klik Nuffnang

Thursday, October 7, 2010

Yong Tau Foo

Masa jamuan raya antara pejabat, mama dgn bantuan kwn-kwn masak sos yong taufu. Resepi sama spt yg pernah buat dulu. Tp ni masak byk jadi sukatannya pakai agak2.

Gambar ytf ni import dari dapur lama...masak dulu masa di Brunei.Ytf boleh makan dgn fishball,crabstick,kangkong celur dll,ikut citarasa masing2.



Sos Yong Taufu
Sumber;Minami; My Resepi

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
* 10 tangkai cili kering- guna 3 sb cili kering yg dah blender .
* gula melaka atau kurozato
* bijan goreng
* gula(kalau kurang manis)
* 1 s.k garam
* 3 cm belacan
* 300 ml air
* 1 sudu besar minyak
* 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
* sedikit ajinomoto- tak letak
tambah 1 sb sos tiram

Cara-cara

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih , masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
**nota dr dapur mamasya;(boleh campur dgn cili boh kalau takut pedas sgt . kalau buat banyak pastikan bahan2 direbus agak lama sehingga hilang bau cilinya.boleh simpan dlm peti ais)



Untuk jamuan raya ytf mkn dgn sos dan sup. Utk resepi supnya ambil dari MYR tp dah diubahsuai ;

Kerangka ayam, kiub stok ayam, beberapa ulas bawang putih (tumbuk),sedikit lada hitam ditumbuk (guna serbukpun boleh), garam dan sikit gula. kalau buat byk kuah sup boleh tambah rempah sup bonjut dgn bunga lawang dan kulit kayu manis.Kalau nak byk kuah sup ,letak byk air .
Rebus seketika kesemuanya, biarkan mesra bahannya.Sebelum hidang , taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang.Kuah sup boleh digunakan utk mencelur bahan2 sampingan ytf.



Siap terhidang....

3 comments:

  1. Salam Jumaat...
    Sedap Yong Tau Foo Ni....Dah Lama Tak Makan....Insya Allah Bila Teringin Nak Makan Boleh Cuba Ni....

    ReplyDelete
  2. wa suka YTF yg mkn ngan kuah sup tu...

    ReplyDelete
  3. sya ska YTF...nak try la wat...lagipun kalau bli yg kat pasar mlm tu mahal la..kdg2 sedap..kdg2 isi2 tu dah msm..

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2