klik Nuffnang

Sunday, April 20, 2014

Puding Tembikai & Risoles untuk makan2 di office



Assalammualaikum.....selamat berhujung minggu buat semua...
Mamasya nak berkongsi puding tembikai dan risoles yg mamasya buat baru-baru ini utk jamuan makan2 di office.Mcm2 makanan terdapat masa jamuan itu....penyediaan makanan ikut zon, dan zon mama setuju sediakan kuih-muih, jadi mama terlintas nak bawa risoles sahaja pada mulanya, puding itu sebagai tambahan.


Puding tembikai ni sedap pd selera mama...apatah lagi kalau mkn yg dingin..simpan dulu dlm peti ais.Pernah buat dulu masa jamuan di rumah kat Mesir tp kat sana tak da cincau...jadilah tembikai seedless. Untuk resepi bolehlah tengok di sini.


byk keping juga dpt utk 1 resepi. ini utk makan di rumah...


dan satu bekas utk jamuan di pejabat


Risoles juga utk dibawa ke pejabat....
Pernah beberapa kali buat risoles ini. Resepi risoles di sini

Hanya ada beberapa keping gambar jamuan yg dpt dikongsikan utk kenang-kenangan....itupun tak terang sgt,guna hp saja...


mcm2 kuih-muih ada,pakat bawa sebekas seorang...jadi byk.dah mcm tempat jual kuih...tak tahu nak pilih mana satu. selain kuih, ada pizza, sate, spaghetti meat ball.


selain itu nasi lemak dg ayam berempah, nasi impit dg rendang daging dan nasi kerabu.......semua sedap belaka.

11 comments:

  1. salam, seronok eh dapat makan ramai2 mcm inie, ini sempena meraihakan mama balik kerje semula ker?

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak buat puding tembikai ni..tetiba rasa teringin lak bila tgk mamasya buat..seronok kan dapat kumpul dan makan beramai2..mesti meriah

    ReplyDelete
  3. aslmkum mamasya.. terliur betul tgok warna puding tembikai mama tu.. bila la nak rajin2 mcm mamasya ni

    ReplyDelete
  4. Salam... sedapnya ! buat terliur je bila tgk menu2 semua tu

    ReplyDelete
  5. Meriahnya food... lapar ni jadinya belum breakfast lagi ni..

    ReplyDelete
  6. salam mamasya..

    bestnya..jadi seronok tengok macam2 kuih yang dihidangkan..kalau saya pun, x tahu nak makan mana satu..hehe..apapun, cantik puding tembikai tu..

    ReplyDelete
  7. assalam mamasya
    mcm2 ada ,bestnya sedapp pulak tu
    puding tembikai desert cantik ni ,sedappp

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap sgt pudding ni kalau dpt mkn yg sejuk2 lagi lahh...

    ReplyDelete
  9. saya ingat betul2 tembikai td.fuhh mcm real!

    ReplyDelete
  10. kak ila...sedap nye...
    dh berjumpe lagi kite kan sejak akk balik Malaysia hehehehe

    ReplyDelete
  11. kreatifnye..cincau pun boleh buat biji tembikai rupanya..nampak sweet dan sedap sangat puding tu..:)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2