klik Nuffnang

Friday, June 29, 2012

Risoles@Dadar Gulung Berlauk Rangup




Assalammualaikum...apa kabar semua.Moga sihat sejahtera.T.kasih bertandang ke dapurmamasya. Buat teman-teman yg menghadiahkan Al Fatihah utk aruah atok mama....t.kasih byk2 mama ucapkan.
Utk entry hari ni, mama nak kongsikan resepi Risoles yg mama buat minggu lepas. Abg no 3 balik dr sek minta dibuatkan kuih Malaysia utk kelas party pada hari Selasa.....dia nak perkenalkan makanan Msia pada kwn2 Arabnya. Dan pagi selasa tu juga mama pula sibuk sikit sbb ada tempahan mee utk sarapan.
Mulalah fikirkan apa kuih Msia yg sesuai utk kwn2 Arabnya...nanti yg tak kena dg selera tak mkn pula,maklumlah kanak2. Mama terfikir nak buat karipap tp malas nak buat kulitnya, kena canai..klim, alahai malasnya. Tapi dg inti karipap tu terfikir boleh buat kuih lain....itu yg terlintas nak buat kuih risoles.


Tapi kuih risoles ni dikatakan asal dr Indonesia dan kalau di Msia ada kuih Dadar Gulung Berlauk/kuih Lipat/Kuih Ropa.Cara buatnya sama cuma tak digoreng dg bread crump.Untuk inti mama dpt idea tengok inti popia kentang dg resepi dari FP K.Rin asal Fp MummyJam boleh tengok sini. T.kasih berkongsi resepi tp mama ubahsuai sikit intinya letak kari mcm inti karipap. Dan caranyapun mama buat mudah sikit sbb nak kena goreng mee tempahan pada hari tu. Mama rebus kentang siap2,potong kotak dan guna daging burger, jadi taklah lama sgt berdiri dpn kuali mengacau intinya. Manakala utk kulitnya mama ambil resepi Chik Mimi sbb mudah sukatan cawan.T.kasih Mimi kongsi resepi.
Risolles
Inti Kentang

Bahan-bahan inti :
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit potong kotak
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1 sb serbuk kari - jadikan pes dg campurkan dg air
5 tbs daging cincang - guna 3 kpg daging burger
karot - 1/2 cawan karot potong kotak (nak mudah guna yg mix vegie punya)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
Masukkan pes kari. Kacau seketika.
2. Masukkan daging dan karot. Masak sehingga air daging kering . Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang. Gaul rata semua dan sehingga daging masak. tutup api.

Kulit Risoles
Sumber; Chik Mimi@qasehmu-abadi.blogspot

Untuk Kulit /Dadar Risoles- dapat 25 kpg
2 cwn Tepung gandung
3cwn ~airboleh gantikan dengan santan @ susu cair
secubit garam
sebiji telur
minyak utk mengoreng
Untuk salutan
1 biji telur
breadcrumb secukupnya

caranya
masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan jangan terlalu cair @ pekat.panaskan nonstik pan masukkan 1 senduk adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan. Ambil sehelai kulit @ dadarnya,masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb .Panaskan minyak goreng keemasan.

masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.

Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb


Panaskan minyak goreng keemasan.

Tapi bila abg no3 balik dr sek, dia bagitau yg class party bukan Tuesday tp Thursday...alahai abg kelam kabut awal pagi mama siapkan kuih dah salah tarikh pula, geram juga mulanya tp nak buat mcm mana dia tersilap hari.Mmg rezki kwn2 abg dapat mkn kuih pada hari tu.



Dan habis tak kuihnya....licin...semua kwn2 cakap delicious...who cook this...my mum...ohh your mum can cook very delicous.Nasib baik habis laku dan cakap sedap....hilang geram mama...

15 comments:

  1. As salam mamasya,

    Seronoknye! Marya sukalah dgn semua resepi2 akak...mudah2 je... Nnt Marya nak try buatlah tp inti tu tukar lain boleh kan? hehehe...suka2 nak tuko resepi org... Takpekan kak hehehe... :))Thanks... Kisses & hugs utk syakirah yg comel ye! :))

    ReplyDelete
  2. sedap nmpknya...mcm kuih ketayap kan kak....tp inti tu mcm kasi rasa rempah2 la kan....sure ler anak2 pak arab mmg suka rasa rempah tu kan...hehe...

    ReplyDelete
  3. dah hidang cam tu nampak sungguh sedap...mesti anak2 suka...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak saya pun dah lama tak buat risoles ni sedap kan

    ReplyDelete
  5. Salam Mama
    wah sedapnya risoles ni, mcm sardin gulung jugaklah kan. umi pun dok fikir2 nak buat kuih jugak ni utk htr ke sekolah. minggu depan last sekolah sebelum cuti. budak2 dah start tanya tak ada jamuan ke? sbb sblm cuti yg lepas ada buat cupcake :p

    ReplyDelete
  6. Mama, kat rumah saya, di panggil kuih gulung berlauk. Tapi dia ada kuah cicah cili sekali. Tapi biasanya tak perlu cicah pun dah sedap. Nanti saya nak trylah (entah bila lah agaknya..).

    ReplyDelete
  7. salam..wah sedap nie,mesti cuba..jom singgah di blog saya

    ReplyDelete
  8. Salam mamasya, mintak maaf banyak2 sebab baru dpt singgah sini, nampak sedap risoles tu, tak pernah buat lagi, nampak mcm popiah jgk, mesti sedap : )

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah buat Tok Mama.. maaf terlepas sebab busy, mamasya janganlah geram.. heehehe.. mau tak geram kelam kabut mamasya buat tetiba silap tarikh.. mujur kawan abang cakak delicious kan kan.. sedap resoles tu... cantik!

    ReplyDelete
  10. Salam mamasya... Salam takziah juga buat keluarga mama atas kepulangan Arwah Tok mama ke pangkuan Ilahi...semoga rohnya dikalangan orang2 beriman...

    Sy tak prnh mkn kuih dadar berlauk...selalu yg inti kelapa tu je...kesian kan...huhu...tgk cara2 buat tu dah tau rasa dia mesti sedap...esp.kalo buat inti yg sedap kan.

    Best nye travvel ke Sharm El Sheik tu..mcm tgk cerita jejak rasul pun ye jugak...Hopefully one day sy akan sampai ke sana...;)

    ReplyDelete
  11. assalam
    memang delicious nengoknya mamasya, lg suka intinya lebih kurang mcm karipap
    rasa nak cuba je he he

    ReplyDelete
  12. malas nak buat kulit dia tulah..tak larat nak mendadar

    seronok baca pengalaman kamu..kamu dah gi tgk piramid ker?

    ReplyDelete
  13. tadi baru baca resepi ni kat majalah, tq kak, ada step lagi...terbayang keenakannya tu

    ReplyDelete
  14. lebih kurang mcm kuih babau yang family kami suka...

    http://adishshida.blogspot.com/2013/07/jom-memasak-kuih-babau.html

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2