klik Nuffnang

Thursday, October 20, 2011

Kari Ikan Talang Kering dgn Nenas



Assalammualaikum...

Dah lama tak kongsi menu lauk....bukan tak masak...hari2 masak tp biasa masak menu ringkas....ikut menu kegemaran anak-anak. Kalau tak ikut menu favorit mereka....jawapnya mrk makan sikit saja. Tapi kalau nak mkn lauk lain masak juga. Citer ttg lauk lain yg nak makan...antaranya ialah kari ikan masin dgn Nenas. Dah rezki dapat ikan talang masin besar pulak tu...itu yg terlintas nak masak Kari Ikan Talang Kering dgn Nenas.



Teringin mencuba resepi ini sbb kelainannya bahan tumisan dimasukkan kemudian.Ikut selera mama mmg kenalah ikan kering campur nenas masak lemak gini...

Kari ikan talang kering
Sumber; Sofinar MYR
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( sekeluarga )

10 - 12 ketul ikan talang kering
1/2 biji nenas di hiris nipis2 - guna nenas dlm tin
1/2 biji kelapa diambil santannya - jadikan 3 cwn santan, ikut selera masing2 la
2 ulas bwg putih - dihiris halus
3 ulas bwng merah - di hiris halus
daun kari - optional
1 paket rempah kari ikan
garam jika perlu
4 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. ikan talang direndam 2-3 jam untuk buang masinnya
2. rebus ikan talang kering, nenas dan rempah kari bersama 1-2 cawan air hingga mendidih dan rempah masak. (** guna nenas dlm tin dimasukkan pd langkah 3)
3. masukkan 2-3 cwn santan,nenas (dlm tin) masak lagi hingga mendidih, masukkan garam jika masih tidak masin .
4. dalam bekas yang lain tumis kan bwg merah, bwg putih dan daun kari hingga naik bau, tuang dalam kari tadi, kacau2 dan tutup periuk.... bolehlah di hidang, makan ramai2 memang best



lauk ikan masin dgn nenas...membuka selera...

5 comments:

  1. Assalamualaikum...
    hai mamasya.. jumpa di sini.. heheh.. wow.. buat kari ikan kering ye.. nanas tu akak guna yg dalam tin punya kan.. manis tak?

    ReplyDelete
  2. Lapo dah perut kak cek ni...memang lum mkn tengahari pun...ni dtg bwk pinggan kosong nak tumpang makan kat sini....boleh ek....:D

    ReplyDelete
  3. Salam Kak..Sedapnya..Dulu-dulu di zaman dahulu kala, pernah gak masak talang ikan masin ni..tapi tak rendam, main basuhnya...last2 betul2 tak tahan sebab isi ikannya masin sangat....

    Bila tgk kat sini, tetiba pula terasa macam nak cuba buat balik..

    ReplyDelete
  4. Assalam Mamasya...waaahh kari ikan masin n nenas...mmg membuka selera nih...boleh lupa inci yg semakin naik dan naik di badan ni..huhuu

    ReplyDelete
  5. kak, terliur dah saya kat sini..dah ler mlmx2 singgah dapur akak ni terasa lapar blk perut ni....hehe sedapx2 suka lauk gini:)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2