klik Nuffnang

Thursday, October 13, 2011

Nasi Karot dan kisahnya



Kisah Port Said ada satu part lagi...sambung kemudian. Nak kongsi kisah nasi karot yg dimasak masa penghujung Ramadan lalu utk majlis berbuka puasa dan khatam Al-Quran yg diadakan di rumah Duta Msia ke sini.Nipun entry tertunggak...baru sempat update.



Nasi karot ni pernah buat sebelum ini.Kalau ikutkan dlm resepi asal set nasi karot ni dipadankan dgn ayam bakar dan salad...kalau suka boleh mkn dgn kuah sup mcm sup nasi ayam.

NASI CARROT
Resepi asal; K.Liza Fotopages
Oleh; Dapurmamasya

bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.



Nasi dah masak....masak dlm 1 periuk atas dapur dan 1 dgn rice cooker.Kalau nak butir nasi elok.. tak pecah, cukup kacau sekejap dgn senduk pjg tipis yang macam garpu tu. Menurut petua mak...kalau masak nasi atas dapur...bila nasi nampak seakan2 berdiri...tandanya nasi dah masak...dah boleh tutup api.



Nasi siap masuk dlm bekas utk dibawa ke majlis berbuka puasa. Mama masak juga 2 ekor ayam bakar utk dibawa bersama nasi karot tp lupa nak ambil gambar ayam.Untuk majlis berbuka ni...kwn2 lainpun ada masak ayam bakar dan kari ayam tp tak sempat nak ambil gambar lauk-pauk.

Suasana semasa majlis berbuka puasa..



Majlis berbuka puasa ni dihadiri oleh warga Msia yg bekerja di sini bersama keluarga masing-masing. Sepanjang Ramadan lepas, sempat 2 kali majlis berbuka puasa diadakan di rumah Duta Msia, seronok dpt berbuka puasa beramai2...terasa macam di Msia.Untuk juadah berbuka....biasa ladies di sini di bahagikan tugas utk masak lauk-pauk.Kalau tak masak lauk bawa pot luck kuih-muih....dapatlah makan beramai-ramai.







Syakirah dpt air kotak dah tak layan benda lain...dia cukup suka air kotak



kuih-muih utk berbuka setiap seorg..



pot luck kuih muih. yg mcm kek tu adalah kunafa...dessert org Arab yg femes...

6 comments:

  1. Assalamualaikum Ziela,

    sihat ke?? Waduh dh lama Nur nak cuba resepi nasi karot ini tapi ada bahan aja yg tak ada...jadi tertangguh...ini bila lihat mamasya masak lagi lah meluap2 teringin nk merasa nasi ini...hehe...

    Nur lihat kan meriah sungguh mamasya sekeluarga duduk di Dubai...rasanya lagi happening berbanding di Brunei dulu...ya tak?? Kalau salah harap maaf ya....hehe...

    Rumah penginapan tu buat terlena mata memandang...seronoknya duduk disitu sambil baca buku novel hirup angin petang...aduh asyik nya...kita nie duduk dlm flat aje...pusing2 tengok rumah sendiri....hehe.

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum kak Ziela..
    Alahaiii..tomei betul la Syakirah tu.. Cubit2 manja pipi dia..hehehe..
    Kak, nasi mcm ni mmg sedap.. Lawan jer la dgn lauk apa pun..mesti best..kalau ada ayam masak merah ker..acar mentah ker..pun dah cukup..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ...

    alahai masuk je kat blog dapur mamasya ni dah terus tergoda dengan menu2 yang dihidangkan .... telan je air liur :) .. yang kek swiss roll tu pun sedap gak ..wani dah lama cari, nasib baik akak post siap ada step by step lagi ... terima kasih ya.... nanti nak cuba la nak masuk list dulu ... akak tolong ambik award kat blog wani ya ....:)) masuk link ni

    http://galeriduniaku.blogspot.com/2011/10/first-time-dapat-award-hihi.html

    ReplyDelete
  4. Mamasya...sedapnya nasi carrot...cantik molek hasil kejadiannya sebutir2...kak cek memang suka makan nasi sebiji2 cam ni...teringinnya nak makan...

    ReplyDelete
  5. emmm...sedap2 belaka menu yg ada mamasya...nasi carrot tu nmpk sedap la

    ReplyDelete
  6. sebenarnya nasi ni boleh dipelbagaikan bahannya. Bahan asasnya tetap sama. cuma bila berlainan bahan dicampurkan maka nama pun berlainan lah. Petua yg ziela bagi tu cukup bermakna. Tapi ada 1 lagi petua untuk masak guna periuk ni bila kita angkat tutup periuknya tu dia ade bunyi bila air ditutup periuk jatuh ke dalam periuk ( entah ape bhs akak nk ckp ). Kalau pos cheese ke malaysia mahal tak harga posnya.

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2