klik Nuffnang

Monday, October 25, 2010

Sup Tulang Siam Sedap


Gambar dari fotopages mamasya

Sejak mencuba sup tulang siam di dapur lama spt gambar di atas....selalu masak sup tulang guna resepi ini sbb menepati citarasa kami sekeluarga. Anak-anak mmg suka sup tulang....selain makan dengan nasi...kdg2 mrk makan dgn mee...buat mee sup.

Beberapa minggu lepas buat lagi sup tulang siam...tp kali ni tak letak cili padi sbb kehabisan stok.Sup tulang...hirup kuah panas2...sedappppp...


Sup tulang siam yg dimasak beberapa minggu lepas..

Sup Tulang Siam
Sumber; Periuktanah.blogspot...tk tuanpunya resepi ....

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.

No comments:

Post a Comment

Klik Nuffnang2