klik Nuffnang
Wednesday, October 19, 2011
Rojak Bandung @ Rojak Sotong
Assalammualaikum buat pengunjung semua...
Utk entry hari ni nak kongsi rojak bandung atau rojak sotong yg baru buat 2 hari lepas. Sejak duduk sini, baru kali ini dapat makan sayur kangkung, itupun kebetulan pergi rumah kwn...dlm 40 min driving.. ada acara mkn2 pada week end lepas....kwn yg bagitau ada kedai jual kangkung dkt rumahnya. Seikat kecil yg dijual 5LE/RM2.50...bolehlah beli dr tak merasa langsung. Lagipun dah lama nak mkn rojak sotong dgn kangkung ni...sotong beli sotong putih besar yg frozen...rebus tak lama berbanding sotong kembang.
Kalau rojak dan seangkatan dgnnya spt YTF, rojak buah mmg favorit....buat sos lebih boleh ulang2 makan.Cuma nak buat YTF kat sini fishball and the gang tak da...tauhupun tak jumpa lagi.
Bukan hanya air bandung...rojakpun ada rojak bandung tp ini sebenarnya rojak sotong. Rojak bandung pernah buat di dapur lama tp ada satu lagi resepi rojak sotong pernah ada dlm blog sebelum ini, boleh tengok sini.
Rojak Bandung
Resepi asal; Blog Bro Rozzan
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-Bahan
600 gm sotong kering yg sudah dikembangkan (potong kecil -saiz ikut suka)- guna sotong putih frozen.
200 gm sayur kangkung (dibersihkan, potong seperti memasak sayur)
150 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk separuh halus) atau beli yg dah siap jer
beberapa keping tahu kering (“tahu pok”) atau tahu basah
1 batang timun, **tambah sekuang,daun salad
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Bubuhkan sedikit garam dan minyak.
2. Celurkan kangkung sebentar dan toskan.
3. Celurkan pula sotong kembang tadi dan agkat lalu toskan.
4. Tahu kering/ tahu basah digoreng hingga garing lalu dipotong/hiris.
5. Timun dibelah dua dan dihiris memanjang.
Bahan-Bahan Sambal
25-30 tangkai cili kering (rendam dan kisar dgn sedikit air)
240 gm gula melaka - tambah 1 sb madu
2 sudu makan gula pasir
250 ml air
5 sudu makan (penuh) petis
½ botol sos tomato (kira-kira 220-250 gm)
1 sudu makan cuka atau air limau kasturi (boleh dikurangkan)
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dgn 2 sudu makan air)
Cara:
1. Masak gula melaka bersama air hingga gulanya larut. Tapis dan tuang ke dalam periuk.
2. Masukkan pula semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendidih.
3. Akhir sekali, tuangkan bancuhan tepung jagung tadi utk memekatkan sambalnya. Matikan api.
Cara Menghidangkan Rojak Bandung
1. Susun kangkung, sotong, timun dan tahu di dalam pinggan.
2. Tuangkan sambalnya rata-rata.
3. Akhir sekali, taburkan kacang tanah tumbuk tadi.
Nota dapurmamasya
Utk sos buat 1/2 saja anggaran dr resepi di atas
bahan-bahan
3-4 sudu besar cili kering dah kisar - tambah kalau nak pedas
1 kpg gula manisan yg besar
1 sb gula
3/4 cwn air
2 1/2 sudu makan (penuh) kuah rojak buah
5 sb sos tomato
1/2 sudu makan cuka
1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dgn 1 sudu makan air)
Cara sama spt di atas, tp pastikan sos cukup masak(cili dah hilang baunya) barulah ditutup api.
Tabur kacang byk2..sedappp...habis mkn sorang....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Kak..Kalau makan rojak ni, mesti teringat pula kat tauhu bakar..oh sedapppnya...Kacang tumbuk kasi lebih yaaaaa....
ReplyDeleteDan jangan lupa..nanti datang ke rumah dan sudi-sudilah kiranya mengambil award dari saya....
mamasya, petang2 camni tengok gambo rojak,betul2 bikin perut laparrrrr...nampak sedapsss
ReplyDeletesalam mamasya,
ReplyDeletebandung memang popular. Selain mi bandung dan air bandung, bandung memang tempat orang berbondong-bondong pergi bershoping hehe.
sedap rojak bandung mamasya.
sedapnyerrrrrr......i mmg suka betoi mender nih, tp x mo ltk sotong..;tk tauhu bakar...perghhh..
ReplyDeletex tercapai akal nk buat sndri ma...ngap jerk tau...hahah
dah tak bleh kata apa dah...ngences suda...
ReplyDeletenpk sedap lah rojak sotong ni ziela..nnt blh cuba plk
ReplyDeletekak, sedap tgk rojak ni..my fav ni nanti nak terai la..hehe
ReplyDelete