kak cek ni...hu hu hu...
ReplyDeletelama betul LM tak msk menu ni..terliur lak.nak2 ada telur bungkus sbgi pelangkap
ReplyDeletejap lagi nak order nasi + paprik kt restoran sebelah lah...nk minta jauh takut basi n kena tax..hihihi..
ReplyDeleteAdoiiiiii...sedapnya paprik. Suka suka
ReplyDeleteMEMANG SEDAP !!!
ReplyDeleteSILALAH KUNJUNGI BLOG DAPUR-ARANG.
http://dapur-arang.blogspot.com
sedapnya boleh buat ni...copy ek. tq
ReplyDeletenak cuba masak ni lah
ReplyDeletesedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
ReplyDeletenk kene try ni..
jemput ke blog saye..
http://norzuryati.blogspot.com
~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..
Moga bermanfaat :)