klik Nuffnang
Thursday, October 27, 2011
Kerutuk Ayam mkn dgn Pulut
Assalammualaikum
Entry ringkas hari ni sbb tuan blog ada xtvt tambahan di dapur tp nak jugak update blog....lagipun gambar mmg dah upload tunggu nak publish. Kerutuk ayam ni buat beberapa minggu lepas.Sbbnya teringin sgt nak mkn ketupat pulut sejak raya lagi tp bukan ketupat buat sendiri...hanya rebus ketupat segera. Raya thn ni tak dpt merasa ketupat pulut...tu yg dok teringin nak makan.....missnya ketupat pulut daun palas mak di kg...
Resepi juga dari MyR, berkenan dg resepi ni sbb kelainannya letak kicap...itu yg nak mencuba. Anak2 mmg suka mkn pulut dgn lauk ayam bersantan gini....
Kerutuk daging/Ayam
Sumber; Mak Yong@ MyR
oleh; Dapur Mamasya
Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging- ganti dgn ayam
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
**nota dapurmamasya; tambah 2 btg serai..potong tipis.
Cara-cara
1.Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5.Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6.Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan daging/ayam,serai dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Jemput jamu mata....nanti lapang sikit akan jln2 kunjungan balas blog kawan2...
Label:
Ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kerutup ni biasanya lauk org kelantan kan ma.? cantiknya pulut tu.mcm ketupat palas pun ada. sedap tuu cicah ngan ayam kerutup. haishh melelehhh
ReplyDeleteIra mmg suka ayam masak kerutup ni tapi tak pernah try lagi. Nanti nak try jugalah...
ReplyDeleteSalam Mamasya,
ReplyDeleteGandingan yang mantop ni......makan mesti meletupsssss......
Assalamualaikum Mamasya,
ReplyDeletenmpk sungguh menyelerakan ayam kerutuk tu..makan dngn pulut, lagilah betambah sedap...sedap hingga menjilat jari, kan..kan...kan...hehehehe..
nampak sungguh menyelerakan kerutup ayam tu.Cm tak pernah makan ketupat pulut segera.Nampak gayanya selepas ni kena cuba jika teringin nak makan ketupat.
ReplyDeletewalaupun ketupat pulut segera tapi kalau x diberitahu,mcam ketupat buatan sendiri je...
ReplyDelete