klik Nuffnang

Saturday, October 15, 2011

Entry tertunggak...saki baki biskut raya



Assalammualaikum semua...dan selamat berhujung minggu. Entry hari ni entry tertunggak....ada lagi saki baki biskut raya yg tak sempat update sebelum ini. Biskut raya ni bukan buat dlm bulan puasa tp dlm bulan Syawal yg lepas sbb ada kwn order dan juga utk tambah biskut raya di rumah. Biarpun kira entry basi...tp nak update juga sbb boleh jadikan koleksi diblog ini...sayang dah terbongkok2 ngambil gambar tp simpan saja....dan mana tahu ada yg ingin mencuba biskut ini utk raya Haji nanti. Selain biskut dibawah, buat juga biskut cornflakes-madu-warna-warni,resepi boleh tengok di sini.

1.Tat nenas gebu

Resepi tat nenas gebu ni pertama kali mencuba. Biasa guna resepi disini tapi utk kali ni cuba resepi dari MyR. Ternyata mmg gebu tatnya sama dgn yg pernah buat sebelum ini.




Tat nenas gebu
Sumber; sunkist MYR

Bahan-bahan ( 150 biji )
BAHAN UNTUK DOH TART:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula
BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan

Cara-cara

CARA MEMBUAT DOH TART:
1.Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.
2.Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
3.Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
Panaskan oven.
4.Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
5. Ulangi sehingga habis.
6. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.

CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
3.Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
4. Kacau tanpa henti hingga likat.
5.Angkat dan sejukkan.



tat baru masak.nak kuning atasnya sapukan glaze sebelum bakar(glaze; 1 kuning + dg 1 sk air-kacau).



2. Biskut Almond London



Dah 2 kali raya tak buat biskut almond london...jadi raya yg lepas buat lagipun ada kwn order juga biskut ni.

BISKUT ALMOND LONDON
Sumber; Fp K.Liza

Bahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.




3. Truffle Chocolate Cookies



Truffle Chocolate Cookies ni buat juga bagi memenuhi permintaan kwn yg nak biskut tambahan.


Untuk resepi pernah update sebelum ni di sini .



para assistants mama yg tlg buat biskut raya...diketuai oleh Syakirah...hi..hi..

5 comments:

  1. Caya lah Syakirah.... dah jadi ketua chef kat dapur... Untung nya Mamasya anak2 teruna semua pun turun ke dapur juga, lebih baik dari main PS game jer kan. Rajin nya Mamasya buat utk kawan2 sekali.

    ReplyDelete
  2. Dah habis be;um almond london tu??? Kalau belum habis mintak sikittttttttttttt... ahahahhahaa

    ReplyDelete
  3. Wah!...juling2 dah mata kak cek ...tgk macam2 makanan ada kat sini...sedap2 sumenya....:D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mamasya, amboii kencang bisnes kak ye :))

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2