klik Nuffnang

Saturday, June 16, 2012

Stew Daging



Assalammualaikum semua....
Slmt berhujung minggu dan t.kasih buat semua pengunjung blog ni.entry ringkas hari ni...sibukk...tak dpt dok lama2 dpn PC. terus ke menu stew daging yg mama masak beberapa minggu lepas. Stok dagingpun ada dlm peti ais...tak da idea nak masak apa...jadi masak stew.....lagipun dah lama tak masak gini.Resepi dari blog Raidah, tkasih kongsi resepi .

Stew Daging
Sumber; Resepi Raidah
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang- *lihat dibawah
1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam- letak lebih utk gaul dan masukkan dlm kuah
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.
- mama tambah sos tiram 2 sb
* 2 sudu pes bawang- Ikut cara dari blog hanamemories: untuk pes bawang, goreng bawang besar+bawang putih dalam setengah cawan sehingga jd bawang goreng then blend.. kemudian tumis dengan bahan2 lain spt arahan resepi

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
2. Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
3. Masukkan semula daging,sos tiram,lada hitam dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
4. Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang. ***tips dr blog Raidah; tidak menggunakan sebarang perasa(MSG/stok ayam) dlm masakan saya. tp menggantikan dgn gula serta menggunakan bawang yg banyak dlm setiap masakan.


stew daging mama masak dlm slow cooker.kdg2 masak sup tulangpun guna slow cooker.rebus tulang sampai kuah mendidih, kemudian pindahkan dlm slow cooker.biarkan sampai empuk 2-3 jam. wpun lambat tp tak perlu ulang alik ke dapur nak tambah air rebusan dan kuah supnya lebih enak sbb semua air rebusan tak kering.


nilah bay leaf.tengok harganya.....0.20 LE/10 sen utk sebyk itu mama beli....murahkan,1 kg 20Le/RM10.....masa beli tak tahu nak ckp nak byk mana....nak beli rubu' kg(suku kg) mcm byk pula sbb jrg guna, nak ckp berapa gram....org Arab yg jaga bgh rempah ni bukannya faham, lastnya bagi isyarat nak segenggam saja,terkejut juga bila dah timbang sbb harganya baru 10 sen duit kita. byk nipun dah boleh byk kali masak.


jumpa next entry....

10 comments:

  1. melelh air liur akak..sedap kena dengan roti perancis I LIKE

    ReplyDelete
  2. salam mamasya...style nihonjin masak stew guna slow cooker...resepi pun mudah... anak2 mesti suka kan.

    ReplyDelete
  3. as'kum Mamasya sedapnya steww..... kecur aje ni.. bay leaf tu murahnya kat sana... sini jangan cakaplah mahal! sebab datang dari Oversea hehhee.. daun salam local punya murah...selalu minta jiran je:))

    ReplyDelete
  4. Salam mamasya...wah sedapnya menu hari ni, mintak sikit : )

    ReplyDelete
  5. segar tu kak, hirup2...mesti harum coz ada daun bay..

    ReplyDelete
  6. Akk tak pernah masak stew mcm ni, teringin jg tp takde periok mcm mama tu. Periok biasa boleh?

    ReplyDelete
  7. kalau xpakai bay leave ngan pes bawang boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jannah,kedua2 bahan ni penyedap rasa stew daging ini.

      Delete
  8. salam. sedaaapnya. blh cuba ni. mana nak cari daun bay ye sis.
    btwy tq sharing resepi yg mabeles ni.
    jom jln2 blog sy :)
    ayacuya.blogspot.com

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2