klik Nuffnang

Tuesday, October 19, 2010

Puding Triffles

Sebab patah hati dengan kek lapis (spt entry kat bawah), maka ubahsuai kek tersebut...tarrar..nilah hasil nya...bertukar rupa jadi Puding Triffles. Kek lapis menggantikan kek gulung.
'
Apa-apapun triffles ni sedap, apatah lagi mkn sejuk-sejuk....' pujuk hati yg kecewa dek kek lapis tak menjadi'....





Sebenarnya dah lama nak buat triffles bukannya susah sgt tp asyik bertangguh....
Cari resepi yang mudah ..bahan2 dah ada di rumah..

Puding trifle
Sumber ;MYR

Bahan-bahan ( 5-7 )

* 1 tin susu cair
* 1 sd besar gula
* 4 sd besar tepung kastard
* 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard - (400 ml)
* ½ biji kek gulung sederhana saiznya - guna kek lapis
* 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
* 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
* 1 mangkuk air panas

Cara-cara

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.-guna 1/3 buah2 shj
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Nota dapur;
mama buat step 5 baru step 4. letak kastad dulu barulah buah atas kastad.



Selain makan di rumah....bagi triffles ni kat sepupu semasa pergi jumpa beliau di bandar dan bawa juga beberapa potong untuk kawan ofis merasa.

9 comments:

  1. nampak sedap laaa...terliur nengok nih

    ReplyDelete
  2. menarik tertarik uuuu....nyaman nih...time panas2 cenggini..balik keje lapau2...mau abih seloyang..

    ReplyDelete
  3. salam mamasya,
    cantik la trifle ni good kak. Gud idea sesangat time ada kek lebey2.
    takpe pasal kek lapis tu, mamasya pasti bole buat. mamasya kan rajin... hihihi..

    ReplyDelete
  4. halamakkkkk..sedapnyer maa.... kek lapis laks tuh! terliur berkoyan2 ni haa... *psstt kite borong jugak..tp xde la banyak mana.. hikhik

    ReplyDelete
  5. Salam ziela

    malam2 dtg ni nak mintak mamasya sepinggan trifle tu...cantik nampaknya..belum lagi rasa ni...hehe..

    kek lapis tu pun cantik jadinya...jgn lah majuk2 mamasya...nanti nur pujuk ya...hehe..

    ReplyDelete
  6. Salam Mama....Jglah Merajuk Mama...Kira Jadilah Tu....Kak Lin Ni Lagilah Tak Pandai Buat Kek Lapis...Pandai Makan Jer...

    ReplyDelete
  7. salam,terima kasih kerana mama kongsikan resepi nie,kerana takpayah susah saya cari resepi makanan kat atas sume enak2.

    ReplyDelete
  8. Nak tanya 1 paket agar-agar tu berapa gram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani, 1 paket agar2...guna 1 kotak jeli kristal Nona dlm kotak .

      Delete

Klik Nuffnang2